Si Pembaca

Thursday, March 19, 2015

Kurus VS Gemuk

Assalamualaikum! Selamat petang, selamat bekerja..ehh, sempat tulis blog?? Waktu rehat kan..sambil rest taip seperenggan dua.

Nowdays, semua duk pulun air detox. Kita ini tak lerr faham sangat air detox pastu duk google siang malam. Cari gambar baca info semua rupanya baru la kita tau yang air detox tu di buat dari buah buahan yang terpilih pastu dibiarkan selama 1hari kot kemudian baru minum.

Macam sedap tapi tak pernah buat dan minum pun. Saya ini bukan lah pengamal diet cuma dalam sebulan mesti saya ada minum air limau panas.

Sekarang ini ramai yang duk berdiet nak slimming sikit hehe tapi saya ni kira ok la dari genetik yang kurus yang susah nak gemuk kecuali lepas berkahwin. Mak saya umur 54thn baru la nampak gemukss sikit, angah pula baru nak gemuk (dek kerana pregnant hahahaha)

Sejak dari sekolah menengah, berat mesti tak lebih dr 45kg cuma masa belajar 4thn kat Unisel berat turun naik sebab masa makan tak menentu, kurang rehat, banyak berjalan pula ke fakulti. Tu semua ok lagi...

Lepas habis belajar, routine dah normal la, maintain 1thn lebih 45kg je. Yeahhh tapi lepas kerja huwaaaaa, sampai sekarang 43kg haihhh! Letih mak oii. Cutting baju dah lari, asal jumpa orang semua tanya asal kuruihhh sangat, tak makan kaa, hang catu makan kaaaa? Haiih, soalan masing masing....

Saya memang kuat makan. Cakap je apa sahaja makanan insyallah boleh telan, melainkan yang pelik pelik menu nya. Dulu ada gak orang suggest p ambil supplement, bila masa nak beli orang duk kata tak elok la brand ini, yang ini confirm tak bagus. Macam macam saya dengar. Lastly, pekak kan telinga. Takyah makan supplement tapi usia makin meningkat sistem badan mula dah goyah sikit. Teringin nak ambil supplement tp taktau nak pilih yang mana.

Sekarang ni berlambak brand yang dah keluar, name it! Sure orang tau. Kita ni tgk la testimoni orang, boleh kurus, boleh gebu, boleh gemuk sikit dan macam macam la.

Hasrat tu ada tapi sapa nak suggestkan pada saya? Please!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: