Si Pembaca

Sunday, February 02, 2014

Legoland, Johor Bharu

Assalamualaikum! Morning! Serious, sekarang ni kalau nk update blog mesti pagi, biasa r tgh fresh, bgn2 je terus dpt idea nk menulis. Hehe, sebenarnya rindu dah ngn blog sendiri. Even mcm takde org nk baca, at least kita sharing je la cerita basi kita ni hahaha

Tetiba teringat pasal Legoland, bila chenta hati tnya psl trip tu smlm. So, nk sharing sikit la cerita 2hari 1mlm ke Legoland. Trip ni tahun lepas bulan 12, jatuh hari yg sama bestfriend sy wedding. Paling best, sy bridesmaid pastu driver utk trip tu hoho. Mcm sewel gak la. Cpt2 selesaikan kipas2 si kawan pastu cabut g JB. Haha, gila btul.

Kita stop psl wedding tu dulu ye!

After habis je majlis bestfriend tu, sy dan 4 girls termasuk si bujang sorg ni meneruskan perjalanan kitorg ke JB dlm pkul 3 mcm tu la. Dah ngok ngek ngok ngek atas highway dgn jem separuh jln kt nilai tu smpai gak la ke hotel kami. Nasib la guna gps even dia memekak ckp 'turn left' 'turn right' cpt r gak jumpa jln. Pengabisan, masing2 dah penat..tidur je la.

Next day! After sarapan kt area sana. Kitorg masuk Legoland tepat pkul 10am! Bukan apa, nk kejar masa sebab esoknya dah keje so kena cepat r. Masa nk masuk tu feelings dia biasa2 je tp bila dh masuk, hoii sy budak umur 12thn ok. Semua benda nak main. Hampir kesemua games kitorg try dan tak lah merbahaya mcm USS. Cuma first game kitorg naik Project X kot. Terus kecut perut! Lepas tu dah biasa2. Dah nk dekat pkul 5 baru kua dr Legoland, beli tanda ingatan yg murah sgt haha padahal tercekik gak la harganya. Kenangan tu, bila lg nak g kn.  Apepun, jgn kedekut bila nk g vacation, biasa la tu, tak semua tempat murah lgpun anggap la vacation ni reward utk diri sendiri.

So, biar gambar2 ni berkata sendiri hehe. Have a nice day guys!

Saturday, February 01, 2014

Bulan Cinta

Assalamualaikum! Morning! Wahh, bila selalu tenggelam timbul akhirnya post ni kuar time Subuh pula. Apepun, alhamdulillah. Starting 2014 very smooth dan penuh kegembiraan. Ya, still working with children and happy with them. Cuma org kanan saya dah smbung study so kena catch up byk benda since my beloved sister takde dlm tadika lagi. Byk kena belajar.

Rasanya mcm terlalu awal nak bagitahu yg finally, i have my other half (boleh ke ckp mcmni?) Hahaha. Dari abis SPM smpai la dah graduate tak nampak lg tanda2 nk bercouple sbb sy takleh nk handle 2 benda dlm 1 masa. Sekarang baru la berpeluang. Sy bukan la nak canang 1 kampung yg sy dah ada yg punya. Cuma nk sharing moments dengan kamu semua. Maybe apa yg sy buat ni cuma nk bagitahu how happy i am! Feelings tu penting ;p

Sekarang ni dah start planning. Cuma kena minta restu parents je. Ketaq lutut. 

Ok bye! Jumpa next post ok.


Monday, November 18, 2013

Jumpa Lagi!

Assalamualaikun semua,

Phewww, lega rasanya bila cuti sekolah ni. Kerja pun dah semakin kurang. Tak payah fikir budak tadika hehehe, now concerntrate dengan taska sahaja. Dapat la cikgu cikgu rehat sikit tapi kena buat planning utk tahun depan. Insyallah kalo sy ni masih keje as teacher kat sini. Sy ada gak apply job lain. Nak cari pengalaman lain pula. Hehe.

Banyak yang saya nak cerita kat sini. Tgk la, last post pun bulan 9.. now bulan 11 hehe. Busy yang amat sangat. Insyallah, kalo ada masa sy update blog. Lgpun dah pakai smartphone ni, senang gak la keje.. kat mana2 pun blh update kn, as long smartphone kita ni ada line internet or wifi

Nnti nak update story satu per satu..wahh mood nk menulis dah datang hehe. Untuk mengisi masa lapang sahaja.

Byee.. jumpa lagi XO!



