Si Pembaca

Thursday, April 17, 2014

Hello NUFFNANG!!!


Assalamualaikum!!

Fuhhhh! masa berjalan dengan pantas betul. pejam celik pejam celik nak sampai penghujung bulan 4. cepat sungguh! Macamana cepat masa berlalu, semakin saya melupakan nuffnang kesayangan saya ini. Maaf en.nuffnang. Tak sempat nak jenguk awak. Nasib baik lah masih ingat lagi email dan password.

Saya start blogging tahun 2006 tak salah saya r. Masa bergelar student dulu rajin la update blog setiap 2hari. Kadang kadang tu sehari 2X post hahaha. Konon konon banyak lah gosip nya. Laa ni baru la terhegeh hegeh nak aktif berblogging.

Followers memang tak ramai sebab tak famous! hahahaha

Hari ini baru la tergerak hati nak check earnings kat nuffnang. Tak berubah pun nilai RM nya..haha blog tak famous harus la maintain je earnings nya. takpe takpe usaha tangga kejayaan.

Sekarang, baru perasan yang nuffnang dah bertukar wajah. macam lebih canggih sikit. macam kita baca buku tu, main selak selak hehehe jakun weiii



Selesa je nk baca. konon kita tengah baca buku lah. lepas ni kerap la saya jenguk kat sini. mana la tau earnings bertambah tambah *harapansetinggigunung*

Ok. Bye!




Sunday, April 13, 2014

Laundry Day

Assalamualaikum! Happy Sunday uolllsss!

Wahh ceria sungguh walaupun sebenarnya hati duk gundah gelana sebab minggu ni dah start catu air di taman perumahan saya. Bila takde air ni payah la sikit nak buat kerja kerja rumah *alasan* hehe. Ok. Takpe. Redha je la. Kalau ikut jadual air takde selang 2hari tapi dari semalam air keluar sikit sikit. Duk lah menadah sebaldi sebaldi fuhhh.

Jadi al-kisahnya pula, baju takde la banyak mana pun cuma bila dah orang shah alam tuuu balik rumah, dia bawa balik pula seminggu nya baju....wahhhh melampau benor kau angah! Nak tak nak kena la g cari kedai dobi sebab celah mana lah nak sidai baju dengan baju banyak tu.

Tadaaaaa! Ke sini la kita *jakun* *pandang kiri pandang kanan*



Dah lama usha kedai ini. Pergi kerja balik kerja tak abis abis teleng teleng kepala hahaha. Nak sangat cuba jadi hari ini lah! Meh saya explain proses mencuci nya. Bak kata angah..buang masa menunggu, yela atleast 1jam gak la duk tercongak kat situ. Oleh sebab ini adalah kali pertama cuba benda alah ini, kitorg buat perlahan lahan.

Yang korang nampak ni 14kg punya washer machine tp kat pintu masuk tu ada gak yg 10kg jadi harga pun lain lain la. Tapi bg saya la......semuanya sama je. harga lebih kurang je beza rm1 atau rm2 je cumah untuk dryer tu rm4 sekali guna..jadi korang letak banyak ke sikit ke harga tetap sama :)

Softlan dan serbuk pencuci memang free of charge cuma kalau nak bau terlebih wangi korang bawa la sendiri. Tadi ramai je bawa sendiri sebab detergent yang kedai sediakan tak banyak pun.

Apa yang saya nak tekankan disini adalah masa ini lahhh baru kita dapat tgk ragam org mendobi. Macam macam rupa.. paling saya tak berkenan bila nak mencuci tu main sumbat je semua baju...tak kira la baju warna ke baju putih..dan part yang paling tak syokkk bila sotong dan had kecik tu pun sumbat sekali.....adoii. Agak agak la..takkan takat yg kecik kecik tu takleh basuh kat rumah.. memang nak kerja senang ni hehe

haihhh....nak buat macamana kan, stail diorang macam tu tapi rasa seronok lak bila tgk baju kita dicuci dalam mesin yang besar besar hehe. Rasanya sekali sekala je la mendobi kat situ. Nak cuba basuh cadar lak...hehehehehe


Saturday, April 12, 2014

Alasan untuk bahagia

'Sejujurnya masih ada rasa cinta yang tak akan putus kerana alasan mu untuk ku bahagia, seharusnya ku sedari separuh jiwa ku akan mati yang tinggal hanya alasan untuk bahagia'


Asfan Shah





Friday, April 11, 2014

Tekanan!

Assalamualaikum..

Haiihh, lama dah tak sok sek sok sek kat sini. Masa mencemburui daku *sedihtahapmaksima*. Rasanya bulan 4 ini, tekanan dia lain macam. Macam bulan lepas walaupun dugaan datang bertimpa timpa tapi tak sehebat yang ni..

Ok....communication itu penting. Jangan dengar cerita sebelah pihak. Siasat kemudian baru buat keputusan. Dunia tadika banyak cabaran dan dugaan. Lebih lebih lg masalah yang berkaitan ibubapa... belah kiri nak jaga belah kanan pun sama. Conclusion nya, banyakkan bersabar tp jangan lembut hati hehe. Saya pun baru je dalam bidang ni walaupun takde experience tahap atas langit tapi kena banyak belajar. Kena pandai cari ilmu, bukan ilmu yg datang pada kita.

Saya ni beruntung kerana boss banyak memberi pendedahan pada saya, bawa event sana sini, pergi meeting bersama. Nama sahaja cikgu tp 1001 kerja saya buat. Menyesal? Tak! Memang seronok walaupun penat badan dan otak. Nawaitu saya nak menolong tp jika rezeki saya ada di tempat lain, saya takkan lupakan jasa mereka yang banyak membantu saya ketika ini.

Sebagai penutup, jadikan benda ini motivation pada diri sendiri supaya maju ke hadapan!




Friday, April 04, 2014

Sepintas Lalu!

Assalamualaikum! Curi masa jap nk karang seperenggan dua!
Korang tau tak, family yg ada adik beradik ramai ni sebenarnya happening! Tak percaya? Sila2 percaya la kan, tp pada family yang ada 1 2 adik beradik tu maaf la ye. Jgn terasa pula. Ok pendek cerita tau!

Family saya ada 5org je adik beradik tp bila dah besar ni baru tau history disebalik tahun2 yg sudah...
apepun, sy bersyukur sebab family saya tak ada la sampai nak bercerai berai. setakat ni nafkah keluarga saya, ayah still lagi memberi. ok, stop! 

Apa yang saya nak bagitahu ialah perangai adik beradik ni. Nampak je kami macam anjing dengan kucing tp kami ni rapat sebenarnya. al-kisahnya, adik laki sy yg umur 21thn kot, yang duduk kedah call saya semata mata nak bagitahu dia lulus JPJ...haaaaa, bayangkan ok, adik lelaki tu! bkn pempuan. sbb bawah saya semua nya lelaki..alhamdulillah. Mula-mula masa dia call, dah tau yang dia ni mesti nak topup atau bank in duit. tp bila dia call cuma nak cakap yang dia dah lulus JPJ saya macam what the heck! demam ke? Balik tu saya tanya mak kalau2 adik ada call tp mak kata tak ada pula. nampak tak cerita nya??? hehehe

antara kakak dengan mak..sapa yang dia bagitahu..hehehe. apepun saya tak kisah pun. janji ikatan kekeluargaan saya tak terputus. 

sekarang ni saya ada 11org adik beradik...haaaa...cpat2, cari sahaja kakak2 dan abg2 kamu.. tak kisah pun!