Si Pembaca

Wednesday, September 23, 2015

Breakout Game

Helll Yeahhh!

Opss. Assalamualaikum... aishh kurang sopan betul tadi hiks!

Korang pernah dengar tak Breakout? Kita baru baca pasal game ni semalam tu pun dalam oh bulan post tempat tempat utk family meluangkan masa bersama sama

Dipendekkan ceritaa...kita teringin la nak pergi cuba game ni. Semalam mesej ngan gf discuss pasal ini. Semalam gak cari info pasal ini.


Tu diaa. Kita dah share screen shot di atas

As usual sebelum nak p survey dulu


Tu diaa. Dia punya harga. Tp diorg suggest kita pilih members yg 4 tu sbb lagi ramai members lagi senang case diselesaikan hoho

Yang di bawah ni antara games yang diaorang provided


Setiap game ada level nya. Overall tahap kesusahan nya takat level 5 ajo

Takpe. Takpe. Survey dulu. Kena check review orang ramai. 

Oh lupa nak cakap. Game ini kena selesai dalam 45minutes je.

Arghhhhh! Nervous kita

Kalau takleh selesai macamana???


Sunday, September 20, 2015

Achik Yaa & Izzati

Assalamualaikum,




Kalau rasa gembira tepuk tangan, pak pak!

Kalau rasa gembira tepuk tangan, pak pak!

Kalau rasa gembira, begini lah cara nya 

Kalau rasa gembira tepuk tangan, pak pak!





Yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


Saya seorang yang garang tapi dalam masa yang sama saya sebenarnya hati nya baikkk sangat. 





ok. penipu!


Saya seorang yang kurang gemar dengan budak budak tapi dah dekat 5 tahun kau kerja tadika takkan takda sayang pada kanak-kanak kan?






ok. sangat penipu hehehehheeh





Normal sangat la perasaan tu. Marah macamana pun kita pada budak budak. Bila dia sengih macam kerang busuk tahap cipan, cairrrrrrrrrrrrrrrrrrrr juga!



Tapi hati ini dah jatuh saya pada minah kenet seorang ini. dia la penyeri hidup saya yang duka lara ini. Cissss, ayat nak clishe jaaa..



Saya ini tengok je dia membesar depan mata kita. Dulu tolak tolak kita. Akhirnya cikgu ini juga la yang kau sayang kan Izzati.








Mek jati Kelantan tapi kecek KL gak. hahahahaha


Saturday, September 19, 2015

Persahabatan

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini, saya merindui kawan-kawan saya. Tak kira la, zaman sek rendah ke, zaman sek menengah, kawan universiti ke kawan sekerja ke atau sebagainya. Kadang-kadang kita tak sangka orang yang tak pernah kenal tiba tiba boleh menjadi kawan baik. Pada pendapat saya, pandangan pertama orang terhadap kita amat penting sebab di situ lah titik nya persahabatan kita ini berkekalan atau tak.



Persahabatan kami bermula pada hari pertama kelas Tahun Asas di Unisel. 


Kami berasal di tempat yang sama iaitu Rawang. Pada mulanya, saya agak menyombong sikit sebab tak kenal kawan sangat. Treadmark saya adalah baju kurung dan rambut simpul nenek kebayan. Dengan aura Cik Kiah, saya dikenali sebagai budak yang garang. Pada hal kecut nak mampus!


Kami berkenalan sewaktu nak ke kelas. Kebetulan kami adalah dari group yang sama dan saya adalah antara orang yang suka ke kelas awal sebab nak rebut tempat duduk depan. Jadi di situ la terjadi persahatan kami antara Wardatul Jannah dan saya.


Masa itu saya fikir, unik nama budak ni. mula mula panggil wardatul dan lama lama melekat pula panggilan Wawa sebab masa ini kami dah bertiga, eh muncul lagi seorang lak.


Jadi tercetus la group wawa wiwi dan wut wut (saya la tu!)


Panggilan Wawa kerana payah nak sebut Wardatul 

Panggilan Wiwi pula kerana nama nya Harnizah dan size mereka pun lebih kurang sama hehehe jadi kami gelar Wiwi sebagai adik kepada si Wawa hah.

Panggilan Wut Wut sengaja je sebab bila ada wawa dan wiwi dan part nama sebut nama saya jadi Nad lak. macam tak best lak kan. tapi sampai kesudahnya orang panggil Nad jua. 



jadi asal kemana je mesti bertiga. pergi kelas bertiga, pergi makan bertiga, sukan pun bertiga.




tapi lepas semester 2, wiwi berhenti belajar atas masalah keluarga. sedih.


tinggal la berdua sampai la kami ambil ijazah dan sama sama graduate! duduk pun sebelah menyebelah hahaha.


begitu lah persahabatan kami.


kadang kadang ada pasang surut nya tapi dek kerana sayang kita lupakan je kalau ada yang gaduh sikit sikit


jadi kita belanja sikit gambar ek





siapa sangka 10 tahun dah kita bersama.

sama sama belum ada jodoh.





Tuesday, September 15, 2015

Diary of Mommy: EnfagrowMalaysia Sample Pack

Assalamualaikum! Morning!

Pagi ini kita update lagi pasal diary mommy to be kita ini. Kalau hang pa semua tgk kat belah kiri atas, kita dah kumpulkan satu tempat so pada bakal parents yang nak info info boleh click je mana mana post.

Kita punya tu bukanlah tips tips ke apa just nak sharing apa yang kita tahu. Lagipun nak simpan utk diri sendiri. Insyallah. Hehehe kawin tak lagi.

Ok.

Segmen kali ini pasal susu lagi.

Yang ni sahaja sahaja duk tekan tekan. Kali ini kita jadi EnfamamaA+ Club. Mcm biasa details diperlukan. Selepas dah isi form dan submit. Tunggu la respond. Tp yang ni lama sikit sebab. Lepas je kita received confirmation email dr pihak diorang baru dapat sample. Tu pun dalam 2minggu gak la. Ingtkan tak dapat.


Ini lah sample pack nya


Kali ini dapat sample yang best.
Antara free gift yg diberi:

Fridge Magnet 2
Classic Music for Baby
Sticker Family on Board
Susu sampel 2 pek


Yang ini semua tak tahu la bila nak bagi pada angah sebab kalau ikutkan dah 7 bulan pregnancy rasanya. Huaaa cepatnya.


Kita belum beli apa apa lg barang barang baby.


Saya doakan angah sihat sihat selalu.


Thursday, September 10, 2015

Kebetulan atau ???

Assalamualaikum semua.

10.9.2015 jam 1.05ptg

Sekarang saya berada di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam.

Tenang je dengar alunan ayat ayat Al Quran sebelum solat Zohor.

Hati berdebar debar.

Tapi buat taktahu je. Siap kan kerja kerja tertangguh sementara tunggu Puan Boss meeting.

Selepas je habis solat Zohor, meeting ditangguhkan dan berjemaah bersama sama. Usai semuanya hendak pulang dan ada hamba Allah yang sedang tersenyum memandang ke arah kami.

Saya tak nampak dan tak perasan sehingga dia berhenti dan melambai lambaikan tangan nya. Saya hanya tersenyum sambil memandang Puan Boss.

Sudah berkahwin pun hamba Allah tu. Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka

Dan terjawab sudah perasaan berdebar debar

Tuesday, September 08, 2015

Secret Parcel 2

Assalamualaikum!!


Bulan ni bulan yang busy bebonar. Tak putus putus program tadika ni. Nak rehat pun kena hold sekejap. Otak dah macam wayar yang berselirat. Nak fikir hal tadika, nak fikir taska pula. Yang ter ter laa.. payah nak kata. Selagi kita bekerja, bekerja la dengan seikhlas hati #selakrambutkebelakang


Lupakan seketika hal kerja.



Ingat lagi tak post aritu yang pasal Secret Parcel. Haaaa...kita dah dapat second box lak..yeahhh.
Seronok sebab box kali ni menepati citarasa la. Ada journal card. Glitter masking tape, clip yg cute dan sticker yang cun melecuun.



Ini lah bungkusan kedua. korang boleh zoommm sikit tu tengok barang barang nya
Paling tak tahan bila dapat wooden stamp love tu

Semua tak rasmi lagi tu hehe

Wooden stamp tu memang mahal sikit. Aritu tengok di Popular wooden stamp ABC tu pun size kecil rm12.50 kot. cenonet je tulisan nya. Survey punya survey akhirnya jumpa gak di insta cuma belum sempat bank in duit nya.


Tunggu la dulu.



Ni kita share kan insta yang kita selalu shopping. Kalau nak ikut kan ramai lagi yang menjual benda benda cute miut ni.

Yang ni one of them laaa.

Kita dah berkenan dengan Wonderdori. haaaa ni kita buka post baru. once dah sampai barang kita up story ok.




XOXO,


Achik Yaa





Sunday, September 06, 2015

Diary of Mommy: Gender Anak Buah - Boy? Girl?

Assalamualaikum!!!

hip, hip, hoorayyy!!!! Alhamdulillah baru lepas cakap cakap dengan bakal ibu nunnnnn di utara sana.
Semua sihat sihat sahaja. Maknya sihat. Baby nya pun sihat. Makciknya? hahahaha. Takyah tanya.


Ok. Saya tertanya anak buah saya ni boy ke girl. tanya maknya, asyik menyengihhh je.


Ok. nak rahsia la tu.


Tadi maknya kata nak bersalin kat Kedah.. Lepas settle semua baru balik Rawang berpantang disini.


Ok. Makcik tunggu ek. Makcik ke? Ish kena vogue la. Panggil Achik Yaa. Kan sedappppp.



Ok. Nanti kita sambung lagi.


I want U!

Assalamualaikum!

Sepantas kilat kita nak menaip ni.

Seriously teringin nak ada buku planner yg cute tp diva meletopss kau. Dah survey kat insta. Dah berkenan satu dua ni.






Tengokkkkkkkkkkkkk!!!


Geram!!!



Lepas ini saya beli juga awak ni :)