Si Pembaca

Monday, October 28, 2019

Krik..Krik..

Asssalamualaikum

Sekarang ni rasa malas nak menghadap laptop lama-lama.

Dah install apps Blogger dalam handphone. Senang. Update dari sini je.
Sekian lama nya kita download, baru hari ini dapat log in. Kalau tak buat account baru la blog ni

Sayang kot kalau tak boleh log in. Memang la sekarang ni dah jarang benar update nya. Tapi dulu dulu rajin la cari story nak tulis kat sini. Sekarang ni tak tau la nak mengarang pasal apa. Nak melalut dah jadi mak orang.

Nanti kita fikirkan bagaimana ya.

Kita tunggu cerita lain pula ya.

Sunday, May 14, 2017

Peace Yaww!

Assalamualaikum and Good Morning!!!

Tarik nafas, lepasss fuhhh!
Buat banyak sikit sebab baru nak merangkak tertiarap dalam blog ni semula

Ok.. Ok.. Apa khabar semua? Sihat ya dak.  Lama benar kita bercuti ya... Bersara dari dunia blogging belum lagi. Sejak dah berkeluarga, dah berhenti kerja ni masa banyak tertumpu kat rumah kecil tingkat 10 🤓 tengah fikir apa nak dibuatnya sekarang. Dah ada anak kecil kan. Tengah dalam proses belajar nak faham perangai anak kecil, perangai kakak nya dah faham sangat.

Lepas ini kita buka cerita satu per satu. Cerita kahwin pun tergantung ni kan pula nak cerita macam macam kan

P.S Assalamualaikum semua, nampak tak berapa lama cerita ini tergantung. Kita post cerita ini dulu ya. - 29.10.2019 -

Friday, March 18, 2016

Satu bulan

Assalamualaikum..

Ehh. Tak update lagi part 2 untuk singkat tapi bermakna. Lepas kahwin boleh tak??

Opsss kahwin???? Ye. Satu bulan lagi. Persiapan ok. Smooth je. Tapi tak nampak hasil nya lagi.

Yang boleh nampak dan fikir..

Baju nikah siap.

Baju sanding dulu dah fitting. Ni nak pergi final fitting haha harap tak membesar la badan. Kuat makan sekarang ni.

Hantaran tak gubah lagi.

Kek dah tempah.

Henna dah tempah.

Goodies bag pun tak siap lagi. Masakk la.

Catering lagiiii laaa. Relax. Ada jalan penyelesaian.

Kad ada yang dah diedarkan.

Photographer checked!

Photobooth checked! Guna Zikay Rashid lagi. Hopefully kebaboom macam wedding angah

Gua dah nervous ni tapi gua buat relax sahaja. Ayoooo.

See u again. Kalau rajin kita up lagi persiapan perkahwinan ini.