Si Pembaca

Friday, March 27, 2015

Teman Lelaki Upahan

Assalamualaikum. Hai!

Semalam dah berakhir la drama Teman Lelaki Upahan. Takda lagi Kyra Lydia dan Ezuwan Luthfi. Mula mula tak follow pun drama ni. Tengok ala kadar je sebab masa ini tak balik kerja lagi sibuk dengan anak anak tp akhirnya terfollow dua minggu terakhir ni. Sweet rupanya si EL ni..haiiah..ada ke boyfriend sebegitu sifatnya?

Apepun tahniah pada krew Teman Lelaki Upahan menghasil sebuah karya yang best walaupaun cerita ini diadaptasikan dari novel, rasanya dalam novel lagi jiwang karat ni.. Nanti kita beli ye. Saya memang suka pengarah azma ni. Dari sudut penceritaan dia cool je...tak rushing sangat. Tgk lah masa ending nya mati mati la ingat kyra ngn el tak kahwin. Ishhhh, saja nak buat trick dengan penonton.

Lagu lagu pun best best, ada noh hujan, ir ridza, ippo hafiz, saya siap buat ringtone lagu tu. Ok kena masuk kerja dah. Nnti kita tulis lagi

Thursday, March 26, 2015

Birthday Girl in The House

Assalamualaikum. Happy belated birthday to me, yeayy!

Alhamdulillah sudah mencapai umur 27thn! Achievement? Hehehhe
Ada yang dah tercapai dan ada yang belum tercapai, of course la yang tak dapat di tunaikan lagi adalah bersama dengan orang tersayang. Haiiihh. Tak mau fikir fikir, kita straighht dengan story birthday girl.

Birthday saya jatuh pada 24032015 hari selasa, hari bekerja so tak expect pun nak celebrate. Ohhh. Thanks pada family, kawan kawan for wishing me yang baik baik ye hehehhe ada yg wish kat fb, kat whatsap, dan ada yang call teruss. Love you guys!

So dipendekkan cerita, malam tu abis kerja, member unisel ajak keluar sekali celebrate birthday girl hehe. Excited weii, dah lama tak jumpa kawan kawan. Kami decide nak pergi tgk movie tp malam tu singgah Quill City Mall, GSC tayang cerita yang kurang kick plus esok nak kerja jadi movie midnite dilupakan.

Datang pun dah nak tutup kedai semuanya. Tak merasa la nak makan kat kedai yang vassss so we decided makan ala tomyam makanan pun kick dan pedas...


Masa ini kami di carpark QCM berlatarbelakang kereta baru orang tuuuu. Kena sembunyikan sikit nanti gf dia pelakung kami


Hahaha yang ini best! orang sambut birthday dengan kek, kita makan aiskrim sampai puas. Nasib tak comot birthday girl. Depa tau aku makan aiskrim comot tu yang depa belanja aku, saja kan!


Tester girl yang melampau hahaha hampir kesemua la test lastly pilih coffee dengan hazelnut


Sesi memilih dengan abam Tang hahha orang kerja ngn TV3 best laaa


Yes! Muka happy bila dah dapat aiskrim.

Last port kami adalah makan! Malam tu makan jaaaa sampai terik. Abam siap tanya nak western ke tomyam, kami pilih tomyam la..hehe lidah melayu nak makan nasi hehehe
Kami makan di D'Lala Seafood di Kg.Baru. Kedai ni dah selalu pergi ngn family so dah tau sedap ke tak sedap.  

Apepun thanks dua dua manjers ni kerana sanggup meluangkan masa dengan adik ni hehehe. Lain kali belanja lagi ye abam Tang hehehe


Friday, March 20, 2015

Cita-cita saya!

“cita-cita ku menjadi orang kaya, dulu ku susah sekarang Alhamdulillah, dulu-dulu ku menderita, sekarang aku bahagia”

Setiap orang mempunyai cita-cita untuk menjadi orang kaya tapi apa yang kita faham dengan cita-cita? Cita-cita ni bersifat terbuka macam-macam boleh kita sifatkan. Contoh, cita-cita dalam pekerjaan. Saya nak share apa cita-cita saya masa zaman budak, zaman sekolah dan apa yang saya lakukan sekarang.

Masa kecil-kecil dulu, saya suka main dengan kawan kawan, dulu tak macam zaman gadget. Dulu kita banyak explore dengan dunia luar. Main lari-lari, main masak-masak, jadi doktor haha. Masa tu zaman keriangan kanak-kanak. Bila dah start sekolah rendah minatnya lebih kepada nak praktikkan sesuatu.

Zaman 90an adalah zaman paling best, masa nak membesar, dah masuk sek rendah. Di sekolah cikgu mesti tnya 'cita-cita awak besar nanti nak jadi apa?' lalu saya pun jawab 'nak jd pramugari cikgu' hehehe. Pekerjaan yang famous masa tu cikgu, doktor, askar, polis, bomba. Orang kata yang biasa biasa je.

Jadi bila dah sek menengah, cita-cita dah berubah. Semangat ni nak jadi polis pula. Saya rasa sebab saya nak jadi polis bila kahwin nnti boleh lalu bawah pedang hahahha. Motif sangat. Yang sebenarnya, nak lalu bawah pedang tu adalah cita-cita mak. So kita ikutkan je. Tp kalau tak jadi polis tp bakal husband kita orang berpangkat insyallah boleh lalu bawah pedang hehehehhe. Ok dah merepek jauh niii.

