Si Pembaca

Friday, March 20, 2015

Cita-cita saya!

“cita-cita ku menjadi orang kaya, dulu ku susah sekarang Alhamdulillah, dulu-dulu ku menderita, sekarang aku bahagia”

Setiap orang mempunyai cita-cita untuk menjadi orang kaya tapi apa yang kita faham dengan cita-cita? Cita-cita ni bersifat terbuka macam-macam boleh kita sifatkan. Contoh, cita-cita dalam pekerjaan. Saya nak share apa cita-cita saya masa zaman budak, zaman sekolah dan apa yang saya lakukan sekarang.

Masa kecil-kecil dulu, saya suka main dengan kawan kawan, dulu tak macam zaman gadget. Dulu kita banyak explore dengan dunia luar. Main lari-lari, main masak-masak, jadi doktor haha. Masa tu zaman keriangan kanak-kanak. Bila dah start sekolah rendah minatnya lebih kepada nak praktikkan sesuatu.

Zaman 90an adalah zaman paling best, masa nak membesar, dah masuk sek rendah. Di sekolah cikgu mesti tnya 'cita-cita awak besar nanti nak jadi apa?' lalu saya pun jawab 'nak jd pramugari cikgu' hehehe. Pekerjaan yang famous masa tu cikgu, doktor, askar, polis, bomba. Orang kata yang biasa biasa je.

Jadi bila dah sek menengah, cita-cita dah berubah. Semangat ni nak jadi polis pula. Saya rasa sebab saya nak jadi polis bila kahwin nnti boleh lalu bawah pedang hahahha. Motif sangat. Yang sebenarnya, nak lalu bawah pedang tu adalah cita-cita mak. So kita ikutkan je. Tp kalau tak jadi polis tp bakal husband kita orang berpangkat insyallah boleh lalu bawah pedang hehehehhe. Ok dah merepek jauh niii.

Jadi saya pun masuk kadet polis tuk improvekan diri supaya kalau pergi interview saya taklah bebal sangat. Dalam masa 3thn saya cuba kumpul ilmu dan keluar segala bakat la. Alhadulillah dah smpai peringkat kebangsaan untuk acara menembak guna M16...woooo. Tu pun dapat no3 syukur sangat sangat. Lepas habis sekolah tu tak rasa nak apply polis sebab nak jadi Inspektor konon so sambung study sampai ambil Ijazah. Tp takde rezeki lak sebab berat badan tak menentu so arghhh...lupakan je la.

Setahun mengangguur, dapat lah jadi babysitter heh. Yang ini asalnya nak tolong jiran sebelah sebab baby dia pramatang, jadi tak ramai nursery yang nak ambil. Masa ni kerja simple je. Pagi lepas mak dah mandikan susu bagai mak pergi kerja la. Tugas saya cuma tgkkan baby sementara mak balik kerja. Lgpun mak baby ni cikgu so takda masalah kalau kita ada emergency ke apa kan, lepas 1thn lebih jaga, angah kata tadika dia nak guna cikgu. Fikir gak la boleh ke tak saya ni mengajar. Last last ambil gak job ni tp halfday je. 

Pejam celik pejam celik dah empat tahun kerja bidang tadika taska. Terkejut gak saya boleh stay lama mcmni heheee. Alhamdulillah rezeki saya ada disini buat sementara waktu. Kalau ditakdirkan saya kerja di bidang yang belajar dulu pun saya ok. 



Ini antara program yang pernah saya pergi dan aktiviti yang dibuat di tadika. Kalau tengok program setahun tadika haiihh macam takde cuti je hehhe 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: