Si Pembaca

Saturday, January 31, 2015

Kelas Masakan Versi Cikgu Cikgu

Assalamualaikum! Hari ini nak makan kat mana? Makan kat mana? Hahaha, trending sungguh lagu si taufik ini. Hari ini kita cerita pasal makan! Saya suka makan, tapi tak membesar gak. Faktor umur dan genetik la ni. Salah kan genetik emak saya yang sangattttttttttt kurus masa dia muda muda! soon kita selongkar gambar gambar emak ek.

Last week, rasanya hari sabtu boss i hantar i pergi kursus baking mem-baking, i ada bad history dengan baking ini. masa tu i dengan kawan kawan perempuan ni pakat nak buat choclate moist. firstly jadi la, kek naik gebu sekali bila part chocolate tu, yang seorang kata asal pekat sangat ye, so konon konon i ni yang bijaksana, suruh la letak air suam.......tak pasal chocolate tu keras macam batu! aisehhhhhhh, ilmu baking pun tak abis tiba tiba bagi instruction salah! nasib baik la ibu ini ada kat umah dia suggest letak susu cair supaya nak bg cair balik and lastly cake tu jadi la tp nama nya cake banjir hahahah! since dari hari tu, taubat dah nak buat kek. kalau diorg ajak pun, i takat tengok je. tak nak kacau orang dah.

ok stop pasal itu! now kita sambung balik cerita yang memula tu....

Gambar tunggang terbalik la..aishh macamana nak cerita ini hehehe



Yang ini dalam kelas bersama chef jemputan. Alahai siaapaa nama nya? Nnti i check balik nama nya. Chef ini asalnya bukan chef yang diiktiraf kan cuma dia kata masa tu dia masuk competition pastu menang dan sejak dari aritu dia dapat tawaran jd pembantu chef atau program masakan. Hensem lg walaupun bapa orang hahhhaaa


Yang ini namanya 'Canape' why namanya cenggitu..pasal chef ni guna biskut brand canape hahhaa. Senang je nak buat nya


Ini dah teruja sangat sebab kami prepare sendiri doh nya, uli tepung campur sana sini dan siap sedia untuk di makan. Memang terbaik lah air tangan yg menguli nya hehehhe. Makan la time panas panas, fuh! Terangkat.

Ada lagi...lepas belajar buat doh kami buat roti sarang lebah. Haaa yang ini kena bersabar tahap 30tingkat nya bangunan. Fuhh letih tangan weeiii nak menguli nya. Tapi hasil nya tak terkata juga.

Kan roti ni tengah trrending dekat mana mana insta shop. Fuh meleleh.





Ini lah  chef yang mengajar kami untuk 3 resepi lain. semua yang dijar boleh la kita buat




Yang in 'tortila apa kebenda lah' tak sempat salin resepi. tapi kalau dah masuk kat mulut kira sedap je la.


So, at the end of class...chef banyak bagi tips pada kami supaya lebih berhati hati bila menggunakan dapur. Kadang kadang kita tak alert denganhal yang remeh temeh but itu yang selalu terjadi kan. ok lah panjang lebar dah kot. nanti nak buat class dengancikgu cikgu, hopefully still remember how to bake hahahha

Friday, January 30, 2015

Cari Pasal

Assalamualaikum semua,,, stressss! fuhhhh....no no no marah :)

Semua ni jadi hanya kerana ber-blogging guna tab! aku dah buat karangan sikit punya panjang lastly, data buat hal terus tak save......

Sabar jelah... sekarang ini fikir nak tidur je.. keletihan bawa anak-anak berarak td.

Harap semua boleh memahami masalah kita ini. Boleh menaip sambil tertidur. hahaha. esok kita cerita panjang serius mata tak boleh buka dah...

terima kasih

Thursday, January 29, 2015

Burung Hantu

Assalamualaikum! Tok Tok...! Ada orang?

Aritu tenggelam sekarang timbul balik...haiiihh tak konsisten sungguh si penulis blog ni:)

Kerja melambak di awal persekolahan, macam macam kena settle. Rasa macam sekarang masa berjalan tak menyempat. Baru buat 2 3 kerja dah macam 1 hari masa yang di ambil. Nevermind, nak buat macamana kan?

Kisah burung hantu ini, ada kena mengena dengan kerja kerja kita ini. Biasa lah kita ini, pergi keje lepas subuh balik lepas maghrib. nasib jumpa matahari gak. kalau tak jumpa aisshhh teruk dah tu!

Sekarang ini, kita suka buat kerja dalam pukul 3pagi sampai lahh ke subuh. balik kerja harus tidur dulu sebab energy sudah zero! sampaikan masa untuk diri sendiri pun dok berkira sangat. bila badan dah susut, complaint! manusia.....hehehhe

apapun kerja itu amanah. kita kena la laksanakan dengan sebaik mungkin

actually, bukan takde story nak cerita. banyak!!! pasal orentation, pasal aktiviti bulan ini. menimbun rasanya story mory ini.....so, ada masa kita jumpa lagi k.

ook. tata!!



Sunday, January 18, 2015

Hari Minggu

Assalamualaikum! Morning gegirls! Wahh banyak happy maa...

Ahad yang saya rasa macam syok habis lah. Bangun awal tapi masih boleh golek golek sebab mak kiah takde satu hari ini. Hehehe mak kiah ada mission di Perak sana. Nasib baik mak kiah kata tak jadi pergi kelantan seminggu, kalau tak mahu meraung saya ini. Dengan adik adik bujang yang ada kat umah...hehehehe. Kakak nya pemalas sikit hek! Teruk.

Setakat ini, rasanya hari ahad saya so far so good.. Masa ni je dapat rest kalau hari hari biasa tak dapat kot macamni. Keluar umah lepas subuh balik pula lepas maghrib. Sampai umah terus mandi tidur. Hari hari gitu.

Hopefully, lepas berlaki ini taknak la working hours macam tu mau gaduh laki bini hari hari. Hahaha. Tak tau nak story apa pun saja nak update. Ok XOXO

Thursday, January 15, 2015

1. 01. Januari

Assalamualaikum! Psstttt.. sekarang pukul 4pg, tapi kita autopublish je sebentar lagi :)

Ok. Goooooood Morninnnng!!!! Selamat Pagi!
Sebenarnya saya ni tak pandai nak bermukadimah panjang panjang. Cuma apa yang nak dikongsikan pada pagi ini berkenaan dengan NOMBOR.

Kenapa nombor? Tapi tajuk lain. Ehhh, lari topik ke? Tidak..... :)

Saya paling sensitif dengan nombor. Suka dengan nombor nombor ni. Walaupun masa SPM dulu result subjek Add Math confirm ke laut tapi Matematik saya credit la. Masa belajar kat UNISEL pun suka dengan class yang ada nombor ni. Mcm class statistik, akaun. Senang cerita ada asal nombor memang i suka la.

So, dipendekkan cerita pula, saya suka ingat tarikh tarikh penting. Biasa nya tarikh lahir lah yang paling syookk! Bulan ini sahaja, hampir kesemua rakan rakan yang saya kenal telah dan akan menyambut hari kelahiran masing masing. Jadi umur tu makin lama makin meningkat la ye. Yang dah kahwin takkan terasa tua sebab uols dah capai target kan. Cuma yang bujang bujang dan tunangan orang je yang duk stressss dengan umur. Macam i la juga ni.....

Ok kita tengok sapa yang paling awal sambut hari lahir nya :)



1. 03.01.1988 - Wardatul Jannah 


Yang ini kawan UNISEL saya, kenal dari foundation sampai ke degree kami together together. Kalau nak cari kami senang shj. Kalau ada wawa, ada la saya. Kalau ada saya, ada la wawa! Kami kami tak seiras tak sebapa tak seibu :P setakat relationship kami tak terputus lagi walaupun kami sekarang dah tak together together



2. 08.01.1958 - my beloved father Mohd Shim @ Pak Itam


Buah hati kesayangan intan payung permata berlian @ banker terhormat hahahahha. Alhamdulillah dipanjangkan umur si ayah ini. Dah dapat menantu pun..... nak tambah lagi seorang boleh tak?? Hahahahaha. Sekarang ini umur ayah dah 57tahun dan tak lama lagi pencen la ye. Jangan kerja kuat kuat. Jaga kesihatan nanti nak jaga cucu lak :)

next,


3. 13.01.1987 - Nur Adyani & 13.01.1988 - Syed Muhammad Asyraf

Dua orang ini antara kawan kawan sekolah menengah i dulu dulu. Adyani ini, saya kenal masa sy mula aktif dalam kadet polis. zaman sekolah dulu dulu, saya ramai kawan perempuan yang ala ala tomboy @ pengkid. Sejak berkawan dengan mereka ni, diorang sebenarnya bukan lah nak bertukar jadi lelaki, cuma sebabkan ada bad history dengan jejaka melayu terakhir mereka mengeraskan hati dan fizikal supaya menjadi ala ala lelaki gitu tapi betul la orang kata bila perempuan tau apa yang perempaun nak atau rasa, pengkid ini akan memainkan peranan nya. haaaa... ada lah experience sikit sikit. ok tutup cerita. Hopefully Adyani dipertemukan jodoh yang baik baik AMIN....


Yang ini lagi seorang jejaka melayu kacuk arab..budak sekolah pastu boleh lak jadi budak kelas selama 2tahun! Yang ini funny sangat sangat. Masa saya form2, kami berlima Saya, Halimah, Anis, Hajar dan Lailatul dah jadi rakan sekelas kemudian adalah seorang jejaka ni baru masuk sek. Hampir kesemua budak budak perempuan masa tu suka dengan budak ini. Memang tak boleh lupa dengan nickname dia 'blackspot' haha. oleh sebab dia ada tanda tahi lalat kat hidung kami bg nickname nya. tapi tak lama la masing masing crush dengan dia sebab dalam masa berapa bulan dah bercouple dengan orang lain. Nasib takde sapa terjun bangunan sebab frust tertonggeng. Sejak dari haritu, kami duk mengacau dia ni, macam macam la kami mengenakan dia. Nasib dia tak marah. Now, dengar cerita nak kahwin...insyallah semoga dipermudahkan segala urusan nya.



4. 14.01.1985 - Noradila Mohd Shim. Elder Sister

ok, satu satu nya kakak yang banyak menolong adik nya yang seorang ini dalam kesusahan. sekarang umur dah 30-an dan still bujang dan duduk di tempat orang. yaaa. doakan sahaja semua baik baik dan menjaga nama baik keluarga ini sebaik mungkin. berhati hati memilih kawan kawan.




5. 24.01.1988 / 25.01.1988 / 26.01.1987 - Fairuz Umira, Nelfi Adiela & Nik Mazleen


Yangggggggggggg ni semua kawan kawan UNISEL. Rasa sangat sangat bertuah dapat berkenalan dengan tiga orang ini, semua budak pandai dan mereka semua budak TESL :) kebanyakkan kawan kawan saya dari course TESL. apapun semoga berjaya dalam bidang masing masing. :) XO



6. 27 @ 28.01.1988 - Zulhafiq @ ex-bf zaman cinta monyet 

Yang ini taknak story banyak banyak, tunangan orang ini. zaman dulu zaman monyet zaman suka suka sahaja.  Sebab tu tak ingat exactly  date of birth si jejaka ini. hahaha ampunnnn!



7. 31.01.1988 - Lailatul Nurul Shaharuddin


Ok yang ini terakhir, the only kawan, musuh, kakak, ibu yang banyak sharing story la. bergaduh sikit dengan bf bagitahu dia, sakit ke bagitahu juga, tertonggeng ke terbalik ke semuanya dia la. Kawan sama sama balik jalan kaki pun dia gak. Kawan kadet polis pun dia juga, kawan pengawas pun dia juga. Dia ini umpama tulang belakang saya la masa di sekolah. Sekarang dah berbelas tahun berkawan dengan dia ini. Tak lupa juga pada Hajar Dzol. Nanti i cerita pasal u sebab bulan ni bulan Januari, u bulan Februari sabar k :). Sekarang dia dah jadi mommy! Husband dia pun kawan kami gak hahaha cinta monyet diorang sampai ke jinjang pelamin akhirnya, alhamdulillah. Apepun nad doakan lai & apis dapat membesarkan anak anak korang dengan penuh kasih sayang dan didikan agama pada si puteri Fatihah dan si putera yang dalam perancangan hahahahah :)




Saya rasa banyak tarikh tarikh penting yang kita boleh ingat tapi saya ini part Sejarah memang lemah la. Kalau ada pun ingat gitu gitu. Walaupun saya tak mengucapkan birthday kamu semua tapi saya tetap mendoakan agar kamu diberi kesihatan, rezeki, jodoh dan sebagainya. Doa yang baik baik sahaja, Ok la tamat la sudah entri pertama pada bulan ini untuk tahun 2015 sekian terima kasih!




p/s: 1.1.2015 adalah tahun pertama kami tapi tak penting kot :( apa boleh buat. Hati batu betul.


XOXOXO!


Sunday, January 11, 2015

2015

Assalamualaikum! Jawab salam kita niiiii :)

Rasanya dah terlewat 11hari untuk mengupdate blog kita.

Banyak urusan yang perlu dilakukan sebelum sekolah bermula. Dengan kursus nya, pindah rumah lagi. Agak penat la. But kerja is kerja.

Later kita cerita panjang ok.

See ya! XO