Si Pembaca

Thursday, January 15, 2015

1. 01. Januari

Assalamualaikum! Psstttt.. sekarang pukul 4pg, tapi kita autopublish je sebentar lagi :)

Ok. Goooooood Morninnnng!!!! Selamat Pagi!
Sebenarnya saya ni tak pandai nak bermukadimah panjang panjang. Cuma apa yang nak dikongsikan pada pagi ini berkenaan dengan NOMBOR.

Kenapa nombor? Tapi tajuk lain. Ehhh, lari topik ke? Tidak..... :)

Saya paling sensitif dengan nombor. Suka dengan nombor nombor ni. Walaupun masa SPM dulu result subjek Add Math confirm ke laut tapi Matematik saya credit la. Masa belajar kat UNISEL pun suka dengan class yang ada nombor ni. Mcm class statistik, akaun. Senang cerita ada asal nombor memang i suka la.

So, dipendekkan cerita pula, saya suka ingat tarikh tarikh penting. Biasa nya tarikh lahir lah yang paling syookk! Bulan ini sahaja, hampir kesemua rakan rakan yang saya kenal telah dan akan menyambut hari kelahiran masing masing. Jadi umur tu makin lama makin meningkat la ye. Yang dah kahwin takkan terasa tua sebab uols dah capai target kan. Cuma yang bujang bujang dan tunangan orang je yang duk stressss dengan umur. Macam i la juga ni.....

Ok kita tengok sapa yang paling awal sambut hari lahir nya :)



1. 03.01.1988 - Wardatul Jannah 


Yang ini kawan UNISEL saya, kenal dari foundation sampai ke degree kami together together. Kalau nak cari kami senang shj. Kalau ada wawa, ada la saya. Kalau ada saya, ada la wawa! Kami kami tak seiras tak sebapa tak seibu :P setakat relationship kami tak terputus lagi walaupun kami sekarang dah tak together together



2. 08.01.1958 - my beloved father Mohd Shim @ Pak Itam


Buah hati kesayangan intan payung permata berlian @ banker terhormat hahahahha. Alhamdulillah dipanjangkan umur si ayah ini. Dah dapat menantu pun..... nak tambah lagi seorang boleh tak?? Hahahahaha. Sekarang ini umur ayah dah 57tahun dan tak lama lagi pencen la ye. Jangan kerja kuat kuat. Jaga kesihatan nanti nak jaga cucu lak :)

next,


3. 13.01.1987 - Nur Adyani & 13.01.1988 - Syed Muhammad Asyraf

Dua orang ini antara kawan kawan sekolah menengah i dulu dulu. Adyani ini, saya kenal masa sy mula aktif dalam kadet polis. zaman sekolah dulu dulu, saya ramai kawan perempuan yang ala ala tomboy @ pengkid. Sejak berkawan dengan mereka ni, diorang sebenarnya bukan lah nak bertukar jadi lelaki, cuma sebabkan ada bad history dengan jejaka melayu terakhir mereka mengeraskan hati dan fizikal supaya menjadi ala ala lelaki gitu tapi betul la orang kata bila perempuan tau apa yang perempaun nak atau rasa, pengkid ini akan memainkan peranan nya. haaaa... ada lah experience sikit sikit. ok tutup cerita. Hopefully Adyani dipertemukan jodoh yang baik baik AMIN....


Yang ini lagi seorang jejaka melayu kacuk arab..budak sekolah pastu boleh lak jadi budak kelas selama 2tahun! Yang ini funny sangat sangat. Masa saya form2, kami berlima Saya, Halimah, Anis, Hajar dan Lailatul dah jadi rakan sekelas kemudian adalah seorang jejaka ni baru masuk sek. Hampir kesemua budak budak perempuan masa tu suka dengan budak ini. Memang tak boleh lupa dengan nickname dia 'blackspot' haha. oleh sebab dia ada tanda tahi lalat kat hidung kami bg nickname nya. tapi tak lama la masing masing crush dengan dia sebab dalam masa berapa bulan dah bercouple dengan orang lain. Nasib takde sapa terjun bangunan sebab frust tertonggeng. Sejak dari haritu, kami duk mengacau dia ni, macam macam la kami mengenakan dia. Nasib dia tak marah. Now, dengar cerita nak kahwin...insyallah semoga dipermudahkan segala urusan nya.



4. 14.01.1985 - Noradila Mohd Shim. Elder Sister

ok, satu satu nya kakak yang banyak menolong adik nya yang seorang ini dalam kesusahan. sekarang umur dah 30-an dan still bujang dan duduk di tempat orang. yaaa. doakan sahaja semua baik baik dan menjaga nama baik keluarga ini sebaik mungkin. berhati hati memilih kawan kawan.




5. 24.01.1988 / 25.01.1988 / 26.01.1987 - Fairuz Umira, Nelfi Adiela & Nik Mazleen


Yangggggggggggg ni semua kawan kawan UNISEL. Rasa sangat sangat bertuah dapat berkenalan dengan tiga orang ini, semua budak pandai dan mereka semua budak TESL :) kebanyakkan kawan kawan saya dari course TESL. apapun semoga berjaya dalam bidang masing masing. :) XO



6. 27 @ 28.01.1988 - Zulhafiq @ ex-bf zaman cinta monyet 

Yang ini taknak story banyak banyak, tunangan orang ini. zaman dulu zaman monyet zaman suka suka sahaja.  Sebab tu tak ingat exactly  date of birth si jejaka ini. hahaha ampunnnn!



7. 31.01.1988 - Lailatul Nurul Shaharuddin


Ok yang ini terakhir, the only kawan, musuh, kakak, ibu yang banyak sharing story la. bergaduh sikit dengan bf bagitahu dia, sakit ke bagitahu juga, tertonggeng ke terbalik ke semuanya dia la. Kawan sama sama balik jalan kaki pun dia gak. Kawan kadet polis pun dia juga, kawan pengawas pun dia juga. Dia ini umpama tulang belakang saya la masa di sekolah. Sekarang dah berbelas tahun berkawan dengan dia ini. Tak lupa juga pada Hajar Dzol. Nanti i cerita pasal u sebab bulan ni bulan Januari, u bulan Februari sabar k :). Sekarang dia dah jadi mommy! Husband dia pun kawan kami gak hahaha cinta monyet diorang sampai ke jinjang pelamin akhirnya, alhamdulillah. Apepun nad doakan lai & apis dapat membesarkan anak anak korang dengan penuh kasih sayang dan didikan agama pada si puteri Fatihah dan si putera yang dalam perancangan hahahahah :)




Saya rasa banyak tarikh tarikh penting yang kita boleh ingat tapi saya ini part Sejarah memang lemah la. Kalau ada pun ingat gitu gitu. Walaupun saya tak mengucapkan birthday kamu semua tapi saya tetap mendoakan agar kamu diberi kesihatan, rezeki, jodoh dan sebagainya. Doa yang baik baik sahaja, Ok la tamat la sudah entri pertama pada bulan ini untuk tahun 2015 sekian terima kasih!




p/s: 1.1.2015 adalah tahun pertama kami tapi tak penting kot :( apa boleh buat. Hati batu betul.


XOXOXO!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: