Si Pembaca

Thursday, May 21, 2015

Banyak Cerita dalam Satu

Assalamualaikum! Kum apa kumbet, bet apa betmen, men apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa satu, tu apa?!?

Hahaha rindu lak zaman kecik kecik dulu, ni jela permainan kita selain dari main jalur jalur itik kot, yang lalu bawa jambatan tu pastu main tali getah. Habis tali getah kita borong sebab nak buat tali skipping panjang panjang.

Hari ini baru ada masa nak jenguk blog. Kenapa? Wahhh cik nad sibuk bebonar mengalahkan VIP kauuuu. Tengoklah, masa tidur pun tak menentu sedangkan dulu kalau nak buat apa apa mesti tidur, kalau tak cukup tidur rasa semacam je. Mula la muncung mulut tu boleh sangkut hanger hahaha (kata mak kita la)

Oleh sebab tajuk kata semua dalam satu, kita rojak kan semua nya dalam ni. Hari hari nak fikir tajuk, mampus la. Takde kerja nak perah otak. Kita mulakan dengan rutin harian kita

Pertama, kerja. Okkkk je, tapi penat la. Kena kejar dateline big event tadika. Sekarang tengah nak pulun hari sukan. Kan nak puasa, kalau boleh nak settlekn semua nya sebelum raya. Lepas tu dengan last minute permintaan persembahan tadika. Thanks tu cikgu lain sebab tolong menolong utk melatih budak budak dalam masa 4hari ini. Tahun ni kurang sikit aktiviti luar sebab nak fokus pada aktiviti tadika. Moh ler kita bergerak dengan kaki tangan kita sendiri (bermotif sangat ni)

Kedua, kahwin kahwin! Yeay,,,, dapat gak undangan kahwin dr budak budak sekolah, Unisel. Tahun ni alhamdulillah, jemputan tu ramai tp cik nad tak sempat la nak hadirkan diri pada perkahwinan korang. Program bertindih sabtu ahad. Bunyi macam poyo tapi tu la hakikatnya :'(  . nasib ada yang kahwin bulan 6 ni, junior sek men kita. Insyallah akak datang ok.

Ketiga, rasa macam semakkk semacam jerr blog kita ni, rasa nak tunggang terbalik kan blog ni supaya tak nak nampak heavey. Nak nampak natural je. Akan cik usaha kan! Lepas ni blogwalking la kerja aku sambil cari idea. Tak pro la kata, kena la belajar.

Keempat, bakal suami! Kenapa aku nampak macam desperate, uwaaa tak suka la. Cik rasa kan makin meningkat umur, tahap kegedikan nak berlaki tu bertambah. Nak pula sekarang ni layan drama petang Dia Isteri Luar Biasa...perghhh cenggini kau *thumbs up kiri kanan*. Cik dah baca novel nya, memang best. Kau rasa ada ker calon suami gitu! Cik tak nampak lagi calon calon realiti lagi.

Kelima, entry ni agak bosan sebab takdak gambar! Hahahaha. Ok la sebelum tutup tirai entry pertama dan terakhir untuk bulan ni (kot laa kan) kita belanja korang gambar ok. Nak story malaihh aiii. Kegedikan nak menaip dah menurun *motifff la sangat kan*


Gambar ini diambil masa cuti pekerja kebetulan lak mak tiri ni balik rawang, bawa la gendut ni pergi galeri bank negara malaysia, masuk free. Duit sejuta ada tapi takleh curi hahha, CCTV kiri kanan tu.

Nanti cik buka entry pasal bank ni. Tak ramai yang tau sebab cik rasa tempat ni kawasan sektor kerajaan jadi jalan sunyi hujung minggu pastu bangunan baru lak, tersorok lagi. Lepas ni celah mana lagi aku nak serang. Cik tak main dah shopping mall, kalau takde tujuan tak yah pergi. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: