Si Pembaca
Saturday, December 20, 2014
Berdua
Friday, December 19, 2014
Quick Update
Assalamualaikum dan salam jumaat!
Cuma nak beritahu yang blog saya bertukar wajah lagi. Hopefully boleh stay lama dengan yang ini. Simple. Clean. Taknak la serabut serabut.
Sejak dah berumur ni kalau boleh taknak terlalu stresssss. Kalau ada yang sudi baca alhamdulillah, just drop by kat chatbox ni. Nanti saya blogwalking. Lama dah tak berjalan jalan ke blog orang.
Sekarang nak karang cerita lak. Busywoman la katakan. Sekarang ni autopublish je. Melainkan ada benda yang kita tulis on the spot macam sekarang ni heheheh
Have a great day korang. XOXO!
Tuesday, December 09, 2014
Sudah berpisah PART 2
First Touch-up!
Saturday, December 06, 2014
Thursday, December 04, 2014
Ladies Night ; The Hunger Games : Mockingjay Part 1
Assalamualaikum, wahh sudah malam kaa..
Hahha. Saja nak post cerita baru, hangat lagi ni.
Alhamdulillah, akhirnya dapat gak tgk THG: MJ Part 1..konon gesel2 ngan chenta nak g berdua tp busy punya pasal kita p la ngn gf kita je.
Lama gak tak jumpa partner kita ni, sejak dah ada kerjaya masing masing kemain busy lerr. Kekonon nak lepak2 je tp gf ajak tgk wayang, ok la tu..dah alang2 hari rabu kan, murah la sikit. Kihkih
So, kami decide nk tgk title seperti diatas! Melting sesangat dgn actor peter tuuuu.....kalau la chenta mcm tu kn. Confirm tak tgk org lain dah! Dulu suka had chubby2, la ni nak yg keding2 je. Ala2 Bront Palare gituuu.
Ok, straight to the point nad!!
Kami ambil ticket jam 9.40pm so sempat la balik b4 jam 1.00am kn. Sejak dapat permit balik lambat ni, akan ku guna sebaik mungkin. Bukan selalu pun. Sesekali je. Kami ambil seat couple, tp mlm tu mcm kurang luck la, dpt lak jiran2 yg huha huha. Adoii. Sedih benor! Tp tak lama pun bising nya, pasai anak tdo laki ajak balik...huahua! Aman sat.
Keseluruhan movie tu, kita bg 3 stars je la sebab kata part 1, mesti lah depa simpan scene yg best2 utk part 2. Masa ni depa susun strategi nak jatuhkn Mr.Snow tu. Jalan cite pun biasa2. So kita tunggu part2 k. Entah bila la kuar nya.
Masa ini msg ngn abam khairul kot2 ada kat area rwg, blh r dia drop by tp busy la pula...jadi kami keluar berdua aje. Next time k abam! Hari yg sama gk dapat ole2 dr terengganu. Thanks partner bg kain batik. Lepas ni boleh jd perempuan melayu terakhir kn.
Tu je kot nak cerita, next kita cerita pasal lain lak. Good night!
Friday, November 28, 2014
Dulu VS Sekarang
Tuesday, November 25, 2014
Holiday oh holiday!
Assalamualaikum. Ya, saya perlukan holiday yang vasssss!
Kenapa? Yela. Setahun ini baru terasa penat bekerja dan usaha selama 3 tahun bekerja pun dah membuahkan hasil. Perasan tak saya ada bg hint di post yang lepas...hahh. bukan apa, nak remind kan sahaja. Hehehe
Alhamdulillah, sebut punya sebut, doa punya doa, akhirnya!
Next year, bulan 2 saya fly ke Sabah! KUNDASANG Ooo..
Macam apa kan? Hahah biar pi la. Janji saya happy. Setakat ini ada la holiday kat semenanjung dan seberang tembok Malaysia. Lepas ini plan nak pi Indonesia pula. Wahhh...
Biasa la masih bujangkan. Kot ada rezeki pi umrah lak...doa tu...harap dimakbulkan. Amin....
Ok. Kita tutup dulu pasal holiday. Lama lagi. Nak pung pang pasal lain lak.
K, bye!
Sunday, November 23, 2014
Pasang Surut
Assalamualaikum.
Dah hujung bulan kan? Cuti sekolah pun dah mula. Ramai la planning bercuti jauh jauh. Kita....gak yang kena bekerja ;).
Takpe, tahun depan dah booked tiket pergi Sabah!
Alhamdulillah, rezeki kerja 3years di tadika. Dpt flight tiket pun dah bersyukur, kalau nak harap kan savings kita ni, confirm duk tangguh tangguh.
Rasanya dalam 1 tahun ni, takde pergi cuti cuti malaysia. Kalau ada pun takat sini sini je. Kalau dapat cuti public holiday tu mcm lucky draw la. Syok nya tak terkata. Kami ni cikgu cikgu tadika cum taska payah nak ambil cuti cuti umum ni, kecuali cuti cuti penting je.
Eh, tajuk pasang surut tp apa cerita nya? Kalau cerita mcm kelakar tapi tu hakikatnya!
Kisahnya bermula bila kita ni, yang umur dah banyak kan nak bercinta mcm budak budak remaja.. hahaha.
Umur mcm kita ni dah ramai yang kawin, anak pun dah berderet tapi kita ni? Payah nak kata la. Berkawan tu ada tp nak steady tu, kemain payah yang amat.
Setakat ni kita jenis yang simple. Takde nak serabut la. Bila dia kata dia busy, kita ok kn je. Percaya tak kalau kita kata kalau dah dating sekali pastu kena tunggu atleast 2bulan untuk dating seterusnya. Tu tak termasuk call dan message. Kalau tengok org lain, sepanjang masa je phone berbunyi tp kita ni, Haiiihh, kalau berbunyi tu rezeki la.
Relationship kami sangat complicated! Dua dunia berbeza. Well... nasib kita ni jenis memahami. Takde la lembik sgt. Tapi tipu la kalau kata tak terasa..
Yang penting parents kita dah bg green light. Berganda syukur tu. Mak kiah sangat cerewet. Tengok je la majlis angah.
Masa nak beritahu sapa kwn kita tu, berdebar yang amat. Mana la tau kena reject, hancur berderai hati kita ni. Tapi, alhamdulillah... Allah Permudahkan jalan saya ini. Tapi banyak syaratnya.. terkedu sat! Jadi, awak bersedia ok, emosi dan mental bila jumpa mak kiah!
Kadang kadang cerita cinta kita tak lah seindah orang lain. Kadang kadang lama awak menyepi. Ada tu sampai 4bulan awk senyap. Sepatah kita tanya berbulan awak nak jawab kan, tu la pasang surut nya
Touching dah ni.
Bukan lah nak minta simpati, cuma nak luahkan sahaja.
Sunday, November 16, 2014
Sudah berpisah PART1
8, 9, 10 and 11!
why??
blog cikgu sekarang ini sudah bersarang labah labah.
Last update bulan 7, sekarang sudah bulan 11!
busy busy busy. sejak tak cukup kaki tangan mulut mata ini, kena berkejar-kejar menguruskan hal hal anak di tadika.
orang lama yang tinggal pun 2 orang je, yg lain baru nak ambil mood jadi budak budak
dengan asyik keluar masuk tadika. cikgu akui yang cikgu banyak skip class anak anak. rasa bersalah yang amat.
takpe. next year cikgu buat yang lebih baik dari sekarang :)
Monday, July 21, 2014
Resepi ramadhan : Nasi Ayam
Ramadhan ke 23 tahun 2014
Assalamualaikum semua!
Chak! Chak, haiiishhh. Dah nak sebulan baru timbul balik. Busy busy. Rajin online tp malas nak berblog. Banyak stalker blog org shj. Apepun, lagi 6hari kita nak beraya!
Kenapa cepat sangat masa berlalu??
Tak sempat nak beli apa2 pun..
Tahun ni raya macam ke laut je! KENAPA?
Budget lariii ooo. Byk nak spend masa wedding akak nanti insyallah. Semoga dipermudahkan la segala urusan, habis je raya dah kena submit borang nikah.
Jap! Aku yang nak kawin ke akak aku ni? Ahahah. Aku rasa dia pun takde feelings macamni. Ke aku yang meroyan sorg2?
Happy kot bila adik beradik nak mendirikan masjid. Aku pun boleh r belajar sikit sikit. Masa aku nanti, aku goyang kaki r. Korang lak buat kerja.
Biasa r nak smbut first menantu. Nervous nya lain macam.
Nak story banyak2 pun, takde apa yg nak dicerita sbb kitorg banyak survey je. Belum jumpa banker nak bayar itu ini.
Tp aku adalah survey satu guestbook ni. So far aku rasa berbaloi la juga price nya. Cantik pun cantik. Aku nak order satu utk akak ku ni..as a wedding gift la. Nak bagi piccabooth, kurang budget pula.
Tp aku nakkkk sangat piccabooth tu! Tgk kat wedding cikepal fuyohhhhh, grand juga! Ikut rezeki masing masing. Ada saving lebih buat r grand, yang tak kencang saving buat yang termampu. Kata orang nikah tu penting :)
Apepun aku harap majlis akak aku ni berjalan ngn lancar.
XOXO! Jumpa lagi!
Sunday, June 29, 2014
Ramadhan 2014
Assalamualaikum.
Salam 1 ramadhan hehe
Alhamdulillah hari ini dapat berpuasa lagi. Rasa seronok tak terkata. Bersyukur sangat2 bila dapat bersahur dan berbuka bersama keluarga. Walaupun tak ramai yang takde tapi yang paling penting berbuka bersama sama.
Sekarang ini boleh lah kata mcmni. Nnti dah ada laki, dah ada keluarga mertua, baru tau macamana gayanya. Kita tunggu je.
Tahun ini, puasa dan beraya ala kadar sebab ada majlis yg terbesar perlu diselesaikan. Oh noo. Rasa tekanan sangat2 sebab org lain yang kahwin org lain yang kena siapkan kelengkapan. Tak siapkan apa pun lagi padahal 4bulan je lg tinggalnya.
Harap dapat selesaikan semuanya dengan mudah...amin!
Saturday, June 28, 2014
6 bulan
Assalamualaikum.
Kepada awak,
Awak tahu tak yang kita dah berkawan hampir 1/2 tahun. Macam tak percaya sebab awak tak pernah kot nak kira2 hari ini. Bukan jenis awak macam tu.
Awak tau tak, kita ni macam batu dengan kayu. Awak rasa kita boleh ke kekal sampai apa yang kita rancangkan?
Saya sentiasa berdoa untuk kita.
Saya kena berdikari.
Awak takkan pujuk saya kalau saya merajuk. Sedih..
Macamana lah saya boleh berkawan dengan awak..
Banyak sangat perkara yang bermain di fikiran saya.
Saya kena positif. Jangan fikir bukan2.
Andai kita tak bersama, awak tetap kawan saya.
Thursday, June 26, 2014
Tak Gembira
Assalamualaikum!
Pagi pagi lagi dah tak gembira. Sedihh ooo.
Masalah masalah. Tak pernah habis.
Cari kerja lain.
Saving duit banyak banyak.
Ok. Itu pengakhirannya.
Sekian.