Si Pembaca
Sunday, May 31, 2015
#throwback : Family
Friday, May 29, 2015
Cuti Sekolah!
Assalamualaikum! Quick Update hehehe
Cuti sekolah dah bermula weeiiii. Cuti cuti? Sudah plan nak kemana? Cepat cepat fikir nak bawa anak anak kemana, nak g dating ke cikgu cikgu hehehe.
Saya? Naaaaa...takde cuti pun. Kena kerja juga sebab taska kena buka seperti biasa. Cuti ni rasanya lebih relaksss
So, anak anak sila bercuti beramai ramai. Senang cikgu awak ni hehehe
Apepun, sentiasa menjaga keselamatan anak anak diri. Jangan terlalu happy sampai mengundang bencana. Berhati hati dan beringat selalu ok.
Wednesday, May 27, 2015
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara
Assalamualaikum! Hari itu saya kata nak story pasal Muzium Bank Negara kan? Ini lah masa nya! Meh meh scroll sampai habis, baca elok elok ok?
Sebenarnya tak rancang pun nak singgah muzium ni sebab plan utama adalah ke Seremban nak survey lokasi interview si Alif. Lepas dah survey, kami pun balik la ke KL. Dah alang alang kita di KL, angah ajak pergi muzium tu. Mula mula tak confident sebab cuti minggu kan, ada ke buka nya? Dengan hujan lebatnya, tawakal je la. Nasib baik buka. Kalau tak kempunan mak buyung tu hehehe
Gelabah
Assalamualaikum!
Pagi ini ada kerja sikit nak buat, so sambil tu update sikit la story.
Pernah tak rasa gelabah atau cuak? Haaaa, masa ini jantung tu dup dap laju je.. Masa bila kita alami perasaan mcm tu? Hihi
Sebenarnya kita semua pernah merasai nya setiap masa, kalau nak keluar rumah, kita berdoa supaya diselamatkan perjalanan pergi dan balik, nak makan, nak masak, atau apa sahaja la, semua nak berhati hati.
Saya ni seorang yang cepat gelabah! Haa. Terbongkar lagi satu rahsia.
Nak pula kerja dalam bidang perkhidmatan, selalu dalam keadaan berjaga jaga. Pernah sekali tu, anak tu jatuh sampai luka tangan nya, basically mak ayah ni akan tanya mcmna anak nya boleh jatuh, cikgu tak tengok ke, cikgu pergi mana, cikgu ada berapa orang. Soalan tu bertubi tubi sampai kita ni takleh nak explain hebat kan mak ayah sekarang? Once dia dah attack kita segala jenis gun terus kita gelabah dan nak jawab pun ada err..err.. Hehehe. Setakat ni alhamdulillah yang mana kita boleh explain dan minta maaf, mak ayah ok je. Benda nak jadi walaupun kita ni berjaga jaga dengan 200%.
Lagi satu, kita akan gelabah bila barang yang important tertinggal atau hilang atau tercicir. Orang kata macam hilang nyawa. Masalah saya ni, saya suka tukar purse dan handbang. Kadang kadang kita tak perasan yang sebenarnya kita ni dah simpan dalam bag tp mcm tak simpan. Yang ni terjadi masa tu nak bayar barang kat kaunter. Bila dah keluar duit, saya suka kepit purse tu dulu. Dah abis bayar baru masuk dln beg. Tp ntah mcmna la, saya terlupa agaknya. Lepas bayar straight masuk kereta dan jalan. Balik umah pun tak sedar. Bila nak bangun subuh baru perasan, apa lagi mengagau r mcm orang sasau.
Rupanya saya tertinggal dalam kereta. Haiiihh. Ini sindrom penyakit pelupa. Bayang kn dalam purse tu dah la ada mcm mcm kad, duit, kalau hilang...abis la. Kebetulan dlm tu ada duit collection...aduh seram sungguh. Masa ini dah tak fikir apa dah. Kalau hilang jenuh nak menganti duit orang.
Lepas ni, saya kena lebih berhati hati, jangan buat sambil lewa. Jgn nak gelabah sangat. Stay cool dan comel. Sayonaraaaa!
Monday, May 25, 2015
Kesihatan : Gegata
Assalamualaikum!
Nak tahu tak? Semalam punya lah happy sebab idea nak menaip tu mencurah curah. Banyak gak ditaip nya tp akhirnya entry tu tak dapat diselamatkan sebab line tenet problem pulak. Sabar je la. Rasa macam nak hempas je phone ni. Salah diri sendiri gak sebab update thru phone, memang mendapat la kan. Bila line takde automatic la apa yang kita taip tak sempat nak di auto save kan.