Jadi saya pun masuk kadet polis tuk improvekan diri supaya kalau pergi interview saya taklah bebal sangat. Dalam masa 3thn saya cuba kumpul ilmu dan keluar segala bakat la. Alhadulillah dah smpai peringkat kebangsaan untuk acara menembak guna M16...woooo. Tu pun dapat no3 syukur sangat sangat. Lepas habis sekolah tu tak rasa nak apply polis sebab nak jadi Inspektor konon so sambung study sampai ambil Ijazah. Tp takde rezeki lak sebab berat badan tak menentu so arghhh...lupakan je la.

Setahun mengangguur, dapat lah jadi babysitter heh. Yang ini asalnya nak tolong jiran sebelah sebab baby dia pramatang, jadi tak ramai nursery yang nak ambil. Masa ni kerja simple je. Pagi lepas mak dah mandikan susu bagai mak pergi kerja la. Tugas saya cuma tgkkan baby sementara mak balik kerja. Lgpun mak baby ni cikgu so takda masalah kalau kita ada emergency ke apa kan, lepas 1thn lebih jaga, angah kata tadika dia nak guna cikgu. Fikir gak la boleh ke tak saya ni mengajar. Last last ambil gak job ni tp halfday je. 

Pejam celik pejam celik dah empat tahun kerja bidang tadika taska. Terkejut gak saya boleh stay lama mcmni heheee. Alhamdulillah rezeki saya ada disini buat sementara waktu. Kalau ditakdirkan saya kerja di bidang yang belajar dulu pun saya ok. 



Ini antara program yang pernah saya pergi dan aktiviti yang dibuat di tadika. Kalau tengok program setahun tadika haiihh macam takde cuti je hehhe 


Thursday, March 19, 2015

Imotiv mobile

Assalamualaikum,

Sebelum terlupa ada tak blogger yang pakar dalam hal ini? Sebab macamana nak sign in melalui twitter, kalau yang lain lain boleh je.

Cuma saya tak faham sikit je.

Sekarang saya sign in guna twitter kalau saya online guna laptop, tapi sejak ada yang paling senang ni saya nak la guna mobile je tapi takleh gak sign in. Kalau saya sign up saya kena guna email baru atau email blog? Huwaaaa confius!

Tolong tolong!


macam ni la rupanya. Fb boleh tapi saya taknak guna hehehe

Ada cara lain tak?

Kurus VS Gemuk

Assalamualaikum! Selamat petang, selamat bekerja..ehh, sempat tulis blog?? Waktu rehat kan..sambil rest taip seperenggan dua.

Nowdays, semua duk pulun air detox. Kita ini tak lerr faham sangat air detox pastu duk google siang malam. Cari gambar baca info semua rupanya baru la kita tau yang air detox tu di buat dari buah buahan yang terpilih pastu dibiarkan selama 1hari kot kemudian baru minum.

Macam sedap tapi tak pernah buat dan minum pun. Saya ini bukan lah pengamal diet cuma dalam sebulan mesti saya ada minum air limau panas.

Sekarang ini ramai yang duk berdiet nak slimming sikit hehe tapi saya ni kira ok la dari genetik yang kurus yang susah nak gemuk kecuali lepas berkahwin. Mak saya umur 54thn baru la nampak gemukss sikit, angah pula baru nak gemuk (dek kerana pregnant hahahaha)

Sejak dari sekolah menengah, berat mesti tak lebih dr 45kg cuma masa belajar 4thn kat Unisel berat turun naik sebab masa makan tak menentu, kurang rehat, banyak berjalan pula ke fakulti. Tu semua ok lagi...

Lepas habis belajar, routine dah normal la, maintain 1thn lebih 45kg je. Yeahhh tapi lepas kerja huwaaaaa, sampai sekarang 43kg haihhh! Letih mak oii. Cutting baju dah lari, asal jumpa orang semua tanya asal kuruihhh sangat, tak makan kaa, hang catu makan kaaaa? Haiih, soalan masing masing....

Saya memang kuat makan. Cakap je apa sahaja makanan insyallah boleh telan, melainkan yang pelik pelik menu nya. Dulu ada gak orang suggest p ambil supplement, bila masa nak beli orang duk kata tak elok la brand ini, yang ini confirm tak bagus. Macam macam saya dengar. Lastly, pekak kan telinga. Takyah makan supplement tapi usia makin meningkat sistem badan mula dah goyah sikit. Teringin nak ambil supplement tp taktau nak pilih yang mana.

Sekarang ni berlambak brand yang dah keluar, name it! Sure orang tau. Kita ni tgk la testimoni orang, boleh kurus, boleh gebu, boleh gemuk sikit dan macam macam la.

Hasrat tu ada tapi sapa nak suggestkan pada saya? Please!

Wednesday, March 04, 2015

March, march, march!

Assalamualaikum semua!

Tak sangka dah masuk bulan yang ketiga. Tak sangka kita dah banyak sangat bercuti, tak sangka kita dah semakin tua! Hahahahaha

Love you so much laa march!

Bulan 3 ni tak tau nak update pasal apa. Semuanya suam suam kuku.

Nanti kalau ada story kita kasi angkat cerita angkat cerita meletup heii!