Si Pembaca

Saturday, December 20, 2014

Berdua

Assalamualaikum.
Sejak dua menjak asyik kena tinggalkan je. Ingatkan masa kecil kecil je. Ni dah besar panjang pun kena tinggalkan. Haiiiihh. Nasib badan la.

Saya ni ada 5org adik beradik je. Yg sulung dan tengah adalah kakak dan yang no4 dan no5 adik lelaki. Kalau masa kecil kecil tu, meriah r...sebab semua dah ada. Bila dah start sek menengah, seorang seorang takde.

Tahun yang ketara sangat adalah tahun 2014. Macam yg sedia maklum tahun ini baru je berlangsung majlis perkahwinan kakak yg no2. Biasa la langkah bendul. Dah jodoh, takkan nak halang halang lagi kan. Bila dah kahwin kena la ikut suami. Dahh kurang seorang. Tinggal lg 4org

Bila dah berempat, cuti sekolah yang tak menahan. Adik lelaki semua pakat balik rumah ayah. Haiihh.. lagi la tak best. Tinggal la berdua.

Lupa nak ckp, yang sulung nak hidup sendiri. Duduk dgn kawan kawan. Ok. Kita let go je. Pandai pergi pandai balik kn. Tinggal la seorang.

Bila seorang mula r terpinga pinga. Buat ini tak kena buat tu tak kena.
Pergi kerja, balik kerja. Kita tengok mak je la. Boleh la dating dating. Masa ini la nak berdua duaan dengan mak.

ok. bye. 

Friday, December 19, 2014

Quick Update

Assalamualaikum dan salam jumaat!

Cuma nak beritahu yang blog saya bertukar wajah lagi. Hopefully boleh stay lama dengan yang ini. Simple. Clean. Taknak la serabut serabut.

Sejak dah berumur ni kalau boleh taknak terlalu stresssss. Kalau ada yang sudi baca alhamdulillah, just drop by kat chatbox ni. Nanti saya blogwalking. Lama dah tak berjalan jalan ke blog orang.

Sekarang nak karang cerita lak. Busywoman la katakan. Sekarang ni autopublish je. Melainkan ada benda yang kita tulis on the spot macam sekarang ni heheheh

Have a great day korang. XOXO!

Tuesday, December 09, 2014

Sudah berpisah PART 2


Assalamualaikum. Baru berkesempatan untuk share gambar gambar bertandang kakak garang hehe

kenapa kakak garang? ada kisah sebenarnya nanti kita cerita.

Maaf, quality gambar kurang memuaskan kerana bukan kita yang pegang camera. 

Enjoy k!




















First Touch-up!


Assalamualaikum! Dapat ilham pepagi ini. Orang bujang selalu bangun terkejut kejut hehhe

Sekejap je nak masuk tahun baru, jadi kita pun hendak lah buat perubahan sikit pada blog kita ini.

Taktau lagi nak design macamana, asal buka Adobe Photoshop terus blank! Kena la pergi blog yang ada buat tutorial header yang cantik cantik. Ambil ilmu sikit sikit.

Ini lah touch up yang pertama. Ada yang tak kena sebab rasa tak puas hati sangat ini.

Relaks. Kita guna pakai yang ini dulu. Cuti weekend ini kita godek godek lagi.




Saturday, December 06, 2014

Thursday, December 04, 2014

Ladies Night ; The Hunger Games : Mockingjay Part 1

Assalamualaikum, wahh sudah malam kaa..

Hahha. Saja nak post cerita baru, hangat lagi ni.

Alhamdulillah, akhirnya dapat gak tgk THG: MJ Part 1..konon gesel2 ngan chenta nak g berdua tp busy punya pasal kita p la ngn gf kita je.

Lama gak tak jumpa partner kita ni, sejak dah ada kerjaya masing masing kemain busy lerr. Kekonon nak lepak2 je tp gf ajak tgk wayang, ok la tu..dah alang2 hari rabu kan, murah la sikit. Kihkih

So, kami decide nk tgk title seperti diatas! Melting sesangat dgn actor peter tuuuu.....kalau la chenta mcm tu kn. Confirm tak tgk org lain dah! Dulu suka had chubby2, la ni nak yg keding2 je. Ala2 Bront Palare gituuu.

Ok, straight to the point nad!!

Kami ambil ticket jam 9.40pm so sempat la balik b4 jam 1.00am kn. Sejak dapat permit balik lambat ni, akan ku guna sebaik mungkin. Bukan selalu pun. Sesekali je. Kami ambil seat couple, tp mlm tu mcm kurang luck la, dpt lak jiran2 yg huha huha. Adoii. Sedih benor! Tp tak lama pun bising nya, pasai anak tdo laki ajak balik...huahua! Aman sat.

Keseluruhan movie tu, kita bg 3 stars je la sebab kata part 1, mesti lah depa simpan scene yg best2 utk part 2. Masa ni depa susun strategi nak jatuhkn Mr.Snow tu. Jalan cite pun biasa2. So kita tunggu part2 k. Entah bila la kuar nya.

Masa ini msg ngn abam khairul kot2 ada kat area rwg, blh r dia drop by tp busy la pula...jadi kami keluar berdua aje. Next time k abam! Hari yg sama gk dapat ole2 dr terengganu. Thanks partner bg kain batik. Lepas ni boleh jd perempuan melayu terakhir kn.  

Tu je kot nak cerita, next kita cerita pasal lain lak. Good night!

Tengok tu!

Yang ni kami gatal2 selfie lepas tu send kat abam khairul, mau kasi jeles sikit maaa,


Friday, November 28, 2014

Dulu VS Sekarang


Assalamualaikum!

Kita nak cerita macamana kita boleh jadi blogger yg tak berapa kick ni. 

Dulu..
Masa kita remaja, kita suka buat apa yang orang buat.
Contoh, org ada friendster, kita pun ada.
Orang ada Myspace, kita pun ada.
Orang ada Yahoo Messenger! Kita pun ada gak.
Blog? Haaaah. Yang ni kita fikir banyak kali sebab apa yang kita cerita 1 dunia akan membaca.
Lama.....fikir, akhirnya kita pun buka la account tapi rasanya ni blog yang kedua selepas blog pertama hilang tanpa kesan bila kita ni tak ingat password account.
Masa ini, kita rajin godek godek, tukar background la, letak emoticon la, letak chatroom. hahh semua ada, rajin sangat.
Update blog pun boleh tahan, walaupun cerita tak segah mana pun


TAPI.....



Sekarang,
Nak update pun dok berkira kira. story memang banyak gila, tp lepas pegang je tab nak menulis, terus takde mood...why la! Rindu betul nak berblog macam dulu dulu.

Sekarang...
Nak kena menulis semula la paling malas

good night everyone. Entry kali ini mcm vangang r. Otak fikir lain, mata tgk lain....huwarggghhh

Tido...tido!


Tuesday, November 25, 2014

Holiday oh holiday!

Assalamualaikum. Ya, saya perlukan holiday yang vasssss!

Kenapa? Yela. Setahun ini baru terasa penat bekerja dan usaha selama 3 tahun bekerja pun dah membuahkan hasil. Perasan tak saya ada bg hint di post yang lepas...hahh. bukan apa, nak remind kan sahaja. Hehehe

Alhamdulillah, sebut punya sebut, doa punya doa, akhirnya!

Next year, bulan 2 saya fly ke Sabah! KUNDASANG Ooo..

Macam apa kan? Hahah biar pi la. Janji saya happy. Setakat ini ada la holiday kat semenanjung dan seberang tembok Malaysia. Lepas ini plan nak pi Indonesia pula. Wahhh...

Biasa la masih bujangkan. Kot ada rezeki pi umrah lak...doa tu...harap dimakbulkan. Amin....

Ok. Kita tutup dulu pasal holiday. Lama lagi. Nak pung pang pasal lain lak.

K, bye!

Sunday, November 23, 2014

Pasang Surut

Assalamualaikum.

Dah hujung bulan kan? Cuti sekolah pun dah mula. Ramai la planning bercuti jauh jauh. Kita....gak yang kena bekerja ;).

Takpe, tahun depan dah booked tiket pergi Sabah!
Alhamdulillah, rezeki kerja 3years di tadika. Dpt flight tiket pun dah bersyukur, kalau nak harap kan savings kita ni, confirm duk tangguh tangguh.

Rasanya dalam 1 tahun ni, takde pergi cuti cuti malaysia. Kalau ada pun takat sini sini je. Kalau dapat cuti public holiday tu mcm lucky draw la. Syok nya tak terkata. Kami ni cikgu cikgu tadika cum taska payah nak ambil cuti cuti umum ni, kecuali cuti cuti penting je.

Eh, tajuk pasang surut tp apa cerita nya? Kalau cerita mcm kelakar tapi tu hakikatnya!

Kisahnya bermula bila kita ni, yang umur dah banyak kan nak bercinta mcm budak budak remaja.. hahaha.
Umur mcm kita ni dah ramai yang kawin, anak pun dah berderet tapi kita ni? Payah nak kata la. Berkawan tu ada tp nak steady tu, kemain payah yang amat.

Setakat ni kita jenis yang simple. Takde nak serabut la. Bila dia kata dia busy, kita ok kn je. Percaya tak kalau kita kata kalau dah dating sekali pastu kena tunggu atleast 2bulan untuk dating seterusnya. Tu tak termasuk call dan message. Kalau tengok org lain, sepanjang masa je phone berbunyi tp kita ni, Haiiihh, kalau berbunyi tu rezeki la.

Relationship kami sangat complicated! Dua dunia berbeza. Well... nasib kita ni jenis memahami. Takde la lembik sgt. Tapi tipu la kalau kata tak terasa..

Yang penting parents kita dah bg green light. Berganda syukur tu. Mak kiah sangat cerewet. Tengok je la majlis angah.

Masa nak beritahu sapa kwn kita tu, berdebar yang amat. Mana la tau kena reject, hancur berderai hati kita ni. Tapi, alhamdulillah... Allah Permudahkan jalan saya ini. Tapi banyak syaratnya.. terkedu sat! Jadi, awak bersedia ok, emosi dan mental bila jumpa mak kiah!

Kadang kadang cerita cinta kita tak lah seindah orang lain. Kadang kadang lama awak menyepi. Ada tu sampai 4bulan awk senyap. Sepatah kita tanya berbulan awak nak jawab kan, tu la pasang surut nya
Touching dah ni.

Bukan lah nak minta simpati, cuma nak luahkan sahaja.



Sunday, November 16, 2014

Sudah berpisah PART1

Assalamualaikum semua! ada pembaca tak? takde! ehhh takpe. Kita menulis pun untuk suka suka shj. Sahaja hendak mengisi masa lapang.

Alhamdulillah, tahun ini #keluargapakitamcikkiah telah selamat menerima menantu pada 24.10.2014.
Menantu pertama kan! Majlis 3hari 2malam berlangsung dengan baik tanpa sebarang gaduh gaduh. boleh percaya ka? hee adalah sikit sikit. kita memang hendak semua nya sempurna di mata orang tapi mesti ada cacat cela nya :)


Si kakak yang ber-selfie pada malam berzanji. Masa ini agak touching la sebab malam ini kami buat ala-ala cukur jambul tapi kita tukar kepada tepur tawar. Yang ini permintaan Cik Kiah sebab masa kami kecil kecil kitorang takde cukur jambul jadi dah besar ini, Cik Kiah buat kan la untuk anak perempuan nya.






Si kakak yang kuat menangis heeee!

Hari nikah pula esok nya. Lepas solat jumaat, 2kali akad nikah dan menjadi isteri kepada suaminya, Rozaimi.













Malam berinai pula!






kita sambung lagi ye! tunggu.


8, 9, 10 and 11!

Assalamualaikum! Tajuk budak budak tadika. haha!

why??

blog cikgu sekarang ini sudah bersarang labah labah.

Last update bulan 7, sekarang sudah bulan 11!

busy busy busy. sejak tak cukup kaki tangan mulut mata ini, kena berkejar-kejar menguruskan hal hal anak di tadika.

orang lama yang tinggal pun 2 orang je, yg lain baru nak ambil mood jadi budak budak

dengan asyik keluar masuk tadika. cikgu akui yang cikgu banyak skip class anak anak. rasa bersalah yang amat.

takpe. next year cikgu buat yang lebih baik dari sekarang :)

Monday, July 21, 2014

Resepi ramadhan : Nasi Ayam


Assalamualaikum! 


Selamat datang ke dapur Nadia Shim! Idak la berapa cantik tapi kemas kan?
Terima kasih la pada emak yang asyik berleter kalau rumah kami macam tongkang pecah. Tapi part mana ek? Hahaha.

Ok2, hujung minggu je aku ada free time..jd weekend je aku jadi surirumah la, mengemas, membasuh, melipat, memasak. Hari hari lain aku touch n go je. 
Mak berleter gak tp aku pulun semua kerja kerja umah ari ahad. Masa tu semua benda aku basuh...

jadikan cerita, aku ni teringin laaaa nak makan nasi ayam. Pergi baazar dekat rumah tp sepanjang bazaar tu satu gerai je yang menjual tp org kata tak berapa kick! Aisehhh ni yang lemah time puasa kalau tak dapat yang sedap confirm nangis sorg2..hahaha

Hati dah kata baik buat sendiri, boleh makan berulang. Google resipi kat 
http://aziejaya.blogspot.com ajak mak g nsk rawang beli bahan balik terus buat. Masa tu aku perap ayam tak lama sebab aku masak pun dah pkul5.30ptg.

Sampai rumah terus rebus ayam. Ayam aku guna yang bahagiab peha ngn tight tu. Cukup r tuk tiga org makan kat umah. Boleh r simpan ke sahur.


Masa ni masak nasi tak guna air rebusan pun. Menjadi gak la kuning nya


Tengok! Duduk sebelah menyebelah lak. Sambil rebus ayam sambil blender cili nya..



Penutupnya, ni lah hasil nya. Sup tu sayang takde daun bawang dan sup. Dah ingat nak beli tp biasa r manusia pelupa kan. Letak bawang goreng shj.

Kalau korang nak masak masak, pergi la kat azie kitchen ni. Menu semua sedapsedap, bahan pun senang nak cari. Kalau nak belajar, belajar je ngn google...hahaha. kalau rasa nak tmbah resipi sendiri boleh je ikut selera masing masing r. 

Ingat nak masak mee bandung, tp tak larat pula. Lepas raya r. Tak pun pagi raya la kita masuk dapur balik. 

Ok la, XOXO!

Ramadhan ke 23 tahun 2014

Assalamualaikum semua!

Chak! Chak, haiiishhh. Dah nak sebulan baru timbul balik. Busy busy. Rajin online tp malas nak berblog. Banyak stalker blog org shj. Apepun, lagi 6hari kita nak beraya!

Kenapa cepat sangat masa berlalu??

Tak sempat nak beli apa2 pun..

Tahun ni raya macam ke laut je! KENAPA?

Budget lariii ooo. Byk nak spend masa wedding akak nanti insyallah. Semoga dipermudahkan la segala urusan, habis je raya dah kena submit borang nikah.

Jap! Aku yang nak kawin ke akak aku ni? Ahahah. Aku rasa dia pun takde feelings macamni. Ke aku yang meroyan sorg2?

Happy kot bila adik beradik nak mendirikan masjid. Aku pun boleh r belajar sikit sikit. Masa aku nanti, aku goyang kaki r. Korang lak buat kerja.

Biasa r nak smbut first menantu. Nervous nya lain macam.

Nak story banyak2 pun, takde apa yg nak dicerita sbb kitorg banyak survey je. Belum jumpa banker nak bayar itu ini.

Tp aku adalah survey satu guestbook ni. So far aku rasa berbaloi la juga price nya. Cantik pun cantik. Aku nak order satu utk akak ku ni..as a wedding gift la. Nak bagi piccabooth, kurang budget pula.

Tp aku nakkkk sangat piccabooth tu! Tgk kat wedding cikepal fuyohhhhh, grand juga! Ikut rezeki masing masing. Ada saving lebih buat r grand, yang tak kencang saving buat yang termampu. Kata orang nikah tu penting :)

Apepun aku harap majlis akak aku ni berjalan ngn lancar.

XOXO! Jumpa lagi!

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum.

Salam 1 ramadhan hehe

Alhamdulillah hari ini dapat berpuasa lagi. Rasa seronok tak terkata. Bersyukur sangat2 bila dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga. Walaupun tak ramai yang takde tapi yang paling penting berbuka bersama sama.

Sekarang ini boleh lah kata mcmni. Nnti dah ada laki, dah ada keluarga mertua, baru tau macamana gayanya. Kita tunggu je.

Tahun ini, puasa dan beraya ala kadar sebab ada majlis yg terbesar perlu diselesaikan. Oh noo. Rasa tekanan sangat2 sebab org lain yang kahwin org lain yang kena siapkan kelengkapan. Tak siapkan apa pun lagi padahal 4bulan je lg tinggalnya.

Harap dapat selesaikan semuanya dengan mudah...amin!


Saturday, June 28, 2014

6 bulan

Assalamualaikum.

Kepada awak,

Awak tahu tak yang kita dah berkawan hampir 1/2 tahun. Macam tak percaya sebab awak tak pernah kot nak kira2 hari ini. Bukan jenis awak macam tu.

Awak tau tak, kita ni macam batu dengan kayu. Awak rasa kita boleh ke kekal sampai apa yang kita rancangkan?

Saya sentiasa berdoa untuk kita.

Saya kena berdikari.

Awak takkan pujuk saya kalau saya merajuk. Sedih..

Macamana lah saya boleh berkawan dengan awak..

Banyak sangat perkara yang bermain di fikiran saya.

Saya kena positif. Jangan fikir bukan2.

Andai kita tak bersama, awak tetap kawan saya.



Thursday, June 26, 2014

Tak Gembira

Assalamualaikum!

Pagi pagi lagi dah tak gembira. Sedihh ooo.

Masalah masalah. Tak pernah habis.

Cari kerja lain.

Saving duit banyak banyak.

Ok. Itu pengakhirannya.

Sekian.

Saturday, May 31, 2014

Happy Teachers Day

Assalamualaikum! Ok. Rasanya tak terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Guru pada semua pendidik tak mengira pangkat, umur, bangsa dan lain lain. Hiks! Setiap org boleh menjadi guru, tak semestinya kita kena bekerja sebagai guru baru boleh jadi guru.
Ok. Mari kita membaca!
Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun ke3 saya sambut hari guru. Walaupun tak official jadi guru betul, takde sijil guru, saya tetap dipanggil guru. Terima kasih pada anak2 tadika yang tak jemu2 sayang dan sebut nama guru2 walaupun kami marah mereka macam letupan perang ke2 tu. Haiiiii..sabar sahaja.
Dunia tadika penuh warna warni. Suka duka, tawa riang, sakit jatuh semuanya dalam satu. Kami yang perlu mendidik mereka selain ibubapa mereka. Kami sama2 mendidik agar satu hari anak2 ini menjadi orang yang berguna kelak. Aminnn.....

Cikgu Hasmah


Teacher Ina


Cikgu Iqa


Our boss, Cikgu Ana

Two. Us.

Assalamualaikum!

Ok. Happy sangat sangat sebab dapat bersukan. Gila gila penat.

Sebenarnya dah lama plan nak aktif balik bersukan. Last game masa tu study lagi kt Unisel. Tapi masa ni gak team dah berkurangan sebab rata rata mereka ni budak TESL, so ramai la pergi practicum ke sekolah sekolah.

Kalau ikutkan saya ni tak la minat sangat nak bermain badminton. Tapi sebab kan senior senior ajar skill percuma, eh macam best pula. Hahaha!

Biasa main mix double. So abang abang ni leh r cover bola kat belakang  kami yang girls cover depan. Main dengan net. Hiks! Kalau skill jadi bola cantik je jatuh kt sebelah.


So...konon nak wat comeback, saya pergi la dengan adik yang kebetulan staff satu tadika dengan saya. Remaja kan pantang diajak confirm nak pergi. Yang ni kami tak tau nak ajak sapa sebab kami nak warming up dulu. Yela urat urat semua dah tersimpul.

Akhirnya 1jam gak kami main tanpa henti. Cuma tukar side court je. Dan paling best, kami je girls yang ada. Lain lain tu ada tp datang temankan husband masing masing.


Gadis ini memang hantu merah. Favourite colour katanya, hiks!


Us. Thanks buddy!


Raket yang saya guna ni brand  Fleet. So far ok, tapi Apacs lagi kena dengan jiwa saya. Actually ada 3 termasuk raket ni. Tapi ada pada housemate saya. Tak tau apa jadi. Ada lagi ke tidak :( kasut hancuss sebab bertahun tersimpan dalam kotak. Kena beli baru, beg pun sama..huwaa..



Saturday, May 24, 2014

Trip to Penang!



Assalamualaikum! Post ni dah lama kita simpan. Malas bebenar nak karang cerita panjang panjang. Ok takyah intro panjang, kita imbas sekali lalu je cerita ni. 

Untuk pengetahuan semua, kali terakhir saya pergi Penang masa tu umur saya 11thn, sekarang dah 26thn. Kira 15thn gak la tu. Hoooo... banyak sangat perubahan di sini. Masa kecil takde feelings sangat sebab masa tu nak enjoy je. Dengan mak yg preggy, tunggu hari je tu, fuhhh nasib baik tak beranak kat penang. ")

Kali ini kita jejak semula ke tanah ank mami ni. Ok kali ini juga saya join 1day trip. Memang fun tp penat sikit la. Tp bila dah dtg penang, time makan takkn terlepas nya. Saya bab makan ON je..tp memang serius, kalau duduk penang mesti kembang. Makanan terbaik!

Gambar random la ye. Malas nak susun letak kihkih. 


Ok. Nanti jumpa lagi!