Si Pembaca

Friday, March 18, 2016

Satu bulan

Assalamualaikum..

Ehh. Tak update lagi part 2 untuk singkat tapi bermakna. Lepas kahwin boleh tak??

Opsss kahwin???? Ye. Satu bulan lagi. Persiapan ok. Smooth je. Tapi tak nampak hasil nya lagi.

Yang boleh nampak dan fikir..

Baju nikah siap.

Baju sanding dulu dah fitting. Ni nak pergi final fitting haha harap tak membesar la badan. Kuat makan sekarang ni.

Hantaran tak gubah lagi.

Kek dah tempah.

Henna dah tempah.

Goodies bag pun tak siap lagi. Masakk la.

Catering lagiiii laaa. Relax. Ada jalan penyelesaian.

Kad ada yang dah diedarkan.

Photographer checked!

Photobooth checked! Guna Zikay Rashid lagi. Hopefully kebaboom macam wedding angah

Gua dah nervous ni tapi gua buat relax sahaja. Ayoooo.

See u again. Kalau rajin kita up lagi persiapan perkahwinan ini.

Saturday, February 20, 2016

Singkat tapi bermakna

Assalamualaikum!

Post kedua dalam tahun 2016.....bagussss! Macamana nak jadi blogger vassss plus famous kalau mood menulis asyik ke laut jeee. Selalu berangan nak jd blogger famous *muntah hijau

Nak straight ke corner corner? hahaha..


Tajuk kali ini simple tapi taktau lah kalau aku bercerita macam 3 hari 3 malam kann. Syok sendiri! Blog sendiri. Sesuka hati nak buat apa. 

Percaya tak pada jodoh dari orang tua? Yela, zaman sekarang kalau nak kahwin mesti parents izinkan kalau pilihan anak-anak nya cukup kriteria, bagus budak nya, kira kena screening test luar dalam complete. Ada parents yang 100% setuju dengan pilihan anak-anak tapi ada juga yang tak setuju. Kalau yang tak setuju tu mesti ada something wrong satu dua part laa. 

Restu dari parents?? Of course! Siapa yang tak nak perkahwinan itu direstui oleh parents dan dari semua pihak. Sama la macam aku ni. Kisah aku ni macam dramatik sikit tapi boleh lagi layan laa. Ini sekadar perkongsian supaya orang-orang kat luar sana jangan cepat melatah atau mengalah. Kalau korang rasa dia soulmate korang, berusaha untuk menjadikan hubungan itu halal 

Situasi aku ini bermula bila aku mula nak ber-couple semula bagai laa. Tapi aku lagi suka guna perkataan 'berkawan'. YES!! memang aku berkawan dengan Si KA ini. Dulu aku pernah terfikir kalau aku dapat berkawan dengan dia woooooo best tahap cipan! Siapa sangka, Allah mendengar kata hati aku dan ditakdirkan kami berkawan. boleh scroll post lepas kalau nak tau kisah ini 

Masa ini, aku rasa  happy sangat laa. Yela. Orang yang kita suka ada depan mata. Sayang punya pasal. Berkawan hampir setahun dan hampir plan macam-macam tapi dengan kuasa Allah juga laa bila Dia kata, KA itu bukan jodoh kau, kau cari orang lain. Aku terima dengan seikhlasnya. Bukan la aku nak kata dia bukan nya tak baik, orang baik cuma keadaan yang tak boleh menyatukan kami. Hampir setahun kita on off, dapat la gak jumpa dan meluahkan apa ketidakpuashatian masing masing. 

Siapa kata kita ini sempurna? Sesi luah perasaan masa tu, taktau nak kata marah ke sedih ke sayang ke semua dah tak rasa apa. lagipun dua dua boleh terima kenyataan. since kami ni berjiran jadi kita buang yang keruh ambil yang jernih. Sampai sekarang hubungan aku masih baik lagi dengan dia. takyah masam muka nanti tak dapat apa haha.


Habis kisah ini. Aku ditanya oleh mak "kau nak tak jumpa seorang mamat ini, tapi duda la anak sorang nak tak?"

Dalam kepala aku asyik kata aduhhhhhhhhhhhhhhh nak kenen-kenenkan dengan orang lain lak.


Lamaaaaa aku asyik timbang berat pasal hal ini. Nasib la mak aku tak paksa..jadi hal ini berlalu macam angin.


Sebulan pun berlalu...tiba-tiba mak tanya balik soalan yang sama. *refer pada soalan diatas dengan tambahan "dia tak jadi kahwin dengan pilihan dia, tapi kau nak kenal-kenal dengan anak dia tak?"
aku pun masa tu memang malas nak melayan mak aku, aku pun kata ok dan datang lah rumah.

Korang rasa tak apa aku rasa??? Tak pernah tengok dia, tak pernah tau nama dia, tak pernah nak kisah pun sapa dia. ok. aku gamble dengan pertemuaan ini. kalau ada jodoh apa salah nya kan. bukan tua sangat pun. masa tu mak aku cakap umur 32thn. nice sangat lah.

Hari yang ditunggu pun tiba. Nervous?? hoiii jgn cakap aku tak nervous! 

Diorang sampai awal nasib aku dah siap mandi wangi wangi. Jadi mak aku la sambut dulu. Takkan aku lak. Masa tu ada dua lelaki. Yang best nya aku boleh fikir yang badan sado ini kot orang nya, rupanya tak. nasib aku tak lepas cakap. hahaha. sebab aku pun pelik kenapa yang seorang lagi lelaki ini anak dia asyik nak berkepit jeeeee. *masa ini aku dah lupa pasal duda tu ampuuunn!

Dah siap air semua dah hantar semua makanan. Aku pun duduk la bertentangan dengan laki ini. Nak pandang tapi segan weii. last-last mak aku jugaaaa la yang mulakan acara makan-makan ni. Meh aku citer kan salasilah watak-watak kami.

Mak aku + kawan dia si perempuan ini = kawan baik

Si perempuan ini + abang sado = suami isteri hahaha nasib la aku

Suami isteri + duda anak 1 = sepupu


Bila aku dah fahamm jalan cerita nya. Dia pun kenal diri dia nama nya MA, what??? dalam hati aku kata apasal nama sama gak. aduhhhhh ni yang malas nak feeling lebih karang kisahnya sama pulaaa.
Aku buat selamba badak la. makan-makan pastu borak dengan anak dia, anak dia girl. ok boleh ngam. borak punya borak sampai pukul 12 gak la bertandang kat rumah. nak balik tu boleh lak bapa nya tanya kat anak dia.

MA:"suka tak kat mama Nadia?"

NAD:"suka laaa. Papa cepat lah kawin dengan Mama Nadia!"

MA:"kalau Mama Nadia suka Papa, Papa tackle Mama Nadia ok"

NAD: "ok papa!"

Apa perasaan aku??? Kembang weiiiiiiii. Macam bercinta tapi belum secara rasmi nya!

Nak sambung nanti boleh tak? Panjang dah ini. Nanti bagi Part 2 ek



XOXO!


Friday, February 19, 2016

2016 - Kehidupan Baru

Assalamualaikum. 

Ini adalah coretan ringkas dan padat. Tak perlu bercerita panjang lebar


Poyo kan??? Hahahahha!



Alhamdulillah....akhirnya! Akhirnya apa?? jeng..jeng..jeng



Insyallah, tahun ini akan memulakan kehidupan baru bersama orang-orang yang tersayang. Sekian lama hidup single, akhirnya bercouple juga la Miss Nadia ni. 

Banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan, Urusan kerja. Urusan Keluarga. Urusan nak berkeluarga haha


Insyallah. Selesai semua nya, kita update satu satu ye. Sharing maklumat supaya orang lain pun boleh tahu juga kan.


ok. sambung kemudian. nak teaser ke????


ok. ambil satu ni!






XOXO !