Tuesday, September 24, 2013

Chak! Chak!

Salam semua, tgn ketar nak taip sbb dah lama tak menaip. Asyik busy je sebulan dua ini. Sapa kata jd cikgu tadika tu senang? Uissshh. Non stop tau aktiviti. Lepas satu, satu event yang kami msuk. Alhamdulillah, sekurang kurang nya, nama tadika juga yang naik. Walaupun kami ni tadika swasta dan kena bersaing ngn tadika yg lain, kami cuba libatkan anak anak dengan environment luar. Tak lah asyik ikut modul yang sama.

Rasanya kalau nak cerita kat sini tak kan habis nya hehe. Sekarang ni busy buat persiapan untuk convocation. Hamik kau! Ingt budak high school dan U je ada convo, kami pun ada gak. Tahun ini tahun kedua saya libatkan diri bersama tadika. Banyak aturcara yang kami susun, slh satu nya teater muzikal raja namrud dan nyamuk. Ok. Tak sabar nak buat costume nyamuk. Entah apa la rupanya nnti. Tunggu je la ye.

Lepas convocation ini, dapat lah rest panjang2. Tak yah pening pening sudah. Relakss je kata kau. Sambil tu, dah plan nak pergi vacation. Kali ni kita g Johor pula. Apa dia? Di mana? Woooooo.. sabar sabar. Nnti kita story dalam post lain.

Sunday, July 21, 2013

Jasa mu dikenang

Assalamualaikum

Menghargai sesuatu itu perlu supaya kita akan sentiasa mengingati nya kelak. Tak kira sama ada pemberian itu dalam bentuk barang ke, tenaga atau sebagainya.

Sama juga mcm saya, bertuahnya jika apa yang kita nak pasti ada org memenuhi permintaan kita. Untuk dijadikan cerita, saya ni beruntung sangat2 sbb keluarga cuba memenuhi kehendak saya, takda mak ayah yang tak nak tgk anak nya senang kan.

Habis shj form5, saya ditawarkan belajar di sebuah universiti swasta, masa tu nak bgtahu ayah punya lah takut sebab ayah mesti bangkang atau tak setuju. Yelah swasta kn, mesti byk nk guna duit. Bila dah bincang sama2, ayah setuju bg saya belajar situ sebab dekat dgn tempat keje ayah. Jd boleh r ayah wat spot check hahaha. Bila dgr ayah ckp mcm tu, mmg tak r nk wat jahat hehee.

Bila dah masuk 2nd year belajar, ayah bagi kemudahan utk kegunaan saya nk ke kelas. Masa ni duk kat lua, menyewa umah ngn kawan2. Masa ni gak ayah bising, takut saya ni langkah panjang sebab ayah dah bg kereta kat saya.

Jadi, bila dah grad pun, ayah tetap beri kemudahan itu pada saya. Sampai sekarang saya sayang pada dia, susah senang saya tetap bersama dia. Apa yang saya nak katakan ialah tak kira la kete lama atau kete baru, kalau kita pndai menjaga tentu ia kelihatan baru juga hehe


Terima kasih kereta wira kerana selama ini telah berkhidmat smpai sekarang.
Insyallah kalau ada yang baru pun saya sentiasa ingat kamu

#test update guna blog android

Saturday, July 20, 2013

Terima kasih pada mu MAXIS

Assalamualaikum :)

Macam chipsmore laa.. Hehe,  apa boleh buatkan bila terlalu sibuk sangat rasa malas sangat nak menulis blog.

Sebelum terlupa, sy nak ucapkan Salam Ramadhan pada semua yang beragama Islam kerana masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa di bulan mulia ini.

Berbalik pada tajuk kita hari ini, wahh macam penceramah bebas pula!


Sy sebagai pengguna Maxis bersyukur kerana maxis banyak menyenangkan urusan saya selain dapat menjimatkan wang saya,, yeahhhh!!!
Mcmana??? Dengan topup hot tiket sosial rm10 shj. Sangat menguntungkan. 



Jangan tersalah beli pula ya. Maxis ini ada macam-macam hot tiket


# Post ini adalah TIDAK berbayar.

Sunday, May 26, 2013

Perkahwinan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Cuti sekolah pun sudah bermula jadi pasti ramai yang tidak akan terlepas melangsungkan perkahwinan.

Bila sudah dipertemukan jodoh pasti akan melangkah setapak lagi untuk mengukuhkan lagi perhubungan yang tersedia ada..

Wahh, gila serius penulisan aku ini! eh, tak nak la serius sangat. nanti takde orang nak baca hehe.

Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai kawan kawan aku yang sudah menjadi tunangan, suami/isteri mahupun ayah/ibu. Aku bersyukur kerana mereka telah dipertemukan jodoh yang baik baik. Jodoh juga tak mengenal usia. Setiap orang ada pendapat masing masing. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kawan kawan aku. Biarlah kita ini kahwin sekali seumur hidup.

Aku pun masih mencari jodoh ku juga. 

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan kawan yang akan atau telah melangsungkan perkahwinan pada bulan ini. 

Kepada Fazlina Othman, tahniah diatas perkahwinan awak ini. Setelah mengharungi peristiwa hitam itu, awak terus memandang ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Walaupun awak telah menjadi isteri kepada orang lain, saya tau awak akan sentiasa menyayangi yang di atas sana kan :) saya bangga dengan awak!

Tidak lupa juga, Izzey Amin :) Ya Allah, sungguh tak di sangka yang awak dipertemukan jodoh dengan Ustaz Azhar Idrus. Mungkin ada hikmah disebalik ini. Maaf sebab tidak dapat menghadiri majlis awak.

Ustaz Azhar Idrus disamping isteri isteri tercinta

Sumber: Google

Tuesday, April 23, 2013

Melawat Kuala Selangor

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Ok.. entry ini ditulis atas sebab aku mempunyai 1 minat yang terpendam iaitu MELANCONG!!

Ya, aku tau, aku takda duit nak melancong jauh jauh macam Indon, Sabah, Sarawak and so on :(( tapi takpa asal bajet cukup aku redah je. Untuk kepuasan diri sendiri kan tapi kalau nak pergi jauh sikit kena rajin menabung. ok, next entry aku cerita pasal Singapura (excited lebih sikit)

Sebenarnya, aku dah lama pergi Kuala Selangor ni cuma tangan gatal nak cari gambar lama lama tiba tiba terbuka folder Kuala Selangor..wahhh throw back 2012, last year saja. 

ok, kita mulakan dengan Bismilillahirahmannirahim :)

Trip ke Kuala Selangor ni tak dirancang pun sebab tak salah aku, masa tu weekend jadi semua ada dekat rumah so aku yang mula mula ajak diorang ni jalan jalan pasal dah bosan tak tau nak watpe kat rumah, apa salahnya ambil angin luar kan. Jadi aku decide nak pergi  Bukit Malawati. Tempat yang banyak monyet tu! Hahaha!

Untuk makluman semua, aku dulu belajar di UNISEL Batang Berjuntai. Kira dah dekat sangat lah dengan Kuala Selangor.

Kami sekeluarga, mak, angah, aku dengan adik bongsu (IS) naik kereta dengan berbekalkan minyak rm20 shj. Hah! murah kan? tapi sebab dah ada highway LATAR, mak kata lalu situ je la. kalau ikutkan aku, aku suka ikut jalan lama tapi fikirkan keselamatan better aku pilih LATAR. ok!

Perjalanan yang mengambil masa 1jam (biar lambat asal selamat) sampai juga kami di sini


aiyakk, terlindung pula dengan topi mak :P


naik trem untuk ke puncak

trip kali ini di-sponsor sepenuhnya oleh aku! haha, rezeki lebih alhamdulillah. dah lama niat nak bawa family jalan jalan tp insyallah aku dah plan baik untuk yang akan datang! nak naik trem ni tak salah aku bwh RM50 untuk 3dewasa 1kanak-kanak. Yang ni termasuk sekali package pergi Galeri Ikan Air Tawar :) masa belajar dulu, galeri ni tak siap lagi.

finally!!




ala ala pelancong pula



view dari puncak



monyet monyet yang hebat!


sempat bergambar dengan tembok :p

Dah puas jalan jalan kat atas, singgah Galeri Ikan Air Tawar, kami jalan kat area pekan tu je. Kiranya second time aku datang ni banyak  perubahan, paling best ada Mcdonald! wahh, hari hari makan fastfood la orang KS ni hehe.

Macamana ok tak? Aku tak sempat pergi Kg. Kelip Kelip :( je. Takpe ada banyak masa lagi.. sabar sabar

Sampai sini dulu ye. Next adalah SINGAPORE!

Video Pilihan #1

Assalamualaikum! Salam Sejahtera semua!

Malam tadi, saja layan Youtube tiba tiba ada 1 video ni membuatkan aku tersedar yang kalau nak mencari ilmu di mana mana pun boleh :) 

Mula mula layan video sempena PRU13 ni. biasalah pengundi baru mesti nak tau macamana nak pangkah undi kan? Masa menunggu tu saja la scroll video yang lain gak. Memang best la! aku ni jenis yang suka tengok kartun jadi bila dia convert kan cerita nya dalam kartun, aku mudah faham.

So, aku nak suggest kan Iproduksi :)

Aku bagi 10 stars lah! Padat dan ringkas. Selamat menonton :)


Saya sayang Ibu :((

Sunday, April 21, 2013

Test #2013

Assalamualaikum!

Berjaya juga post entry baru! Tak tau nk tulis apa sekarang ni, cuma harap harap lepas ni tak berhabuk lagi la blog saya ni. Kalau berhabuk, orang pun taknak datang :)

Adiooss!

Monday, December 17, 2012

Kejap Ada Kejap Takde ^_^

Assalamualaikum semua!!! Bertemu kita sekali lagi! Hai followers yang comel & handsome!

Ok. Stop hehe

First, rasa bersyukur kerana masih bernafas lagi sebab boleh menulis untuk blog yang kejap ada kejap takde ni hehe. Masa tu ada cuma tangan ni malas nak mengetuk keyboard untuk menceritakan hal hal semasa. Tak semua hal perlu kita cerita kan?? Yang baik kita kongsi bersama dan yang buruk kita simpan kat dalam peti ais haha.

nak bercerita tentang diri sendiri la sikit. sebelum aku menghilangkan diri, aku ada post entry 'Aku Penganggur' dan feedback yang diberikan rata rata menyuruh aku bersabar dan Insyallah ada kerja yang melekat pada aku. Dan ternyata aku dapat jugak kerja nya, yeahh!! 

Jawatan yang disandang: Cikgu Tadika (skema nya, hahaha!)

Hmm. Yang ni takde kena mengena dengan drama Adam Hawa ye. Bak kata org mesti pengaruh Aaron Aziz haha. Dah setahun aku kerja jadi Cikgu Tadika. Mula mula, bila orang tanya,

"kau dah kerja ke nad??" aku mesti jawab "dah, ala...cikgu tadika je, part time :)". see. cara aku menjawab.

nampak sangat aku macam tak leh terima je title cikgu, cikgu tadika pula tu. macam takde standart je kerja tu. tapi lama kelamaan, aku terima gak even gaji takde lah besar mana. janji aku happy bila aku bersama dengan budak budak. 

mula mula tu memang kekok sangat. macamana nak melayan budak budak ni.. ohh hari pertama macam nak pengsan juga lah, dengan budak yang menangis, yang nak terkencing, yang banyak bertanya, yang tak nak buka mulut pun ada.. haha. biasa la first day masuk kelas. secara ringkasnya, memang besar tanggungjawab cikgu tadika ni. masa ni lah budak nak belajar banyak perkara dari pelbagai segi aspek. fuhh! 

jadi.. jangan nak letakkan tanggungjawab mendidik anak/budak pada cikgu 100%, kami, guru-guru ni hanya boleh membantu apa yang patut. selebihnya hanya ibubapa yang akan menentukan anak yang macamana yang mereka ingin kan.

ok. cukup la cerita pasal kerja ni. kalau nak cerita memang banyak sangat. yang penting kita happy bila bekerja! 

bye!


Saturday, November 17, 2012

Aku Penganggur

As Salam;


Bangga kah aku menjadi seorang penganggur? Hina kah aku sebagai penganggur??


Orang nak kata apa...bia kannnnn--- *ala ala style dalam citer Bujang Lapok haha


Aku bukannya suka suka nak jadi penganggur ni, bukan memilih pangkat atau nama *waklu!!!




cuma.............




aku bukan la seorang graduan yang SAH! faham tak??! Tak faham??

senang citer, gua tak konvo lagi der--- so, nak apply keje msti la nak tunjuk certificate kita bagai kan. Pada aku sangaatttttt la leceh :P tapi masa kitorg da nak abis practical, ada 1 form tu supervisor tempat praktikal kena tick sama ada nak guna khidmat kita atau tak..tapi aku yang suggest kn kt supervisor aku supaya tick aku tak layak berkerja kat ctu.. hahaha *sgt kejam!! tapi pengalaman yang aku dapat akan aku gunakan sebaik mungkin bila aku sudah dapat keje.....oh yeah!! :)



apa pun kita layan la dulu lagu sudirman ni - Aku Penganggur






p/s : walaupun aku penganggur, every month dapat la duit poket sikit sikit ^^ hohoho!!


credit : Youtube (studiokembara22) tqvm!


Sunday, June 24, 2012

2012

Assalamualaikum,

Wahhhhhhhhh!! Dah setahun blog ini dipinggirkan. Mood kejap ada kejap takde..

Oleh itu, Selamat Kembali untuk diri sendiri. Oh yaa, nampak tak sudah bertukar?? Ni entah yang ke berapa kali la... Masih dalam meng-edit

Selamat Menbaca semua XO!!

Sunday, February 27, 2011

Nicholas Spark; Seorang Penulis Novel

As Salam :) ;

Hmm, entri lepas aku ada pung pang pasal movie kan tapi aku lupa nak ckp yang movie tu di adaptasi kan dari seorang penulis novel bernama Nicholas Spark. Aku pn ada la gak simpan buku buku dia ni. Antaranya ialah

---------------------------------------------------------



1. The Choice




2. True Beliver




3. Dear John




4. At First Sight

-----------------------------------------------------------

Kalo di ikut kan banyak sebenar nya buku buku dia ni tapi dalam collection aku hanya ada ini sajo :) tu pn kakak aku yang mengumpul nya tetapi atas dasar baik hati org sekeliling aku, aku dapat la beberapa movie hasil tulisan novel si Nicholas ni. Kalo payah sgt nak abis kan membaca kite tengok je la movie dia, walaupun dalam movie tak la details sgt tapi sekurang kurang nya kita faham apa yang nak di sampaikan si penulis ni. Antara citer citer yang dah di movie kan ialah The Notebook, Dear John, Message in the Bottle dan The Last Song. Yang lain lain aku tak pasti la..kalo aku terlepas pandang, minta maaf ye ^^ tak sengaja.

Jadikan amalan membaca satu amalan yang mulia ye kawan kawan ^^v!! *alasan tak nak membazirkan masa


p/s : on the way tengok movie Message in the Bottle lak hehehehe

credit : google di atas gambar gambar tersebut ^^!



Movie Review: A Walk to Remember


Assalamualaikum dan selamat beristirehat semua ^^!

ok! arini aku cuma nak komen la sikit sikit mengenai movie yang aku layan baru baru ni. Aku tau aku mmg da ketinggalan jauh selama beberapa tahun haha. Movie ni kua tahun 2002 (kalo tak silap la :) ) tapi baru sekarang aku terhegeh hegeh nak download pastu layan sorang sorang :) apa boleh buat, memilih sgt kn. kalo tak ada yang kacak, cantik, romantik dan fantasi sangat, orang hulur pn kita wat dek! *sombong! :P



A Walk to Remember



Sinopsis version aku yang menggunakan bahasa kebangsaan dengan kefahaman aku sendiri :) :-

Jamie Sullivan (Mandy Moore) budak perempuan yang baik dan suci je muka nya ( ini kerana bapa dia seorang pendeta(reverend) di sebuah gereja di kawasan perumahan mereka) manakala Landon Carter (Shane West) budak lelaki yang nakal dan suka melakukan pekara perkara yang melanggar peraturan. Mereka ni da kenal lama tapi tak pernah bertegur sapa :). Oleh sebab satu kemalangan yang tak di sengaja yang di lakukan oleh geng Landon Carter ni terjadi, Landon Carter di hukum dan terpaksa mengikut beberapa aktiviti yang telah di tetap kan oleh pengetua sekolah tersebut. Antaranya ialah mengikuti kelas drama dan dia diberi watak utama dalam drama tersebut dan menjadi tutor pada setiap hari sabtu *ada lagi hukuman nya tapi aku xingat :P. Dari situ la, persahabatan Jamie Sullivan dan Lan don Carter terjadi. Kehadiran Jamie Sullivan sedikit sebanyak mengubah si Landon ni menjadi seorang yang berguna :) dan kehadiran Jamie Sullivan gak membuat kan si Landon mendapat cinta yang sebenarnya. Banyak perkara yang di kongsi bersama sepanjang mereka bersahabat dan Jamie Sullivan mula berterus terang akan penyakit nya pada Landon Carter. Dari saat itu, si Landon cuba menunaikan segala impian Jamie Sullivan dan takdir tidak menyebelahi si Landon kerana Jamie akhirnya mati akibat penyakit tersebut T-T. Walaubagaimana pun, cinta Landon tak kan berubah selama lama nya.


