Assalamualaikum!
Nantikan kemunculan Miss Nadia untuk menulis semula di blog lapuk nya
Assalamualaikum.
Hari ini kita outing lagi! Wahh best best. Sapa kata kerja tadika tak best. Cer try and test haha
Ok. Hari ini ada site visit untuk event Hari Tadika Selangor di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam
Tapiiiiiii.. kita bukan nk cakap pasal HTS tapi nak cakap pasal makan makan hehehe.
Sudah menjadi kebiasaan kami kalau keluar mana mana kalau tak pergi makan memang tak sah la.
So tadi Puan Boss kena attend meeting dulu, kita pergi mencekik la.
Sebab IDCC ni di Seksyen 15, saya pun cari kedai di sekitar sini shj. Pusing pusing jumpa gak
TEMERLOH CATERING. Gambar? Nan ado. Boleh google sendiri. Hehe
Bagi pelanggan yang suka kan masakan melayu lepas tu penggemar masakan tempoyak. Hmm kita suggestkan kedai ni. Td masa masuk pun nk pukul 3ptg tp lauk dia still banyak.
Kalau nak merasa ikan sungai 'ori' kena buat tempahan la. Kalau nk sedia ada boleh walk in tanpa segan silu.
Assalamualaikum! Jawab salam saya ni cepat cepat hehe
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana telah mempermudahkan urusan kakak ku ini.
Pada tarikh seperti di atas ni, angah telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg di Hospital Sultanah Baiyah di Alor Setar Kedahhh.
Mengikut perkiraan tarikh dlm buku sepatutnya due pada bulan 11 tapi terkeluar awal. Rupa rupanya angah salah bagi tarikh last period tu. Jd ada sedikit kekeliruan dan akhirnya semua dah diselesaikan dengan baik. Bukan apa. Kita taknak la saman menyaman dengan pihak hospital. Selesai dengan cara baik.
Baby boy sihat dan temban. Semalam baru dpt tgk sebab baby kena sakit kuning jadi kena tahan dulu. Nama dah ada. Hari ini baru nak register.
Nanti hujung bulan baru balik rawang. Berpantang kat sini.
Ok. Bye.
Helll Yeahhh!
Opss. Assalamualaikum... aishh kurang sopan betul tadi hiks!
Korang pernah dengar tak Breakout? Kita baru baca pasal game ni semalam tu pun dalam oh bulan post tempat tempat utk family meluangkan masa bersama sama
Dipendekkan ceritaa...kita teringin la nak pergi cuba game ni. Semalam mesej ngan gf discuss pasal ini. Semalam gak cari info pasal ini.
Assalamualaikum! Morning!
Pagi ini kita update lagi pasal diary mommy to be kita ini. Kalau hang pa semua tgk kat belah kiri atas, kita dah kumpulkan satu tempat so pada bakal parents yang nak info info boleh click je mana mana post.
Kita punya tu bukanlah tips tips ke apa just nak sharing apa yang kita tahu. Lagipun nak simpan utk diri sendiri. Insyallah. Hehehe kawin tak lagi.
Ok.
Segmen kali ini pasal susu lagi.
Yang ni sahaja sahaja duk tekan tekan. Kali ini kita jadi EnfamamaA+ Club. Mcm biasa details diperlukan. Selepas dah isi form dan submit. Tunggu la respond. Tp yang ni lama sikit sebab. Lepas je kita received confirmation email dr pihak diorang baru dapat sample. Tu pun dalam 2minggu gak la. Ingtkan tak dapat.
Assalamualaikum semua.
10.9.2015 jam 1.05ptg
Sekarang saya berada di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam.
Tenang je dengar alunan ayat ayat Al Quran sebelum solat Zohor.
Hati berdebar debar.
Tapi buat taktahu je. Siap kan kerja kerja tertangguh sementara tunggu Puan Boss meeting.
Selepas je habis solat Zohor, meeting ditangguhkan dan berjemaah bersama sama. Usai semuanya hendak pulang dan ada hamba Allah yang sedang tersenyum memandang ke arah kami.
Saya tak nampak dan tak perasan sehingga dia berhenti dan melambai lambaikan tangan nya. Saya hanya tersenyum sambil memandang Puan Boss.
Sudah berkahwin pun hamba Allah tu. Semoga Allah memberkati perkahwinan mereka
Dan terjawab sudah perasaan berdebar debar
Assalamualaikum! Dah masuk bulan Ogos ye. Pejam celik pejam celik. Bulan kemerdekaan kan? Kena la cari bahan bahan utk aktiviti bulan ni. Aritu dah survey group teachercollection. Ramai yang share hasil kreativiti sekolah sekolah mereka sempena hari kemerdekaan. Ada yang siap upload artwork macam lukisan, bendera. Boleh la print gantung kat sekolah. Ceria sikit.
Selain dari itu, semalam dah dapat parcel yang saya tunggu tunggu. Setakat ni, bila deal ngn kedai online, barang smpai ke tgn dengan selamat. Cuma ada la satu tersangkut. Misscomunication kot. Duit dah transfer, details barang dah bg tp benda dah jadi nak buat mcmana. Takde rezeki kita la kan.
Sekarang ni, rajin buat collection barang barang planner pula. Benda yang saya beli adalah washi tape, pen yang colour dan satu journal. Mula mula tak tau gak brand apa diorang guna. Google punya google diorang guna MT brands utk washi tape, journal atau planner pula filox dan kiki rasanya. Kita yang new beginner ni pakai yang biasa biasa shj sebab tak confident lg dengan decorations, nak tulis apa. Biasa guna planner utk set appoitment dgn benda benda penting yg kena buat sebelum terlupa.
Benda ni hobi sebenarnya. Siapa yang minat boleh la cuba. Tak semestinya guna planner semata mata je. Pelbagai kan.
Assalamualaikum.
Sorry guys. Lewat sikit je update blog. Entah apa yang busy nya pun cik tak tahu la.
Persiapan so far ok. Biasa biasa sudah kalau over orang nampak pula kn.
Tahun ini macam biasa sahaja. Ketupat lemang semua ada cuma tahun ni tak banyak membazir. Last minute beli kuih raya. Setakat dua jenis sahaja lain lain kerepek, kacang. Boleh tahan lama kan.
Tahun ini mlm raya baru berasap dapur, selalunya 1hari sebelum nak raya tu excites prepare macam macam tapi sebab mak takde assistant jadi perang dapur di pagi raya. Kesian mak. Cik bukan taknak tp dah sehari suntuk jadi driver. Malam tu kasi charge energy dulu la.
Tahun ini balik Melaka sekejap. Bawa abg ipar pusing kampung kita kan. Tahun ini juga takde gambar family heheheheheee. Malaaaih eh!
So, di kesempatan ini, cik nak mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Cik banyak terkasar bahasa. Ter itu, ter ini, minta halalkan apa apa je yg cik ambil secara sengaja atau tak sengaja.
Kosong kosong ya!
Assalamualaikum semua!!!
Hari ini rasa muramm sahaja.
Mau taknya, smartphone kita buat hal. Sedih kita tau. Tu je la satu satu nya harta yang paling kita sayang sebab beli dengan hasil titik peluh sendiri campur duit mak sikit jeee.
Heeheeee
Al kisahnya pagi tadi on the way nak g kerja, tiba tiba si dia meragam. Biasanya kalau meragam tu pasal kita tak charge dia. So bila dah smpai sek kita kasi chance la dia berehat tapi asik on off lak. Pastu kua la notification wifi. Aaikkk! Biar betul.
Masa ni dah down habis la sebab dia bukan meragam lagi dah terus merajuk. Kita pun malas la nak layan tunggu lunch hour baru nak bawa g klinik.
Nasib la.. kedai kat area situ buka dan cik ni jenis yang susah nak percaya kedai sebarangan. Yang ni 1st time masuk. Lepas dah deal semua kena r bayar 40hinggit. Tu pun dia charge sofware la.
Masa ini dah terfikir, nanti nak pakai handphone apa....lama termenung. Tanya la macam macam brand samsung last last pilih ini jugaaaaaaa......
Taraaaaaaaaa!
Assalamualaikum!
"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan ku sepanjang peninggalan beliau kepada ku. Aku mohon padaMu engkau jauhkanlah segala musibah sewaktu ketiadaannya. Kau kuatkanlah imanku supaya menjadi seorang yang sabar dan adil semasa melakukan tugas tugasku. Amin"
Sepanjang peninggalan beliau, cik sentiasa berhati-hati. Banyak kali gak kena tinggal. Kena tinggal waktu waktu penting pula. Alhamdulillah, setakat ini staff takde la complaint kata cik tak serahkan hak orang setiap hujung bulan hehehheehe.
Pada bulan Ramadhan ini, beliau sekeluarga akan berangkat ke Kemboja dengan misi menyampaikan bantuan kemanusiaan dan menyambut puasa di sana...
Ya Allah, murah sungguh rezeki nya. Semoga setiap pemberian yang diberikan mendapat rahmat kepadanya.
Lagi 2hari je, Khamis ini dah fly ✈✈✈✈
Semoga boss selamat sampai dan selamat pulang ke Malaysia!
Assalamualaikum semua!
Segmen ibu mengandung lagi. Hehehe jangan marah naaaa.
Hari ini peti surat telah menerima satu lagi sample pack dr Friso Gold. Alaaa. Brand susu la. Cik syak brand Friso boleh tahan harganya gak laaa. Telan air liur sat.
Macam biasa, selagi percuma kita cuba cuba la nasib. Alhamdulillah, sekali apply dah dapat. Rezeki anak kan?
Mehh, saya share ini product ok.
Setahu saya angah saya ni sungguh payahhhhhh nak minum susu. Kalau minum milo ok tapi kalau susu tepung hurmmmmm haremmm! Confirm tolak tepi. Tapi sebab kan dah mengandung, kena la juga minum.
Assalamualaikum semua! Macamana puasa hari ini?? Mesti ramai yang pergi kerja awal sebab nak balik awal dan serang bazar ramadhan kan kan??? Heheheehe.
Pada saya, bulan Ramadhan ni menguji tahap kesabaran, ketamakkan dan nafsu kita supaya untuk berjimat cermat. Selama ni bukan nya tak berjimat cuma asal teringin je nak makan, terus beli. Bila bulan puasa ni, kena pandai memilih la. Tak semua kedai yang menjual tu makanan nya sedap. Kadang kadang tu luaran cantik tp isi hancusss. Lain lak bila luaran memang ke laut tapi isinya, fuhhhh esok nya confirm terjah kedai tu lagi.
Sempena bulan puasa ni, orang akan mencari makanan yang jarang jarang orang jual. Ada ke? Hmm ada la kot. So bazar mana yang korang selalu aim nakk saaangat pergi? Kat rawang banyak gak spot bazaar yang marvellous tahap kaw kaw la. Tapi nak pergi tu alahai...bercinta sesangat! Hari ini tak tau la pergi ke idak.
Hari ini gak cik nak share la satu diari yang di panggil Diari Ramadhan. Diari ini muncul time nak puasa je hahha. Cakap pasal diari, cik ada buatkan scrapbook utk akak dan cik juga dah mula ke arah planner addict haha. Tinggal nak cari planner je utk dihancusskn.