Si Pembaca

Sunday, May 31, 2015

#throwback : Family



Assalamualaikum semua! 

#throwback adalah hastag yang selalu guna pakai pada gambar gambar di instagram, facebook dan sebagainya. Saya nak guna hastag in sebagai salah satu entry wajib setiap hari Ahad saya. Kalau semua tau kita ada #wordlesswednesday kan, so kita cipta kelainan sikit


Apa yang saya nak #throwback pada minggu ini adalah gambar family



Ni gambar bila ntah. Rasanya 5 tahun lepas. Gambar Raya. Dulu dulu kan famous ambil gambar studio. Masa ini ayah tak raya dengam kami. Kami sekeluarga je

Apa yang saya suka pada gambar ini, siapa sangka adik adik saya yang laki ini akan bertukar sebiji sama. 

Ok dari kiri adalah Alif, Angah, Mak, Shahriz (depan), Along, Adik (Saya)
Rupa Shahriz sekarang dah macam Si Alif masa ini. 
Kalau dulu anak anak perempuan free hair, sekarang dah bertudung.

Tahun ini insyallah, kita akan ada gambar keluarga yang baru hehehe
Baru la dapat merasa duduk dalam family besar

Yang dibawah adalah gambar terbaru kami

 

Angah dan suami





Semestinya gambar cik yang tengah menaip ni




Alif, si tinggi dengan kawan jiran sebelah rumah




Si Mak 




Si Shahriz yang gemuk. Sama tak muka nya dengan alif dalam gambar 5tahun lepas?




Si Ayah, Sapa tak kenal ayah saya boleh lah tengok kat sini. 


Saya rasa cukuplah #throwback yang mana ada. Yang takda dalam gambar terbaru Si Along sahaja. Insyaallah nanti kami akan berkumpul semula. See ya!










Friday, May 29, 2015

Cuti Sekolah!

Assalamualaikum! Quick Update hehehe

Cuti sekolah dah bermula weeiiii. Cuti cuti? Sudah plan nak kemana? Cepat cepat fikir nak bawa anak anak kemana, nak g dating ke cikgu cikgu hehehe.

Saya? Naaaaa...takde cuti pun. Kena kerja juga sebab taska kena buka seperti biasa. Cuti ni rasanya lebih relaksss

So, anak anak sila bercuti beramai ramai. Senang cikgu awak ni hehehe

Apepun, sentiasa menjaga keselamatan anak anak diri. Jangan terlalu happy sampai mengundang bencana. Berhati hati dan beringat selalu ok.

Wednesday, May 27, 2015

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara

Assalamualaikum! Hari itu saya kata nak story pasal Muzium Bank Negara kan? Ini lah masa nya! Meh meh scroll sampai habis, baca elok elok ok?

Sebenarnya tak rancang pun nak singgah muzium ni sebab plan utama adalah ke Seremban nak survey lokasi interview si Alif. Lepas dah survey, kami pun balik la ke KL. Dah alang alang kita di KL, angah ajak pergi muzium tu. Mula mula tak confident sebab cuti minggu kan, ada ke buka nya? Dengan hujan lebatnya, tawakal je la. Nasib baik buka. Kalau tak kempunan mak buyung tu hehehe


Haaa, belum apa apa dah up gambar souvenier ek.

Untuk pengetahuan semua, saya memang minat pergi ke muzium ni. Tak kisah la muzium apa, as long muzium tu bermanfaat dan tak menyusahkan saya, saya ok je.

Kenapa saya nak pergi muzium ni? Sebab angah kata ada terowong sejuta ringgit! Oleh sebab nak sangat tengok, smpai juga la kami disini. Dalam muzium ni kalau korang nak pergi, pergi ke sebelah kanan kalau dari parking kereta laa. Dalam muzium ni ada 3aras.

Aras Bawah, Galeri Kanak Kanak, yang ni khas untuk family yang ada anak anak yang suka bertanya macam macam, boleh masuk in. Sambil tu ada la permainan interaktif berkonsepkan 'Simpan, Belanja dan Berkongsi'. Kat galeri ni la ada terowong sejuta ringgit.

Aras 1 pula, ada 3 bahagian. Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Kewangan Islam dan Galeri Ekonomi



Aras 2 kita ada Galeri Numismatik yang bermaksud sejarah awal mata wang dan kita boleh juga lihat pelbagai jenis objek, bentuk dan saiz lazimnya diterima sebagai mata wang. Masih ingat sistem barter? Haaa. Dulu duit susah nak dapat jadi orang akan menukar barang suka sama suka untuk memenuhi kehendak masing masing

Manakala Aras 3 kita ada Galeri Seni yang mempamerkan koleksi seni Bank Negara Malaysia


So far memang sesuai untuk peminat akaun datang sini buat education tour. Tak salah pun kalau nak mencari ilmu. 

Jadi sapa sapa nak dtg sini, boleh google, guna waze ke.



Saya rasa ni je yang dapat kongsi kan pada hari. Kalau nak tau lebih lanjut boleh la datang sini

XOXO


Gelabah

Assalamualaikum!

Pagi ini ada kerja sikit nak buat, so sambil tu update sikit la story.

Pernah tak rasa gelabah atau cuak? Haaaa, masa ini jantung tu dup dap laju je.. Masa bila kita alami perasaan mcm tu? Hihi

Sebenarnya kita semua pernah merasai nya setiap masa, kalau nak keluar rumah, kita berdoa supaya diselamatkan perjalanan pergi dan balik, nak makan, nak masak, atau apa sahaja la, semua nak berhati hati.

Saya ni seorang yang cepat gelabah! Haa. Terbongkar lagi satu rahsia.
Nak pula kerja dalam bidang perkhidmatan, selalu dalam keadaan berjaga jaga. Pernah sekali tu, anak tu jatuh sampai luka tangan nya, basically mak ayah ni akan tanya mcmna anak nya boleh jatuh, cikgu tak tengok ke, cikgu pergi mana, cikgu ada berapa orang. Soalan tu bertubi tubi sampai kita ni takleh nak explain hebat kan mak ayah sekarang? Once dia dah attack kita segala jenis gun terus kita gelabah dan nak jawab pun ada err..err.. Hehehe. Setakat ni alhamdulillah yang mana kita boleh explain dan minta maaf, mak ayah ok je. Benda nak jadi walaupun kita ni berjaga jaga dengan 200%.

Lagi satu, kita akan gelabah bila barang yang important tertinggal atau hilang atau tercicir. Orang kata macam hilang nyawa. Masalah saya ni, saya suka tukar purse dan handbang. Kadang kadang kita tak perasan yang sebenarnya kita ni dah simpan dalam bag tp mcm tak simpan. Yang ni terjadi masa tu nak bayar barang kat kaunter. Bila dah keluar duit, saya suka kepit purse tu dulu. Dah abis bayar baru masuk dln beg. Tp ntah mcmna la, saya terlupa agaknya. Lepas bayar straight masuk kereta dan jalan. Balik umah pun tak sedar. Bila nak bangun subuh baru perasan, apa lagi mengagau r mcm orang sasau.

Rupanya saya tertinggal dalam kereta. Haiiihh. Ini sindrom penyakit pelupa. Bayang kn dalam purse tu dah la ada mcm mcm kad, duit, kalau hilang...abis la. Kebetulan dlm tu ada duit collection...aduh seram sungguh. Masa ini dah tak fikir apa dah. Kalau hilang jenuh nak menganti duit orang.

Lepas ni, saya kena lebih berhati hati, jangan buat sambil lewa. Jgn nak gelabah sangat. Stay cool dan comel. Sayonaraaaa!

Monday, May 25, 2015

Kesihatan : Gegata

Assalamualaikum!

Nak tahu tak? Semalam punya lah happy sebab idea nak menaip tu mencurah curah. Banyak gak ditaip nya tp akhirnya entry tu tak dapat diselamatkan sebab line tenet problem pulak. Sabar je la. Rasa macam nak hempas je phone ni. Salah diri sendiri gak sebab update thru phone, memang mendapat la kan. Bila line takde automatic la apa yang kita taip tak sempat nak di auto save kan.

Jadi entry yang kita dah susah payah taip tu kita hold jap.

Mari lah kamu semua membaca apa yang saya nak tulis, alkisahnya la..waktu kecil dulu saya suka main kat luar, tepat pkul 6ptg berdesup keluar. Masa tu, gadget takde lagi kan, kita main je apa yang ada. Lari sana lari sini, bergolek atas rumput bagai. Bila nak balik mandi, buka je baju haaaa bertebaran bengkak besar kat badan, masa ni dah nangis la sebab rasa gatal yang amat, kalau dapat garu fuhhhh! Lega la sikit. Tapi bila nak mandi azabnya..pedih weii. Sebagai alternatif, mak suruh ambil bawang merah, belah dua pastu sapu kan je kat tempat yang bengkak. Dah lama tu, bila kerap jadi mak suspect saya ni allergic. Takleh main kotor, makan pula..hmm ada yang tak boleh makan. Contohya siput sedut haha. Seafood ok lagi. Dulu kalau nak tau allergic tu ada ke tak, pertama dia akan bengkak bibir. Hehehe mulut macam naomi cambell. Kalau dah nampak sign ni, makanan tu takleh dimakan.

Nak dipendekkan kisah nya, baru baru ni saya makan la siput sedut masa datang umah mak muda. Siput sedut masak lemak, sapa taknak. Terliur gak la. Tapi mak dah pesan kalau makan gak tanggung sendiri la ye. Oleh sebab tak dgr kata, 2hari lepas tu amik la tanda tanda cinta pada badan haa.. Masa ni tutup mulut je la. Ambil ubat sapu je. Boleh je makan ubat tahan gatal tp ubat ngntuk kan, nak kerja lagi. Kira sekarang ni pejamkan mata je. Kejap kejap bengkak tu naik. Hampir 3minggu gak la.

Oleh itu, jangan lah kita gatal gatal nak makan gak kalau dah tau kita ni tak boleh mkn benda yang allergic. Tp kalau dah nak sangat, kita bedal je. Sakit belakang cerita hehe. Ok see u next entry.

*takleh taip panjang panjang nanti takleh autosave

Thursday, May 21, 2015

Banyak Cerita dalam Satu

Assalamualaikum! Kum apa kumbet, bet apa betmen, men apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa satu, tu apa?!?

Hahaha rindu lak zaman kecik kecik dulu, ni jela permainan kita selain dari main jalur jalur itik kot, yang lalu bawa jambatan tu pastu main tali getah. Habis tali getah kita borong sebab nak buat tali skipping panjang panjang.

Hari ini baru ada masa nak jenguk blog. Kenapa? Wahhh cik nad sibuk bebonar mengalahkan VIP kauuuu. Tengoklah, masa tidur pun tak menentu sedangkan dulu kalau nak buat apa apa mesti tidur, kalau tak cukup tidur rasa semacam je. Mula la muncung mulut tu boleh sangkut hanger hahaha (kata mak kita la)

Oleh sebab tajuk kata semua dalam satu, kita rojak kan semua nya dalam ni. Hari hari nak fikir tajuk, mampus la. Takde kerja nak perah otak. Kita mulakan dengan rutin harian kita

Pertama, kerja. Okkkk je, tapi penat la. Kena kejar dateline big event tadika. Sekarang tengah nak pulun hari sukan. Kan nak puasa, kalau boleh nak settlekn semua nya sebelum raya. Lepas tu dengan last minute permintaan persembahan tadika. Thanks tu cikgu lain sebab tolong menolong utk melatih budak budak dalam masa 4hari ini. Tahun ni kurang sikit aktiviti luar sebab nak fokus pada aktiviti tadika. Moh ler kita bergerak dengan kaki tangan kita sendiri (bermotif sangat ni)

Kedua, kahwin kahwin! Yeay,,,, dapat gak undangan kahwin dr budak budak sekolah, Unisel. Tahun ni alhamdulillah, jemputan tu ramai tp cik nad tak sempat la nak hadirkan diri pada perkahwinan korang. Program bertindih sabtu ahad. Bunyi macam poyo tapi tu la hakikatnya :'(  . nasib ada yang kahwin bulan 6 ni, junior sek men kita. Insyallah akak datang ok.

Ketiga, rasa macam semakkk semacam jerr blog kita ni, rasa nak tunggang terbalik kan blog ni supaya tak nak nampak heavey. Nak nampak natural je. Akan cik usaha kan! Lepas ni blogwalking la kerja aku sambil cari idea. Tak pro la kata, kena la belajar.

Keempat, bakal suami! Kenapa aku nampak macam desperate, uwaaa tak suka la. Cik rasa kan makin meningkat umur, tahap kegedikan nak berlaki tu bertambah. Nak pula sekarang ni layan drama petang Dia Isteri Luar Biasa...perghhh cenggini kau *thumbs up kiri kanan*. Cik dah baca novel nya, memang best. Kau rasa ada ker calon suami gitu! Cik tak nampak lagi calon calon realiti lagi.

Kelima, entry ni agak bosan sebab takdak gambar! Hahahaha. Ok la sebelum tutup tirai entry pertama dan terakhir untuk bulan ni (kot laa kan) kita belanja korang gambar ok. Nak story malaihh aiii. Kegedikan nak menaip dah menurun *motifff la sangat kan*


Gambar ini diambil masa cuti pekerja kebetulan lak mak tiri ni balik rawang, bawa la gendut ni pergi galeri bank negara malaysia, masuk free. Duit sejuta ada tapi takleh curi hahha, CCTV kiri kanan tu.

Nanti cik buka entry pasal bank ni. Tak ramai yang tau sebab cik rasa tempat ni kawasan sektor kerajaan jadi jalan sunyi hujung minggu pastu bangunan baru lak, tersorok lagi. Lepas ni celah mana lagi aku nak serang. Cik tak main dah shopping mall, kalau takde tujuan tak yah pergi.