Assalamualaikum.
Dah hujung bulan kan? Cuti sekolah pun dah mula. Ramai la planning bercuti jauh jauh. Kita....gak yang kena bekerja ;).
Takpe, tahun depan dah booked tiket pergi Sabah!
Alhamdulillah, rezeki kerja 3years di tadika. Dpt flight tiket pun dah bersyukur, kalau nak harap kan savings kita ni, confirm duk tangguh tangguh.
Rasanya dalam 1 tahun ni, takde pergi cuti cuti malaysia. Kalau ada pun takat sini sini je. Kalau dapat cuti public holiday tu mcm lucky draw la. Syok nya tak terkata. Kami ni cikgu cikgu tadika cum taska payah nak ambil cuti cuti umum ni, kecuali cuti cuti penting je.
Eh, tajuk pasang surut tp apa cerita nya? Kalau cerita mcm kelakar tapi tu hakikatnya!
Kisahnya bermula bila kita ni, yang umur dah banyak kan nak bercinta mcm budak budak remaja.. hahaha.
Umur mcm kita ni dah ramai yang kawin, anak pun dah berderet tapi kita ni? Payah nak kata la. Berkawan tu ada tp nak steady tu, kemain payah yang amat.
Setakat ni kita jenis yang simple. Takde nak serabut la. Bila dia kata dia busy, kita ok kn je. Percaya tak kalau kita kata kalau dah dating sekali pastu kena tunggu atleast 2bulan untuk dating seterusnya. Tu tak termasuk call dan message. Kalau tengok org lain, sepanjang masa je phone berbunyi tp kita ni, Haiiihh, kalau berbunyi tu rezeki la.
Relationship kami sangat complicated! Dua dunia berbeza. Well... nasib kita ni jenis memahami. Takde la lembik sgt. Tapi tipu la kalau kata tak terasa..
Yang penting parents kita dah bg green light. Berganda syukur tu. Mak kiah sangat cerewet. Tengok je la majlis angah.
Masa nak beritahu sapa kwn kita tu, berdebar yang amat. Mana la tau kena reject, hancur berderai hati kita ni. Tapi, alhamdulillah... Allah Permudahkan jalan saya ini. Tapi banyak syaratnya.. terkedu sat! Jadi, awak bersedia ok, emosi dan mental bila jumpa mak kiah!
Kadang kadang cerita cinta kita tak lah seindah orang lain. Kadang kadang lama awak menyepi. Ada tu sampai 4bulan awk senyap. Sepatah kita tanya berbulan awak nak jawab kan, tu la pasang surut nya
Touching dah ni.
Bukan lah nak minta simpati, cuma nak luahkan sahaja.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ya!
Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: