Assalamualaikum! Salam Sejahtera!
Ok.. entry ini ditulis atas sebab aku mempunyai 1 minat yang terpendam iaitu MELANCONG!!
Ya, aku tau, aku takda duit nak melancong jauh jauh macam Indon, Sabah, Sarawak and so on :(( tapi takpa asal bajet cukup aku redah je. Untuk kepuasan diri sendiri kan tapi kalau nak pergi jauh sikit kena rajin menabung. ok, next entry aku cerita pasal Singapura (excited lebih sikit)
Sebenarnya, aku dah lama pergi Kuala Selangor ni cuma tangan gatal nak cari gambar lama lama tiba tiba terbuka folder Kuala Selangor..wahhh throw back 2012, last year saja.
ok, kita mulakan dengan Bismilillahirahmannirahim :)
Trip ke Kuala Selangor ni tak dirancang pun sebab tak salah aku, masa tu weekend jadi semua ada dekat rumah so aku yang mula mula ajak diorang ni jalan jalan pasal dah bosan tak tau nak watpe kat rumah, apa salahnya ambil angin luar kan. Jadi aku decide nak pergi Bukit Malawati. Tempat yang banyak monyet tu! Hahaha!
Untuk makluman semua, aku dulu belajar di UNISEL Batang Berjuntai. Kira dah dekat sangat lah dengan Kuala Selangor.
Kami sekeluarga, mak, angah, aku dengan adik bongsu (IS) naik kereta dengan berbekalkan minyak rm20 shj. Hah! murah kan? tapi sebab dah ada highway LATAR, mak kata lalu situ je la. kalau ikutkan aku, aku suka ikut jalan lama tapi fikirkan keselamatan better aku pilih LATAR. ok!
Perjalanan yang mengambil masa 1jam (biar lambat asal selamat) sampai juga kami di sini
aiyakk, terlindung pula dengan topi mak :P
naik trem untuk ke puncak
trip kali ini di-sponsor sepenuhnya oleh aku! haha, rezeki lebih alhamdulillah. dah lama niat nak bawa family jalan jalan tp insyallah aku dah plan baik untuk yang akan datang! nak naik trem ni tak salah aku bwh RM50 untuk 3dewasa 1kanak-kanak. Yang ni termasuk sekali package pergi Galeri Ikan Air Tawar :) masa belajar dulu, galeri ni tak siap lagi.
finally!!
ala ala pelancong pula
view dari puncak
monyet monyet yang hebat!
sempat bergambar dengan tembok :p
Dah puas jalan jalan kat atas, singgah Galeri Ikan Air Tawar, kami jalan kat area pekan tu je. Kiranya second time aku datang ni banyak perubahan, paling best ada Mcdonald! wahh, hari hari makan fastfood la orang KS ni hehe.
Macamana ok tak? Aku tak sempat pergi Kg. Kelip Kelip :( je. Takpe ada banyak masa lagi.. sabar sabar
Sampai sini dulu ye. Next adalah SINGAPORE!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih ya!
Datang lagi untuk cakap-cakap di sini (: