Si Pembaca

Monday, December 17, 2012

Kejap Ada Kejap Takde ^_^

Assalamualaikum semua!!! Bertemu kita sekali lagi! Hai followers yang comel & handsome!

Ok. Stop hehe

First, rasa bersyukur kerana masih bernafas lagi sebab boleh menulis untuk blog yang kejap ada kejap takde ni hehe. Masa tu ada cuma tangan ni malas nak mengetuk keyboard untuk menceritakan hal hal semasa. Tak semua hal perlu kita cerita kan?? Yang baik kita kongsi bersama dan yang buruk kita simpan kat dalam peti ais haha.

nak bercerita tentang diri sendiri la sikit. sebelum aku menghilangkan diri, aku ada post entry 'Aku Penganggur' dan feedback yang diberikan rata rata menyuruh aku bersabar dan Insyallah ada kerja yang melekat pada aku. Dan ternyata aku dapat jugak kerja nya, yeahh!! 

Jawatan yang disandang: Cikgu Tadika (skema nya, hahaha!)

Hmm. Yang ni takde kena mengena dengan drama Adam Hawa ye. Bak kata org mesti pengaruh Aaron Aziz haha. Dah setahun aku kerja jadi Cikgu Tadika. Mula mula, bila orang tanya,

"kau dah kerja ke nad??" aku mesti jawab "dah, ala...cikgu tadika je, part time :)". see. cara aku menjawab.

nampak sangat aku macam tak leh terima je title cikgu, cikgu tadika pula tu. macam takde standart je kerja tu. tapi lama kelamaan, aku terima gak even gaji takde lah besar mana. janji aku happy bila aku bersama dengan budak budak. 

mula mula tu memang kekok sangat. macamana nak melayan budak budak ni.. ohh hari pertama macam nak pengsan juga lah, dengan budak yang menangis, yang nak terkencing, yang banyak bertanya, yang tak nak buka mulut pun ada.. haha. biasa la first day masuk kelas. secara ringkasnya, memang besar tanggungjawab cikgu tadika ni. masa ni lah budak nak belajar banyak perkara dari pelbagai segi aspek. fuhh! 

jadi.. jangan nak letakkan tanggungjawab mendidik anak/budak pada cikgu 100%, kami, guru-guru ni hanya boleh membantu apa yang patut. selebihnya hanya ibubapa yang akan menentukan anak yang macamana yang mereka ingin kan.

ok. cukup la cerita pasal kerja ni. kalau nak cerita memang banyak sangat. yang penting kita happy bila bekerja! 

bye!


Saturday, November 17, 2012

Aku Penganggur

As Salam;


Bangga kah aku menjadi seorang penganggur? Hina kah aku sebagai penganggur??


Orang nak kata apa...bia kannnnn--- *ala ala style dalam citer Bujang Lapok haha


Aku bukannya suka suka nak jadi penganggur ni, bukan memilih pangkat atau nama *waklu!!!




cuma.............




aku bukan la seorang graduan yang SAH! faham tak??! Tak faham??

senang citer, gua tak konvo lagi der--- so, nak apply keje msti la nak tunjuk certificate kita bagai kan. Pada aku sangaatttttt la leceh :P tapi masa kitorg da nak abis practical, ada 1 form tu supervisor tempat praktikal kena tick sama ada nak guna khidmat kita atau tak..tapi aku yang suggest kn kt supervisor aku supaya tick aku tak layak berkerja kat ctu.. hahaha *sgt kejam!! tapi pengalaman yang aku dapat akan aku gunakan sebaik mungkin bila aku sudah dapat keje.....oh yeah!! :)



apa pun kita layan la dulu lagu sudirman ni - Aku Penganggur






p/s : walaupun aku penganggur, every month dapat la duit poket sikit sikit ^^ hohoho!!


credit : Youtube (studiokembara22) tqvm!


Sunday, June 24, 2012

2012

Assalamualaikum,

Wahhhhhhhhh!! Dah setahun blog ini dipinggirkan. Mood kejap ada kejap takde..

Oleh itu, Selamat Kembali untuk diri sendiri. Oh yaa, nampak tak sudah bertukar?? Ni entah yang ke berapa kali la... Masih dalam meng-edit

Selamat Menbaca semua XO!!