Si Pembaca

Saturday, September 19, 2015

Persahabatan

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini, saya merindui kawan-kawan saya. Tak kira la, zaman sek rendah ke, zaman sek menengah, kawan universiti ke kawan sekerja ke atau sebagainya. Kadang-kadang kita tak sangka orang yang tak pernah kenal tiba tiba boleh menjadi kawan baik. Pada pendapat saya, pandangan pertama orang terhadap kita amat penting sebab di situ lah titik nya persahabatan kita ini berkekalan atau tak.



Persahabatan kami bermula pada hari pertama kelas Tahun Asas di Unisel. 


Kami berasal di tempat yang sama iaitu Rawang. Pada mulanya, saya agak menyombong sikit sebab tak kenal kawan sangat. Treadmark saya adalah baju kurung dan rambut simpul nenek kebayan. Dengan aura Cik Kiah, saya dikenali sebagai budak yang garang. Pada hal kecut nak mampus!


Kami berkenalan sewaktu nak ke kelas. Kebetulan kami adalah dari group yang sama dan saya adalah antara orang yang suka ke kelas awal sebab nak rebut tempat duduk depan. Jadi di situ la terjadi persahatan kami antara Wardatul Jannah dan saya.


Masa itu saya fikir, unik nama budak ni. mula mula panggil wardatul dan lama lama melekat pula panggilan Wawa sebab masa ini kami dah bertiga, eh muncul lagi seorang lak.


Jadi tercetus la group wawa wiwi dan wut wut (saya la tu!)


Panggilan Wawa kerana payah nak sebut Wardatul 

Panggilan Wiwi pula kerana nama nya Harnizah dan size mereka pun lebih kurang sama hehehe jadi kami gelar Wiwi sebagai adik kepada si Wawa hah.

Panggilan Wut Wut sengaja je sebab bila ada wawa dan wiwi dan part nama sebut nama saya jadi Nad lak. macam tak best lak kan. tapi sampai kesudahnya orang panggil Nad jua. 



jadi asal kemana je mesti bertiga. pergi kelas bertiga, pergi makan bertiga, sukan pun bertiga.




tapi lepas semester 2, wiwi berhenti belajar atas masalah keluarga. sedih.


tinggal la berdua sampai la kami ambil ijazah dan sama sama graduate! duduk pun sebelah menyebelah hahaha.


begitu lah persahabatan kami.


kadang kadang ada pasang surut nya tapi dek kerana sayang kita lupakan je kalau ada yang gaduh sikit sikit


jadi kita belanja sikit gambar ek





siapa sangka 10 tahun dah kita bersama.

sama sama belum ada jodoh.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih ya!

Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: