Si Pembaca
Tuesday, October 27, 2015
Dessert dari KFC
Tuesday, October 20, 2015
Jalan Jalan Cari Makan: Temerloh Catering, Shah Alam
Assalamualaikum.
Hari ini kita outing lagi! Wahh best best. Sapa kata kerja tadika tak best. Cer try and test haha
Ok. Hari ini ada site visit untuk event Hari Tadika Selangor di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam
Tapiiiiiii.. kita bukan nk cakap pasal HTS tapi nak cakap pasal makan makan hehehe.
Sudah menjadi kebiasaan kami kalau keluar mana mana kalau tak pergi makan memang tak sah la.
So tadi Puan Boss kena attend meeting dulu, kita pergi mencekik la.
Sebab IDCC ni di Seksyen 15, saya pun cari kedai di sekitar sini shj. Pusing pusing jumpa gak
TEMERLOH CATERING. Gambar? Nan ado. Boleh google sendiri. Hehe
Bagi pelanggan yang suka kan masakan melayu lepas tu penggemar masakan tempoyak. Hmm kita suggestkan kedai ni. Td masa masuk pun nk pukul 3ptg tp lauk dia still banyak.
Kalau nak merasa ikan sungai 'ori' kena buat tempahan la. Kalau nk sedia ada boleh walk in tanpa segan silu.
Sunday, October 18, 2015
29 Zulhijjah 1436H - 13 Okt 2015
Assalamualaikum! Jawab salam saya ni cepat cepat hehe
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana telah mempermudahkan urusan kakak ku ini.
Pada tarikh seperti di atas ni, angah telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg di Hospital Sultanah Baiyah di Alor Setar Kedahhh.
Mengikut perkiraan tarikh dlm buku sepatutnya due pada bulan 11 tapi terkeluar awal. Rupa rupanya angah salah bagi tarikh last period tu. Jd ada sedikit kekeliruan dan akhirnya semua dah diselesaikan dengan baik. Bukan apa. Kita taknak la saman menyaman dengan pihak hospital. Selesai dengan cara baik.
Baby boy sihat dan temban. Semalam baru dpt tgk sebab baby kena sakit kuning jadi kena tahan dulu. Nama dah ada. Hari ini baru nak register.
Nanti hujung bulan baru balik rawang. Berpantang kat sini.
Ok. Bye.
Wednesday, October 14, 2015
Merdeka 58 #sehatisejiwa
Maal Hijrah 1437H
Alhamdulillah. Kita telah pun menutup tahun 1436H dan membuka tahun baru 1437H.
Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan seharian dengan penuh sabar dan tenang.
Ecehhhhh. Serius pula!
Apa yang nak saya conclusion di sini adalah tahun 1436H adalah tahun yang boleh dikatakan apa yang kita merancang telah pun selamat dilaksanakan. Mungkin ada sopak sana sini tapi selagi kita diberi peluang kita perbetulkan.
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, saya akan lebih jadi penyabar dan setenang air di sungai walaupun kalau ada orang baling batu sembunyi tangan, saya takkan melatah.
Ragam orang kita tak boleh nak predict. Terima seadanya.
Akhir kata dari saya,