Si Pembaca
Monday, July 21, 2014
Resepi ramadhan : Nasi Ayam
Ramadhan ke 23 tahun 2014
Assalamualaikum semua!
Chak! Chak, haiiishhh. Dah nak sebulan baru timbul balik. Busy busy. Rajin online tp malas nak berblog. Banyak stalker blog org shj. Apepun, lagi 6hari kita nak beraya!
Kenapa cepat sangat masa berlalu??
Tak sempat nak beli apa2 pun..
Tahun ni raya macam ke laut je! KENAPA?
Budget lariii ooo. Byk nak spend masa wedding akak nanti insyallah. Semoga dipermudahkan la segala urusan, habis je raya dah kena submit borang nikah.
Jap! Aku yang nak kawin ke akak aku ni? Ahahah. Aku rasa dia pun takde feelings macamni. Ke aku yang meroyan sorg2?
Happy kot bila adik beradik nak mendirikan masjid. Aku pun boleh r belajar sikit sikit. Masa aku nanti, aku goyang kaki r. Korang lak buat kerja.
Biasa r nak smbut first menantu. Nervous nya lain macam.
Nak story banyak2 pun, takde apa yg nak dicerita sbb kitorg banyak survey je. Belum jumpa banker nak bayar itu ini.
Tp aku adalah survey satu guestbook ni. So far aku rasa berbaloi la juga price nya. Cantik pun cantik. Aku nak order satu utk akak ku ni..as a wedding gift la. Nak bagi piccabooth, kurang budget pula.
Tp aku nakkkk sangat piccabooth tu! Tgk kat wedding cikepal fuyohhhhh, grand juga! Ikut rezeki masing masing. Ada saving lebih buat r grand, yang tak kencang saving buat yang termampu. Kata orang nikah tu penting :)
Apepun aku harap majlis akak aku ni berjalan ngn lancar.
XOXO! Jumpa lagi!
Sunday, June 29, 2014
Ramadhan 2014
Assalamualaikum.
Salam 1 ramadhan hehe
Alhamdulillah hari ini dapat berpuasa lagi. Rasa seronok tak terkata. Bersyukur sangat2 bila dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga. Walaupun tak ramai yang takde tapi yang paling penting berbuka bersama sama.
Sekarang ini boleh lah kata mcmni. Nnti dah ada laki, dah ada keluarga mertua, baru tau macamana gayanya. Kita tunggu je.
Tahun ini, puasa dan beraya ala kadar sebab ada majlis yg terbesar perlu diselesaikan. Oh noo. Rasa tekanan sangat2 sebab org lain yang kahwin org lain yang kena siapkan kelengkapan. Tak siapkan apa pun lagi padahal 4bulan je lg tinggalnya.
Harap dapat selesaikan semuanya dengan mudah...amin!
Saturday, June 28, 2014
6 bulan
Assalamualaikum.
Kepada awak,
Awak tahu tak yang kita dah berkawan hampir 1/2 tahun. Macam tak percaya sebab awak tak pernah kot nak kira2 hari ini. Bukan jenis awak macam tu.
Awak tau tak, kita ni macam batu dengan kayu. Awak rasa kita boleh ke kekal sampai apa yang kita rancangkan?
Saya sentiasa berdoa untuk kita.
Saya kena berdikari.
Awak takkan pujuk saya kalau saya merajuk. Sedih..
Macamana lah saya boleh berkawan dengan awak..
Banyak sangat perkara yang bermain di fikiran saya.
Saya kena positif. Jangan fikir bukan2.
Andai kita tak bersama, awak tetap kawan saya.
Thursday, June 26, 2014
Tak Gembira
Assalamualaikum!
Pagi pagi lagi dah tak gembira. Sedihh ooo.
Masalah masalah. Tak pernah habis.
Cari kerja lain.
Saving duit banyak banyak.
Ok. Itu pengakhirannya.
Sekian.
Saturday, May 31, 2014
Happy Teachers Day
Two. Us.
Saturday, May 24, 2014
Trip to Penang!
Curi Masa
Assalamualaikum, morning!
Tak tau la nak kata apa sekarang ni. Tahun ni memang busy yang amat. Nak curi masa untuk diri sendiri pun berkira kira lagi. Bila dah plan, tak jadi pula. Adoii.. masa untuk family? Boleh kira dengan jari sahaja.
Kerja non stop.
Insyalllah kalau ada kelapangan nak gak curi curi dating.
Kalau ada masa, nak lepak makan santai dengan kawan kawan.
Kalau ada masa.. kalau ada masa..
Sebab tu pepatah ada berkata 'MASA ITU EMAS', gunakan masa sebaik baiknya.
Masa ini, terawal pula bangun tidur. ;)
Thursday, April 17, 2014
Hello NUFFNANG!!!
Sunday, April 13, 2014
Laundry Day
Saturday, April 12, 2014
Alasan untuk bahagia
'Sejujurnya masih ada rasa cinta yang tak akan putus kerana alasan mu untuk ku bahagia, seharusnya ku sedari separuh jiwa ku akan mati yang tinggal hanya alasan untuk bahagia'
Friday, April 11, 2014
Tekanan!
Assalamualaikum..
Haiihh, lama dah tak sok sek sok sek kat sini. Masa mencemburui daku *sedihtahapmaksima*. Rasanya bulan 4 ini, tekanan dia lain macam. Macam bulan lepas walaupun dugaan datang bertimpa timpa tapi tak sehebat yang ni..
Ok....communication itu penting. Jangan dengar cerita sebelah pihak. Siasat kemudian baru buat keputusan. Dunia tadika banyak cabaran dan dugaan. Lebih lebih lg masalah yang berkaitan ibubapa... belah kiri nak jaga belah kanan pun sama. Conclusion nya, banyakkan bersabar tp jangan lembut hati hehe. Saya pun baru je dalam bidang ni walaupun takde experience tahap atas langit tapi kena banyak belajar. Kena pandai cari ilmu, bukan ilmu yg datang pada kita.
Saya ni beruntung kerana boss banyak memberi pendedahan pada saya, bawa event sana sini, pergi meeting bersama. Nama sahaja cikgu tp 1001 kerja saya buat. Menyesal? Tak! Memang seronok walaupun penat badan dan otak. Nawaitu saya nak menolong tp jika rezeki saya ada di tempat lain, saya takkan lupakan jasa mereka yang banyak membantu saya ketika ini.
Sebagai penutup, jadikan benda ini motivation pada diri sendiri supaya maju ke hadapan!
Friday, April 04, 2014
Sepintas Lalu!
Saturday, March 29, 2014
Buta IT
Assalamualaikum! Alamak terdelete pula post Broga Hill! Ishhkkkk...
Ini kerana kecanggihan handphone yg terlampau. Kihkih! Tu nama nya smartphone tp tuan nya tak berapa smart la...
Adoiii. Itu lah ilmu IT tak abis berguru. Masa belajar dulu tau tekan tekan shj. Asal boleh surfing internet dah cukup. Saya mula start masuk media sosial thn 2006 kot. Masa mula2 masuk unisel. Time tu dah ada laptop sendiri duk hostel dpt wifi, apa lagi ligat r..memerap je kat bilik. Hahahha.
Balik pada cerita td, sekarang ni sy rajin berblog sbb saya menulis melalui tab je. Tp bila tak reti sgt mcmana nk setting dlm tab tu yang sampai terdelete post yg kita dah buat melalui laptop. Dlm laptop dah publish tp kat tab still draft...haaaa kn tak sync tu.. kita ni pun main belasah je tekan sana sini. Bila dah delete tak tau mcmana nak ambil balik..
Takpe2..lepas ni belajar abis abis bila nk menulis guna handphone haha..
Tata!
Tuesday, March 25, 2014
26tahun
Assalamualaikum, terima kasih Ya Allah swt! Masih bernafas lagi. Alhamdulillah.
Genaplah umur saya 26tahun. Syukur ke-hadrat Illahi kerana masih memberi peluang saya untuk memperbaiki kekurangan dari pelbagai segi agar saya menjadi insan yang beriman dan penyabar.
Terima kasih yang tak terhingga pada keluarga saya kerana telah mengajar erti kehidupan. Semoga apa yang saya hajati dapat dikecapi..amin
Wednesday, March 19, 2014
Family Part 1
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah...selesai sudah urusan keluarga kami pada 8hb Mac 2014. Walaupun ada sedikit kekeliruan tapi selesai jua.. tahniah angah sudah menjadi tunangan org.
Majlis ini 2 in 1. Rata2 yg tau memang kami buat doa selamat sbb majlis pertunangan tu mmg utk keluarga terdekat shj. Sy tau ada mulut2 yg mengata ttg hal ini. Terpulang la. Terima kasih pada masyarakat sekeliling yg sudi membantu dan memberi hadiah yg tak ternilai. Bila org sudah memberi,takkan hendak menolak lebih baik kita menerima dgn ikhlas. Mana la tau esok lusa, kalau anak2 mereka nk bertunang ke berkahwin, kami pula yg menolong..
Tak perlu nk tulis pnjang2. Sbb nanti kena kutuk sebakul lg. Sy bg lg sekeping dua utk hiasan blog ni. Byk gmbar dah transfer jd kita letak je la apa yg ada.
Thursday, March 06, 2014
Video Hantu
Assalamualaikum dan selamat petang!
Hari ini nak ckp pasal video hantu. Rasanya time dulu2, video mcmni mmg dah kuar kat youtube tp kita ni malas la nak tgk. Bukannya apa, kdg2 tu lemah semangat gak la. Skg ni rajin pula dorg ni send video kt whatsapp.
Memang la mula2 video tu video biasa2..bila nak abis tu tetiba keluar hantu yg menjerit! Scary tu! Adk sy pernah terkena. Konon2 duk main fb pastu click video tu akhirnya kena tipu gak! Melompat kau.. hahaha
Tula, lain kali jgn main click je. Mmg la video tu nak kenakan org tp kalo benda tu blh buat kita trauma kan satu hal nya. Adoii. Gelak2 juga. Nnti dah goal mcmana..tak ke menyusahkan tu..
Apepun keep away dr video mcm tu la... nnti terbawa-bawa dlm mimpi. Hehe
Lupa nak khabar gak, nnti kita ada 'Family Part 1' sabar ok!
Sunday, March 02, 2014
Family
Assalamualaikum. Salam 2hb mac! Yeahh, dah Mac.
Planner sy dah penuh dengan tarikh2 penting, mostly wedding day la. Kwn sek ren, sek men, unisel, wahhh berderet2. Tiap2 minggu makan nasi minyak. Best nya korang dah kawin2. Me? Soon.. berdebar2 dah ni.
Tittle family, so kita cerita pasal family la kn. Alhamdulillah sgt2 sbb family sy dah cool down. Thn2 sudah mcm panas je. Thn ni dah ok ckit dan kitorg akan berkumpul dalam keluarga yang besarrr. Besar tau! Hehe. Tak sabar rasanya. Tunggu gambar family dr kami.
Tinggal lg 22hari je nk masuk 26thn. Ohh no!