---------------------------------------

Apa yang aku boleh kata kn, jalan cerita dia tak susah nak paham pn cuma kalo feelings sikit memang meleleh r air mata ni haha. Kita mesti berangan angan kalo kita berada di tempat diorang kn..mesti bessssssstt! romantik gtu hehe. Pengorbanan tu penting kn ^^ bak kata peribahasa melayu kita: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih renung renung kan





antara perkara pekara yang hendak di lakukan dalam hidup si Jamie Sullivan ^^


p/s : aku pun sedang mencari cinta lalallalala~

credit : google di atas gambar gambar tersebut ^^

Saturday, February 19, 2011

Kirin Selama Perak Yang Sempoi

Assalamualaikum semua;

Arini terpanggil untuk support KSP yg tertiba je nak wat segmen terjah menerjah ye ^^
Sebelum kita sembang panjang kita wat la ape yg KSP suh ye.

1. Follow KSP; saya org yg ke dua lima tujuh *settle

2. Amik header KSP buh kat sini *settle juga



3. Kisah suka duka aku bersama KSP ^^v

Dari mana nak mula ye KSP??? ^^

ok! Aku kenal KSP ni pada tahun 2006/2007 kalo tak salah aku la, masa ni aku amik course foundation sebelum amik degree kat unisel ni. Masa ni gak KSP amik diploma kn kn ^^. Perkenalan kami terjadi apabila bertemu di gelanggang badminton, konon nya nak kongsi court sesama :) betul ke KSP atau kita penah jumpa kat tempat lain??? Masa ni juga KSP sangat la low profile hehe biasa la kan first time jumpa, tapi dah masuk hari hari seterusnya KSP mula menunjukkn sifat sifat nya yg sebenar haha!

Sejak dari aritu, kami berkawan la ramai ramai. Opss! tak lupa ye pada kawan kawan kita; Azim, Kak Ili, Farah, Aiman, Abg Hanif, Abg Shafeeq, dan ramai lagi r. Bila berkawan ngan KSP ni kena banyak banyak bersabar dan kental sbb mulut dia mmg laser, sape sape blh sentap ngn perkataan perkataan yang terkeluar dari mulut dia...tapi tak semua yang KSP ckp tu omong omong kosong. Kekadang apa yang KSP cakap kena gak la batang hidung aku hehe

Perbezaan umur kami hanya la satu tahun je so tak payah ber akak akak la dik oi! *Tapi ngan farah KSP ber akak akak ye hehe. Hah! KSP paling sayang kan KAK ILI. Ini lah akak yang bersusah senang ngn KSP * yg ni off record la sbb nad tw KSP akan touching kalo nad story kat sini ^^

Sepanjang aku bergelar pelajar dulu, kami agak rajin kua sesama ramai ramai. Antaranya pergi melawat bukit malawati haha, KSP ingat tak?? meh tgk pic KSP yang sempoi ni




Sempoi tak KSP dalam pic ni??
dari kiri: kak ili, aiman, KSP


Selain tu gak, kita ada gak g makan ikan bakar kt Jeram nun sana hehe. Agak agak bila la dapat berkumpul balik ramai ramai makan banyak banyak ye :)


Apepn semoga cepat sembuh nanti boleh smash org lagi...peace ^^v!!!

p/s: kalo nak baca entry KSP smash org leh g kat blog ni tp kena cari dulu la hehe --> KAK ILI

p/s lagi: nak ucapkan terima kasih banyak banyak sebab memperkenalkan SB (Sahabat Blogger) pada nad :)



Wednesday, February 09, 2011

MN di SKYPE

Assalamualaikum ^^


MN sudah ada SKYPE :)

kalo sapa2 nak add MN, ni id nya aries5298

thanks semua ^^


Monday, February 07, 2011

Gegar 1,000 Blog oleh Ben Ashaari

Assalamualaikum ^^

Tetiba nak join gak segmen Ben Ashaari :) ramai betul support abg Ben kita ni..

let's do it yeahhh!!



SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA??


Header Blog Buatan Sendiri


Assalamualaikum semua ^^

Hari ini happy sebab dapat buat header blog ngn air tangan sendiri. Lagipun dah lama sgt blog ni tak berkepala..segan lak rasanya hehe. Bile MN blogwalking kt blogger lain semua cantik2x..geram sgt....apepun header ni pn mcm ada yang tak kena kn..


Kalau nk komen..silakan, MN tak marah pn...^^ biasalah MN baru je belajar guna Photoshop. Banyak lagi skill kena belajar ni ^^v


* MN bermaksud Miss Nadia