Jadi entry yang kita dah susah payah taip tu kita hold jap.
Mari lah kamu semua membaca apa yang saya nak tulis, alkisahnya la..waktu kecil dulu saya suka main kat luar, tepat pkul 6ptg berdesup keluar. Masa tu, gadget takde lagi kan, kita main je apa yang ada. Lari sana lari sini, bergolek atas rumput bagai. Bila nak balik mandi, buka je baju haaaa bertebaran bengkak besar kat badan, masa ni dah nangis la sebab rasa gatal yang amat, kalau dapat garu fuhhhh! Lega la sikit. Tapi bila nak mandi azabnya..pedih weii. Sebagai alternatif, mak suruh ambil bawang merah, belah dua pastu sapu kan je kat tempat yang bengkak. Dah lama tu, bila kerap jadi mak suspect saya ni allergic. Takleh main kotor, makan pula..hmm ada yang tak boleh makan. Contohya siput sedut haha. Seafood ok lagi. Dulu kalau nak tau allergic tu ada ke tak, pertama dia akan bengkak bibir. Hehehe mulut macam naomi cambell. Kalau dah nampak sign ni, makanan tu takleh dimakan.
Nak dipendekkan kisah nya, baru baru ni saya makan la siput sedut masa datang umah mak muda. Siput sedut masak lemak, sapa taknak. Terliur gak la. Tapi mak dah pesan kalau makan gak tanggung sendiri la ye. Oleh sebab tak dgr kata, 2hari lepas tu amik la tanda tanda cinta pada badan haa.. Masa ni tutup mulut je la. Ambil ubat sapu je. Boleh je makan ubat tahan gatal tp ubat ngntuk kan, nak kerja lagi. Kira sekarang ni pejamkan mata je. Kejap kejap bengkak tu naik. Hampir 3minggu gak la.
Oleh itu, jangan lah kita gatal gatal nak makan gak kalau dah tau kita ni tak boleh mkn benda yang allergic. Tp kalau dah nak sangat, kita bedal je. Sakit belakang cerita hehe. Ok see u next entry.
*takleh taip panjang panjang nanti takleh autosave
Thursday, May 21, 2015
Banyak Cerita dalam Satu
Assalamualaikum! Kum apa kumbet, bet apa betmen, men apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa satu, tu apa?!?
Hahaha rindu lak zaman kecik kecik dulu, ni jela permainan kita selain dari main jalur jalur itik kot, yang lalu bawa jambatan tu pastu main tali getah. Habis tali getah kita borong sebab nak buat tali skipping panjang panjang.
Hari ini baru ada masa nak jenguk blog. Kenapa? Wahhh cik nad sibuk bebonar mengalahkan VIP kauuuu. Tengoklah, masa tidur pun tak menentu sedangkan dulu kalau nak buat apa apa mesti tidur, kalau tak cukup tidur rasa semacam je. Mula la muncung mulut tu boleh sangkut hanger hahaha (kata mak kita la)
Oleh sebab tajuk kata semua dalam satu, kita rojak kan semua nya dalam ni. Hari hari nak fikir tajuk, mampus la. Takde kerja nak perah otak. Kita mulakan dengan rutin harian kita
Pertama, kerja. Okkkk je, tapi penat la. Kena kejar dateline big event tadika. Sekarang tengah nak pulun hari sukan. Kan nak puasa, kalau boleh nak settlekn semua nya sebelum raya. Lepas tu dengan last minute permintaan persembahan tadika. Thanks tu cikgu lain sebab tolong menolong utk melatih budak budak dalam masa 4hari ini. Tahun ni kurang sikit aktiviti luar sebab nak fokus pada aktiviti tadika. Moh ler kita bergerak dengan kaki tangan kita sendiri (bermotif sangat ni)
Kedua, kahwin kahwin! Yeay,,,, dapat gak undangan kahwin dr budak budak sekolah, Unisel. Tahun ni alhamdulillah, jemputan tu ramai tp cik nad tak sempat la nak hadirkan diri pada perkahwinan korang. Program bertindih sabtu ahad. Bunyi macam poyo tapi tu la hakikatnya :'( . nasib ada yang kahwin bulan 6 ni, junior sek men kita. Insyallah akak datang ok.
Ketiga, rasa macam semakkk semacam jerr blog kita ni, rasa nak tunggang terbalik kan blog ni supaya tak nak nampak heavey. Nak nampak natural je. Akan cik usaha kan! Lepas ni blogwalking la kerja aku sambil cari idea. Tak pro la kata, kena la belajar.
Keempat, bakal suami! Kenapa aku nampak macam desperate, uwaaa tak suka la. Cik rasa kan makin meningkat umur, tahap kegedikan nak berlaki tu bertambah. Nak pula sekarang ni layan drama petang Dia Isteri Luar Biasa...perghhh cenggini kau *thumbs up kiri kanan*. Cik dah baca novel nya, memang best. Kau rasa ada ker calon suami gitu! Cik tak nampak lagi calon calon realiti lagi.
Kelima, entry ni agak bosan sebab takdak gambar! Hahahaha. Ok la sebelum tutup tirai entry pertama dan terakhir untuk bulan ni (kot laa kan) kita belanja korang gambar ok. Nak story malaihh aiii. Kegedikan nak menaip dah menurun *motifff la sangat kan*
Thursday, April 16, 2015
Tarik nafas sekejap!
Assalamualaikum semua! Selamat malam.
Masa ni je yang saya sempat untuk update blog. Kesian betul kan? Bulan April ni tak banyak pun sharing story. Penat berkursus weekend. Last week baru je habiss. Ni baru kursus 5hari, kalau 3bulan? Pengsan mak!
Tadi saja je belek planner mula mula bersih je, lepas tu amik kau! Berderet. Yang ni yang ingat je la. Nampak tu lopong sana sini. Tak lama lagi ada la isi nya hahaha.
Saturday, April 04, 2015
DIY Planner Organizer
Assalamualaikum! Morning.
Pagi ini bangun awal sebab sekejap lagi ada kelas untuk Taska Rumah. Rasanya tak update lagi pasal kursus ini. Nanti kita cerita.
Baru baru ini, saya pergi kat insta tiba tiba saya terpandang satu sis ini buat DIY planner organizer. Sangat cantik. Sekarang ini trend buat planner organizer ke? Or memang ianya hobby? Sebab kan tak puas ati saya google dan rasanya nak terjebak dalam planner organizer. Hahaha.
Dulu, nak sangat buat scrapbook. Kononnya taknak dah guna blog, sebab kalau scrapbook, kita guna idea untuk create pages yang cantik if blog, saya kena perah otak main coding, saya tak pandaii buat coding..aritu duk gatal gatal buat tutorial sana sini jadi entah apa apa je.
Now, nak try buat planner ni, lagipun bagus juga ada planner supaya kita boleh plan something, tulis dan takkan terlupa hehehehehheh. Tapi rata rata nya buat dlm eng. Kita buat dlm BM nak hehe?
Friday, March 27, 2015
Teman Lelaki Upahan
Assalamualaikum. Hai!
Semalam dah berakhir la drama Teman Lelaki Upahan. Takda lagi Kyra Lydia dan Ezuwan Luthfi. Mula mula tak follow pun drama ni. Tengok ala kadar je sebab masa ini tak balik kerja lagi sibuk dengan anak anak tp akhirnya terfollow dua minggu terakhir ni. Sweet rupanya si EL ni..haiiah..ada ke boyfriend sebegitu sifatnya?
Apepun tahniah pada krew Teman Lelaki Upahan menghasil sebuah karya yang best walaupaun cerita ini diadaptasikan dari novel, rasanya dalam novel lagi jiwang karat ni.. Nanti kita beli ye. Saya memang suka pengarah azma ni. Dari sudut penceritaan dia cool je...tak rushing sangat. Tgk lah masa ending nya mati mati la ingat kyra ngn el tak kahwin. Ishhhh, saja nak buat trick dengan penonton.
Lagu lagu pun best best, ada noh hujan, ir ridza, ippo hafiz, saya siap buat ringtone lagu tu. Ok kena masuk kerja dah. Nnti kita tulis lagi
Thursday, March 26, 2015
Birthday Girl in The House
Assalamualaikum. Happy belated birthday to me, yeayy!
Alhamdulillah sudah mencapai umur 27thn! Achievement? Hehehhe
Ada yang dah tercapai dan ada yang belum tercapai, of course la yang tak dapat di tunaikan lagi adalah bersama dengan orang tersayang. Haiiihh. Tak mau fikir fikir, kita straighht dengan story birthday girl.
Birthday saya jatuh pada 24032015 hari selasa, hari bekerja so tak expect pun nak celebrate. Ohhh. Thanks pada family, kawan kawan for wishing me yang baik baik ye hehehhe ada yg wish kat fb, kat whatsap, dan ada yang call teruss. Love you guys!
So dipendekkan cerita, malam tu abis kerja, member unisel ajak keluar sekali celebrate birthday girl hehe. Excited weii, dah lama tak jumpa kawan kawan. Kami decide nak pergi tgk movie tp malam tu singgah Quill City Mall, GSC tayang cerita yang kurang kick plus esok nak kerja jadi movie midnite dilupakan.
Datang pun dah nak tutup kedai semuanya. Tak merasa la nak makan kat kedai yang vassss so we decided makan ala tomyam makanan pun kick dan pedas...
Friday, March 20, 2015
Cita-cita saya!
Thursday, March 19, 2015
Imotiv mobile
Assalamualaikum,
Sebelum terlupa ada tak blogger yang pakar dalam hal ini? Sebab macamana nak sign in melalui twitter, kalau yang lain lain boleh je.
Cuma saya tak faham sikit je.
Sekarang saya sign in guna twitter kalau saya online guna laptop, tapi sejak ada yang paling senang ni saya nak la guna mobile je tapi takleh gak sign in. Kalau saya sign up saya kena guna email baru atau email blog? Huwaaaa confius!
Tolong tolong!
Kurus VS Gemuk
Assalamualaikum! Selamat petang, selamat bekerja..ehh, sempat tulis blog?? Waktu rehat kan..sambil rest taip seperenggan dua.
Nowdays, semua duk pulun air detox. Kita ini tak lerr faham sangat air detox pastu duk google siang malam. Cari gambar baca info semua rupanya baru la kita tau yang air detox tu di buat dari buah buahan yang terpilih pastu dibiarkan selama 1hari kot kemudian baru minum.
Macam sedap tapi tak pernah buat dan minum pun. Saya ini bukan lah pengamal diet cuma dalam sebulan mesti saya ada minum air limau panas.
Sekarang ini ramai yang duk berdiet nak slimming sikit hehe tapi saya ni kira ok la dari genetik yang kurus yang susah nak gemuk kecuali lepas berkahwin. Mak saya umur 54thn baru la nampak gemukss sikit, angah pula baru nak gemuk (dek kerana pregnant hahahaha)
Sejak dari sekolah menengah, berat mesti tak lebih dr 45kg cuma masa belajar 4thn kat Unisel berat turun naik sebab masa makan tak menentu, kurang rehat, banyak berjalan pula ke fakulti. Tu semua ok lagi...
Lepas habis belajar, routine dah normal la, maintain 1thn lebih 45kg je. Yeahhh tapi lepas kerja huwaaaaa, sampai sekarang 43kg haihhh! Letih mak oii. Cutting baju dah lari, asal jumpa orang semua tanya asal kuruihhh sangat, tak makan kaa, hang catu makan kaaaa? Haiih, soalan masing masing....
Saya memang kuat makan. Cakap je apa sahaja makanan insyallah boleh telan, melainkan yang pelik pelik menu nya. Dulu ada gak orang suggest p ambil supplement, bila masa nak beli orang duk kata tak elok la brand ini, yang ini confirm tak bagus. Macam macam saya dengar. Lastly, pekak kan telinga. Takyah makan supplement tapi usia makin meningkat sistem badan mula dah goyah sikit. Teringin nak ambil supplement tp taktau nak pilih yang mana.
Sekarang ni berlambak brand yang dah keluar, name it! Sure orang tau. Kita ni tgk la testimoni orang, boleh kurus, boleh gebu, boleh gemuk sikit dan macam macam la.
Hasrat tu ada tapi sapa nak suggestkan pada saya? Please!
Wednesday, March 04, 2015
March, march, march!
Assalamualaikum semua!
Tak sangka dah masuk bulan yang ketiga. Tak sangka kita dah banyak sangat bercuti, tak sangka kita dah semakin tua! Hahahahaha
Love you so much laa march!
Bulan 3 ni tak tau nak update pasal apa. Semuanya suam suam kuku.
Nanti kalau ada story kita kasi angkat cerita angkat cerita meletup heii!
Friday, February 27, 2015
Ciptaan Allah swt
3 hari 2 malam di Sabah Part 3
Masa ini kita ada 3group so makan pun sendiri sendiri ikut selera masing masing. Total semua cecah rm700++ juga la..









































