Si Pembaca

Wednesday, May 27, 2015

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara

Assalamualaikum! Hari itu saya kata nak story pasal Muzium Bank Negara kan? Ini lah masa nya! Meh meh scroll sampai habis, baca elok elok ok?

Sebenarnya tak rancang pun nak singgah muzium ni sebab plan utama adalah ke Seremban nak survey lokasi interview si Alif. Lepas dah survey, kami pun balik la ke KL. Dah alang alang kita di KL, angah ajak pergi muzium tu. Mula mula tak confident sebab cuti minggu kan, ada ke buka nya? Dengan hujan lebatnya, tawakal je la. Nasib baik buka. Kalau tak kempunan mak buyung tu hehehe


Haaa, belum apa apa dah up gambar souvenier ek.

Untuk pengetahuan semua, saya memang minat pergi ke muzium ni. Tak kisah la muzium apa, as long muzium tu bermanfaat dan tak menyusahkan saya, saya ok je.

Kenapa saya nak pergi muzium ni? Sebab angah kata ada terowong sejuta ringgit! Oleh sebab nak sangat tengok, smpai juga la kami disini. Dalam muzium ni kalau korang nak pergi, pergi ke sebelah kanan kalau dari parking kereta laa. Dalam muzium ni ada 3aras.

Aras Bawah, Galeri Kanak Kanak, yang ni khas untuk family yang ada anak anak yang suka bertanya macam macam, boleh masuk in. Sambil tu ada la permainan interaktif berkonsepkan 'Simpan, Belanja dan Berkongsi'. Kat galeri ni la ada terowong sejuta ringgit.

Aras 1 pula, ada 3 bahagian. Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Kewangan Islam dan Galeri Ekonomi



Aras 2 kita ada Galeri Numismatik yang bermaksud sejarah awal mata wang dan kita boleh juga lihat pelbagai jenis objek, bentuk dan saiz lazimnya diterima sebagai mata wang. Masih ingat sistem barter? Haaa. Dulu duit susah nak dapat jadi orang akan menukar barang suka sama suka untuk memenuhi kehendak masing masing

Manakala Aras 3 kita ada Galeri Seni yang mempamerkan koleksi seni Bank Negara Malaysia


So far memang sesuai untuk peminat akaun datang sini buat education tour. Tak salah pun kalau nak mencari ilmu. 

Jadi sapa sapa nak dtg sini, boleh google, guna waze ke.



Saya rasa ni je yang dapat kongsi kan pada hari. Kalau nak tau lebih lanjut boleh la datang sini

XOXO


No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: