Si Pembaca

Monday, November 18, 2013

Jumpa Lagi!

Assalamualaikun semua,

Phewww, lega rasanya bila cuti sekolah ni. Kerja pun dah semakin kurang. Tak payah fikir budak tadika hehehe, now concerntrate dengan taska sahaja. Dapat la cikgu cikgu rehat sikit tapi kena buat planning utk tahun depan. Insyallah kalo sy ni masih keje as teacher kat sini. Sy ada gak apply job lain. Nak cari pengalaman lain pula. Hehe.

Banyak yang saya nak cerita kat sini. Tgk la, last post pun bulan 9.. now bulan 11 hehe. Busy yang amat sangat. Insyallah, kalo ada masa sy update blog. Lgpun dah pakai smartphone ni, senang gak la keje.. kat mana2 pun blh update kn, as long smartphone kita ni ada line internet or wifi

Nnti nak update story satu per satu..wahh mood nk menulis dah datang hehe. Untuk mengisi masa lapang sahaja.

Byee.. jumpa lagi XO!



Tuesday, September 24, 2013

Chak! Chak!

Salam semua, tgn ketar nak taip sbb dah lama tak menaip. Asyik busy je sebulan dua ini. Sapa kata jd cikgu tadika tu senang? Uissshh. Non stop tau aktiviti. Lepas satu, satu event yang kami msuk. Alhamdulillah, sekurang kurang nya, nama tadika juga yang naik. Walaupun kami ni tadika swasta dan kena bersaing ngn tadika yg lain, kami cuba libatkan anak anak dengan environment luar. Tak lah asyik ikut modul yang sama.

Rasanya kalau nak cerita kat sini tak kan habis nya hehe. Sekarang ni busy buat persiapan untuk convocation. Hamik kau! Ingt budak high school dan U je ada convo, kami pun ada gak. Tahun ini tahun kedua saya libatkan diri bersama tadika. Banyak aturcara yang kami susun, slh satu nya teater muzikal raja namrud dan nyamuk. Ok. Tak sabar nak buat costume nyamuk. Entah apa la rupanya nnti. Tunggu je la ye.

Lepas convocation ini, dapat lah rest panjang2. Tak yah pening pening sudah. Relakss je kata kau. Sambil tu, dah plan nak pergi vacation. Kali ni kita g Johor pula. Apa dia? Di mana? Woooooo.. sabar sabar. Nnti kita story dalam post lain.

Sunday, July 21, 2013

Jasa mu dikenang

Assalamualaikum

Menghargai sesuatu itu perlu supaya kita akan sentiasa mengingati nya kelak. Tak kira sama ada pemberian itu dalam bentuk barang ke, tenaga atau sebagainya.

Sama juga mcm saya, bertuahnya jika apa yang kita nak pasti ada org memenuhi permintaan kita. Untuk dijadikan cerita, saya ni beruntung sangat2 sbb keluarga cuba memenuhi kehendak saya, takda mak ayah yang tak nak tgk anak nya senang kan.

Habis shj form5, saya ditawarkan belajar di sebuah universiti swasta, masa tu nak bgtahu ayah punya lah takut sebab ayah mesti bangkang atau tak setuju. Yelah swasta kn, mesti byk nk guna duit. Bila dah bincang sama2, ayah setuju bg saya belajar situ sebab dekat dgn tempat keje ayah. Jd boleh r ayah wat spot check hahaha. Bila dgr ayah ckp mcm tu, mmg tak r nk wat jahat hehee.

Bila dah masuk 2nd year belajar, ayah bagi kemudahan utk kegunaan saya nk ke kelas. Masa ni duk kat lua, menyewa umah ngn kawan2. Masa ni gak ayah bising, takut saya ni langkah panjang sebab ayah dah bg kereta kat saya.

Jadi, bila dah grad pun, ayah tetap beri kemudahan itu pada saya. Sampai sekarang saya sayang pada dia, susah senang saya tetap bersama dia. Apa yang saya nak katakan ialah tak kira la kete lama atau kete baru, kalau kita pndai menjaga tentu ia kelihatan baru juga hehe


Terima kasih kereta wira kerana selama ini telah berkhidmat smpai sekarang.
Insyallah kalau ada yang baru pun saya sentiasa ingat kamu

#test update guna blog android

Saturday, July 20, 2013

Terima kasih pada mu MAXIS

Assalamualaikum :)

Macam chipsmore laa.. Hehe,  apa boleh buatkan bila terlalu sibuk sangat rasa malas sangat nak menulis blog.

Sebelum terlupa, sy nak ucapkan Salam Ramadhan pada semua yang beragama Islam kerana masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa di bulan mulia ini.

Berbalik pada tajuk kita hari ini, wahh macam penceramah bebas pula!


Sy sebagai pengguna Maxis bersyukur kerana maxis banyak menyenangkan urusan saya selain dapat menjimatkan wang saya,, yeahhhh!!!
Mcmana??? Dengan topup hot tiket sosial rm10 shj. Sangat menguntungkan. 



Jangan tersalah beli pula ya. Maxis ini ada macam-macam hot tiket


# Post ini adalah TIDAK berbayar.

Sunday, May 26, 2013

Perkahwinan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Cuti sekolah pun sudah bermula jadi pasti ramai yang tidak akan terlepas melangsungkan perkahwinan.

Bila sudah dipertemukan jodoh pasti akan melangkah setapak lagi untuk mengukuhkan lagi perhubungan yang tersedia ada..

Wahh, gila serius penulisan aku ini! eh, tak nak la serius sangat. nanti takde orang nak baca hehe.

Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai kawan kawan aku yang sudah menjadi tunangan, suami/isteri mahupun ayah/ibu. Aku bersyukur kerana mereka telah dipertemukan jodoh yang baik baik. Jodoh juga tak mengenal usia. Setiap orang ada pendapat masing masing. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan kawan aku. Biarlah kita ini kahwin sekali seumur hidup.

Aku pun masih mencari jodoh ku juga. 

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan kawan yang akan atau telah melangsungkan perkahwinan pada bulan ini. 

Kepada Fazlina Othman, tahniah diatas perkahwinan awak ini. Setelah mengharungi peristiwa hitam itu, awak terus memandang ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Walaupun awak telah menjadi isteri kepada orang lain, saya tau awak akan sentiasa menyayangi yang di atas sana kan :) saya bangga dengan awak!

Tidak lupa juga, Izzey Amin :) Ya Allah, sungguh tak di sangka yang awak dipertemukan jodoh dengan Ustaz Azhar Idrus. Mungkin ada hikmah disebalik ini. Maaf sebab tidak dapat menghadiri majlis awak.

Ustaz Azhar Idrus disamping isteri isteri tercinta

Sumber: Google

Tuesday, April 23, 2013

Melawat Kuala Selangor

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Ok.. entry ini ditulis atas sebab aku mempunyai 1 minat yang terpendam iaitu MELANCONG!!

Ya, aku tau, aku takda duit nak melancong jauh jauh macam Indon, Sabah, Sarawak and so on :(( tapi takpa asal bajet cukup aku redah je. Untuk kepuasan diri sendiri kan tapi kalau nak pergi jauh sikit kena rajin menabung. ok, next entry aku cerita pasal Singapura (excited lebih sikit)

Sebenarnya, aku dah lama pergi Kuala Selangor ni cuma tangan gatal nak cari gambar lama lama tiba tiba terbuka folder Kuala Selangor..wahhh throw back 2012, last year saja. 

ok, kita mulakan dengan Bismilillahirahmannirahim :)

Trip ke Kuala Selangor ni tak dirancang pun sebab tak salah aku, masa tu weekend jadi semua ada dekat rumah so aku yang mula mula ajak diorang ni jalan jalan pasal dah bosan tak tau nak watpe kat rumah, apa salahnya ambil angin luar kan. Jadi aku decide nak pergi  Bukit Malawati. Tempat yang banyak monyet tu! Hahaha!

Untuk makluman semua, aku dulu belajar di UNISEL Batang Berjuntai. Kira dah dekat sangat lah dengan Kuala Selangor.

Kami sekeluarga, mak, angah, aku dengan adik bongsu (IS) naik kereta dengan berbekalkan minyak rm20 shj. Hah! murah kan? tapi sebab dah ada highway LATAR, mak kata lalu situ je la. kalau ikutkan aku, aku suka ikut jalan lama tapi fikirkan keselamatan better aku pilih LATAR. ok!

Perjalanan yang mengambil masa 1jam (biar lambat asal selamat) sampai juga kami di sini


aiyakk, terlindung pula dengan topi mak :P


naik trem untuk ke puncak

trip kali ini di-sponsor sepenuhnya oleh aku! haha, rezeki lebih alhamdulillah. dah lama niat nak bawa family jalan jalan tp insyallah aku dah plan baik untuk yang akan datang! nak naik trem ni tak salah aku bwh RM50 untuk 3dewasa 1kanak-kanak. Yang ni termasuk sekali package pergi Galeri Ikan Air Tawar :) masa belajar dulu, galeri ni tak siap lagi.

finally!!




ala ala pelancong pula



view dari puncak



monyet monyet yang hebat!


sempat bergambar dengan tembok :p

Dah puas jalan jalan kat atas, singgah Galeri Ikan Air Tawar, kami jalan kat area pekan tu je. Kiranya second time aku datang ni banyak  perubahan, paling best ada Mcdonald! wahh, hari hari makan fastfood la orang KS ni hehe.

Macamana ok tak? Aku tak sempat pergi Kg. Kelip Kelip :( je. Takpe ada banyak masa lagi.. sabar sabar

Sampai sini dulu ye. Next adalah SINGAPORE!

Video Pilihan #1

Assalamualaikum! Salam Sejahtera semua!

Malam tadi, saja layan Youtube tiba tiba ada 1 video ni membuatkan aku tersedar yang kalau nak mencari ilmu di mana mana pun boleh :) 

Mula mula layan video sempena PRU13 ni. biasalah pengundi baru mesti nak tau macamana nak pangkah undi kan? Masa menunggu tu saja la scroll video yang lain gak. Memang best la! aku ni jenis yang suka tengok kartun jadi bila dia convert kan cerita nya dalam kartun, aku mudah faham.

So, aku nak suggest kan Iproduksi :)

Aku bagi 10 stars lah! Padat dan ringkas. Selamat menonton :)


Saya sayang Ibu :((

Sunday, April 21, 2013

Test #2013

Assalamualaikum!

Berjaya juga post entry baru! Tak tau nk tulis apa sekarang ni, cuma harap harap lepas ni tak berhabuk lagi la blog saya ni. Kalau berhabuk, orang pun taknak datang :)

Adiooss!