Assalamualaikum semua, finally cerita untuk bulan dua sudah di update!
Alhamdulillah, sampai juga saya ke Sabah Negeri Di bawah Bayu... Percutian kali ini dah dirancang dari tahun lepas. Pada mulanya percutian ini khususnya untuk cikgu cikgu sahaja tapi lepas berbincang semula akhirnya kami dapat kumpulkan sampai 14org utk 1 group.
Saya adalah antara orang yang suka travelling tapi disebabkan kekangan waktu dan budget, saya kena lupakan hasrat bercuti. Saya suka planning tapi taknak buat, jahat kan? So, kali ni dah berhempas pulas tutup mata rapat rapat nak pergi tempat ini.
Nak dijadikan cerita, tiket penerbangan ditaja oleh boss saya kerana performances yang mantop sepanjang 4 tahun bekerja. Alhamdulillah, dapat tiket pergi je dah bersyukur sesangat. Then, lepas berbincang semua, percutian 3h 2m ini berharga rm450± murah kan? Pandai boss carikan package ini untuk kami.
Bermula lah kisah perjalanan saya..
Hari Pertama 06022015 0735 AK5108
Pagi ini kami disarankan supaya berkumpul di KLIA 2 selewat lewatnya jam 6pagi supaya kami dapat berkumpul dan berbincang sikit tentang perjalanan kami, waktu ini cuaca amat lah baik, alhamdulillah dengan sedikit keberanian (haihhh 1st time naik flight) mendarat juga di lapangan terbang KK jam 1035 phewwwww!
Sementara menunggu tourist guide kami sampai, memasing dah upload status picture bahawa selamatnya kami di Sabah bah! Haha. Dan kami sebulat suara mengisi perut yang lapar ni di kedai makan apa tah. Oleh kerana kelaparan jadi gambar tidak diambil. Abaikan sahaja
Seterusnya selesai sahaja breakfast cum lunch kami pun bergerak lah ke Rumah Terbalik sebagai destinasi pertama
Sampai je di Rumah Terbalik, saya ingat kawasan dia besar lah tapi kawasan kecil yang mempunyai sebuab rumah, then ada rumah sourvenier dan section yang boleh kita bergambar sebab kita tak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah tersebut tapi my boss ambil secara sorok sorok hahaha. Tu la kedekut sangat.
Next, kami melalui kawasan ini pula!
Sila ketawa berdekah dekah! Siapa sangka perempuan yang disangka IronLady takut nak naik jambatan tamparuli hehehhe. Saya memang ada bad history dengan ketinggian ini. Rasa gemuruh sikit sebab sepanjang saya jalan, saya asyik fikir macamana la tiba tiba jambatan ini putus hahahaa. Well, experience! Berpimpin gak lah saya masa ini. Akhirnya selamat juga sampai, tahniah Nadia!
Sekarang kami akan terus ke Kundasang! Perjalanan yang jauh memakan masa
hampir 2jam juga. Masa ini nak mengejar masa sebab driver kata Dairy Farm tutup pukul jam1630. Sepanjang perjalanan kita dah terasa sejuk. Tak payah guna aircond, kita guna udara segar.. Fuhhhhh
Sampai juga kami disini! Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas bau tahi lembu hahaha! Relaks aunty and children. Kalau tak ada bau lembu, bukan ladang lembu la jawab nya kan. Kat sini fuhhhh bagus la sistem penternakan dia, ada rumput fresh. Kawasan luas bersih pula tu. Then boleh terus proses susu nya untuk dijadikan ais krim, susu. First time makan ais krim susu lembu, perghhh bau susu kuat wei. Tapi sayang tak abis. Lemah betul. So pusing pusing singgah ambil gambar lepas tu turun ke Pekan Kundasang.
Pekan Kundasang terlalu simple, sebuah pekan yang tak banyak pembangunan cuma complete la untuk mereka ini nak membeli belah, ada klinik kalau sakit. Yang paling best, dia ada pasar sayur yang panjang ala ala Cameron Highlands gitu. So, kami jalan jalan kat sini before balik homestay. Suhu kat sini hampir cecah 16 darjah celcius. Sejukkk! Malam mengigil nak mandi, nak tidur. Nasib malam tu ada aunty buat sup sayur...fuhh lega r sikit.
Kita tutup dulu hari pertama ini. Panjang sangat cerita nya. Ni tak termasuk pertemuan yang tak disangka sangka hahhha. Pergi Sabah nak bercuti, aleh aleh terjumpa orang pula. Ni nama nya jodoh pertemuan di tangan Allah swt.
Sekejap lagi saya update hari kedua pula!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ya!
Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: