Si Pembaca

Friday, February 27, 2015

3 hari 2 malam di Sabah Part 3


Assalamualaikum! Kita janji ni last part trip Sabah hehehehe. 

Lepas pergi Sabah Tea, kami terus ke Gunung Kinabalu! Dejavu Kinabalu hahahaha. Masa sampai sini ingatkan lepas je entrance tu dah sampai lah. Rupanya nunnnnn jauh ke dalam. Nasib baik la tak turun kalau tak menapak la kami ke  kaki gunung tu. 

Sampai je wefie  tu penting! tu yang gambar nampak terbalik hahahaha



Selamat Mendaki ke Gunung Kinabalu 




Disini, kami hanya dibenarkan berada di ruang masuk dan ruang view yang betul betul berada di belakang gunung kinabalu. Seperti yang kita tahu, kita tidak dibenarkan mendaki jika tidak ada permit yang sah kalau tak kita akan didenda kerana tidak mematuhi peraturan pendakian. hmmmmmm.... target nak panjat gunung sebelum berkahwin hehe



Kenangan di kaki Gunung Kinabalu. Suhu sejuk lah tapi takde lah sampai mengigil hahaha


Ladies!


Selamat tinggal huwaaaa


Jadi half day di Kundasang pun berakhir. Moh la kita balik KK untuk layan Seafood sampai bengkak kihkih. Macam la kat Semenanjung takde kan tapi dah sampai sini kini pulun sahaja, apa yang ada....tersandar masing masing!




Masa ini kita ada 3group so makan pun sendiri sendiri ikut selera masing masing. Total semua cecah rm700++ juga la..



Yang ini group kami, hahaha teruk benar rupanya!


ini cerita bila teruja jumpa lobster yang besar dan hidup, nasib baik customer ni sporting bila veteran minta ambilkan gambar ini. Thank you!

Habis tu, kami singgah terus Pasar Malam area situ, kebanyakkan jual barang barang perhiasan la macam gelang, baju baju, kerongsang. Saya cuma cuci cuci mata sahaja. Malam tu terus balik apartment dan tidur!


Hari Ketiga 08022015 jam0830

Last day di Sabah, kami hanya pergi jejalan di area KK sahaja, masa sampai tu kami terus ke kundasang jadi tengok tengok gitu sahaja. Pagi selepas je sarapan terus ke Pasar Filipino untuk membeli keropok, ikan bilis, sotong dan macam macam la.Di sini harga nya mahal sedikit berbanding harga pasar malam la, yang ini berkualiti sikit. Lepas dah membeli belah kami pergi ke sini pula



Brother ini memang mulut manis la.Pandai pikat hati customernya



Lebih kurang macam kat Bukit Bendera, Penang. Kita boleh tengok bandar KK hampir keseluruhannya


Makcik makcik, kakak kakak, abang abang dan adik adik bila ber-wefie


Spot the same bags! Different colour hehe dapat murah boleh la angkut bebanyak kan


Yang ini kami singgah Muzium Sabah tapi sayang saya tak masuk pun sebab depa kata nak pergi 1lagi tempat perkampungan tapi bila cost masuk je cecah rm60 jadi kami decide pergi ke Herritage Kinabalu Village sahaja.


Serius cantik kawasan nya. dengan pelbagai jenis rumah yang digunakan oleh suku kaum Sabah. Ada rumah panjang dan sebagainya. Rumah mereka berkonsepkan tinggi sebab kawasan mereka ada binatang buas jadi untuk safety mereka buat rumah tinggi untuk mengelak dari serangan binatang.



Selain itu, diorang pun ada mitos atau kepercayaan agama masing masing. Masa masuk sini seram sejuk juga sebab disebabkan kepercayaan dan kefahaman agama membunuh adalah salah satu kemestian. Saya pun tak berapa ingat cerita nya.


Yang ini rumah panjang utama, yang kami berdiri ini sebenarnya adalah tempat upacara permainan tangkap burung. Lagi tinggi mereka lompat, mereka akan dapat sentuh burung yang digantungkan. Mula mula fikir macamana dioang nak lompat tinggi, rupanya tempat ini macam spring tau sebab mereka hanya gunakan buluh sahaja.



Tak habis lagi pusing pusing kat sini sebab ada lagi dibelakang sana. sebab nampak jambatan gantung tapi nak kejar masa flight jadi pusing pusing kat depan je. On the way balik tu kami singgah tengok perkampungan air dan terlupa nak cakap kami singgah ke Masjid Terapung Kota Kinabalu.




Ini lah perkampungan air


Tanjung Aru! Masa ini nak marah pun tak boleh tapi tergelak adalah sebab konon nak kejar masa flight, kami lalu je kat tanjung aru. Ingatkan jauh lagi airportnya rupanya sebelah sebelah je! Kami dah terliur tengok jeruk mangga, betik yang dijual disini masa lalu tadi so kami pun minta driver pusing balik sebab tak leh tahan tahan dah tengok jeruk jeruk tu.

So. ini lah driveer kami sepanjang 3hari 2malam di Sabah. Bujang lagi. Nasib bahasa sabah nya tak pekat. Jenuh nak faham nanti


Ni je la group laki laki yang ada. 4 kerat sahaja. Ada masa kita berjumpa lagi ye. Balik semua tak dan nak bergambar sebab masing masing bateri dah low simpan untuk call orang semenanjung bila dah smpai sana.

Berakhirlah percutian saya yang biasa biasa ini. Lepas ini kemana kah kita? Sarawak??? Wooo best best. kasi menabung balik sebelum nak jalan jalan






No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: